Pixajoy

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday : Dear EX



* WW ke nie? hentam sajalah labu...





Apam Balik Pasar Malam


Happy Deepavali dan Selamat Bercuti kepada semua,

Sempena pesta cahaya nie patutnya cerita pasal muruku kan, tapi aku nak cerita pasal apam balik jugak. Ekceli aku bukanlah minat sangat makan benda nie, tapi kalau apam balik intinya kelapa dan pulut hitam macam nie memang aku suka. Sedap dan terliur gila walaupun tengok gambar. Rasa macam nak terkam.haha..

Kidnap Gambar kat Blog Pia


Sedar tak sedar semenjak aku dok Sungai Petani, aku tak pernah nampak lagi apam balik yang serupa ni. Ye la aku selalu pergi pasar malam area rumah aku nie ja. Tempat lain memang tak tau. Dulu masa di Johor, kalau pergi pasar malam aku suka beli apam balik inti kelapa dan pulut hitam. Tapi apam baliknya warnanya hijau, rasa pandan lagi sedap. Apam balik inti coklat pun ada. Inti pulut hitam juga yang menjadi pujaan hatiku.

Kalau di Parit Buntar, dekat sebelah Billion tu ada pakcik jual apam balik nipis, kecik dan rangup. Kat SP memang berlambak apam balik macam tu. Entah ada ke tak lagi pakcik tu ekk ummi hanie? Kalau kat SP nie mana nak cari? Mama Alisha boleh tolong jawab? Ibu Aiman nie mengidam! Mengalahkan orang mengandung ja.haha..






Tuesday, October 25, 2011

Teka Lagu Dapat Doodle Wanie



Semalam seharian tak dapat online pasal balik kerja terus kemas-kemas balik kampung. Ada benda penting nak ambil kat Alor Setar. Malamnya bertolak balik sampai rumah dah dekat pukul 12, sempat online sekejap. Nampak la si wanie shout suruh ambik doodle. Pagi nie last minit tahu kena pergi kursus pulak dah. Balik rumah apalagi terjah Firdani Love Story dulu la. Memang jenis gelojoh kan.haha..


Ingatkan dapat doodle single. Rupanya si baik hati cantik molek (dengar tu wanie) bagi doodle ibu dan anak. Kidnap gambar kat facebook agaknya. Mula-mula ingatkan gambar raya yang kat dalam kereta. Tapi bila amati gambar tu Aiman tak pakai songkok pun. Aku rasa wanie refer gambar nie kot. Betul tak Wanie?




Ini gambar raya haji dua tahun lepas. Sekarang ibu dan Aiman dah makin mengembang rasanya. Bukan rasa lagi!muahahaha..Terima kasih wanie diatas doodle yang sangat comel lote nie..Sama tak?




Teka lagu dapat doodle free. Berbaloi-baloi tau. Terima kasih juga kepada en google kerana memberi jawapan kepada lirik lagu tersebut. Almaklum aku nie jenis yang langsung tak mengikuti perkembangan muzik terkini. Teka lagu Aku Hanya Serangga tau la sebab itu lagu percintaanku.keke..






Sunday, October 23, 2011

Makna Disebalik Hadiah Coklat



Semalam si Nasuha, pemenang Contest Kisah Dongeng yang kreatif dan pandai merapu tu buat permintaan entri makna disebalik hadiah coklat. Dapat hadiah coklat dari secret admire atau kekasih hati agaknya. Nama penanya pun Chocolate tau. So hari nie sambil kerja dihujung minggu, untuk tidak menghampakan nasuha, aku sempat membuat sedikit research tentang makna disebalik hadiah.hoho..


Hadiah adalah pemberian yang sangat bermakna buat seseorang yang kita sayang. Pada pendapat aku, hadiah bukan berupa benda semata-mata, malah ucapan, doa, kasih sayang dan kejayaan dalam peperiksaan juga merupakan hadiah tak ternilai yang tak apat dibeli dengan wang ringgit.  Tak lama dulu aku ada buat entri tentang Coklat : Mitos dan FaktaHari nie kita tengok apa makna disebalik hadiah coklat.




Kajian membuktikan bahawa coklat mengandungi sejenis bahan yang mampu merangsang penghasilan hormon endofin hingga membuatkan sesiapa yang makan coklat merasa gembira. Maknanya kalau lelaki beri coklat padan wanita, mereka nak wanita gembira dengan hubungan yang terjalin.


Selain itu, makna dalam pemberian coklat ialah sebagai memberitahu bahawa si penerima adalah seseorang yang sangat istimewa. Pemberian coklat juga boleh membawa maksud bahawa si pemberi itu sayang kepada si penerima. Kebanyakan wanita sukakan coklat. Lelaki suka beri hadiah sebegini kerana ianya mewakili segala perasaan mereka kepada wanita dan mereka tahu hadiah sebegini membuat wanita gembira!


Coklat tu manis, maknanya pemberi hadiah coklat sweet orangnya. Aku tengah ketagih chokichoki, ada sesiapa nak belanja?