Pixajoy

Thursday, May 17, 2018

DIY Doll House Untuk Afia



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Selamat berpuasa semua. Masa lapang yang ada mari update blog.haha

DIY doll house Afia ibu buat dah lama tapi bertangguh nak siapkan satu-satu section tu. Ni pun sebenarnya toilet belum ada..entah bila nak buat toilet tu. Tak ada kekuatan dah. Kencing berak tahan dulu la anak oii buat masa sekarang.haha..

Pretend play bagus untuk imaginasi dan kreativiti.

Doll tengah minum petang

Opss Aryan seksi

Ibu buat semua guna kotak, bahan terpakai yang sedia ada kat rumah je. Kertas pembalut tu beli kedai eko 3 or 4 gulung RM 2.

Gambar penuh doll house. Ni pun setelah kali kedua renovate. Ikutkan belum siap ada lagi nak tambah, tapi ibu tak ada mood dah nak sambung. Main seadanya je la.haha..

Mula-mula playroom kemain ibu deco dengan playtent bagai. Mula buat semangat tu masih membara.haha. Bantal tu jahit tangan pakai kain sarung bantal bundle ibu. 

Dah renovate doll house berubah wajah. Tinggal ni ja yang lain jahanam dikerjakan Afia.haha 

Ruang tamu kekal tanpa perubahan. Perabot, TV, frame, bantal hiasan semua buat dari kotak dan kain sarung bantal bundle ibu.

Zoom..

Bilik tidur utama. Dekorasi sempoi ja tapi bedroom ni section paling ibu suka.

Tak lama pastu Afia dah pecahkan cermin,  terpaksa ibu ganti frame besar prince princess tu. Ni pun ambil dari hardbook bundle ibu je.

2nd bedroom pakai perabot bundle kayu yang ibu beli online.

Dapur pun simple seadanya. 

Rangka doll house ibu gabung beberapa biji kotak. Nampak macam mudah tapi nak memikir section by section dengan kotak yang ada, nak salotape lagi bagi kukuh semua tu kena guna otak, keluar juga peluh jantan. Ingat senang ke tugas kontraktor.haha

DIY cadar dan bantal. Semua gigih jahit pakai tangan.

Kitchen ibu buat dari kotak. Dah siap baru perasan takda singki. Hentam sajalah labu.hehe.

Diharap segala DIY toys dan ABM yang ibu buat anak-anak dapat manfaat. Kenangan masa kecil anak-anak sekali je. Moga jadi ingatan paling manis bila besar nanti.




Wednesday, May 16, 2018

Resepi Cupcake Red Valvet Cream Cheese



Cupcake red valvet ni ibu buat masa birthday Afia tempohari. 1st time ni buat Alhamdulillah menjadi elok dan sedap. So tempek kat sini resepi senang nak refer nanti.


Resepi Kek Red Valvet

Bahan - bahan

Bahan A
  • 1 cawan buttermilk * ( resepi buttermilk : 1 cawan fresh milk + 1 sb cuka or jus lemon, restkan 10 minit)
  • 2 sb pewarna merah
  • 1 st esen vanila
  • 1 st cuka ( aku tukar jus lemon ) 
Bahan B
  • 2 1/4 cawan self rising flour
  • 2 sb serbuk koko
  • Secubit garam halus
Bahan C
  • 3 / 4 cawan mentega
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji telur

Cara - cara : Campur semua bahan A, ketepikan dan campur juga semua bahan B, ketepikan. Pukul mentega dan gula, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul kemudian selang selikan masuk bahan A ( cecair) dan bahan B ( tepung ) mulai dengan tepung diakhiri dengan tepung. Jangan terlebih kacau, just ratakan. Masukkan dalam bekas cupcake pastu bakar ikut suhu oven memasing.

Resepi Topping Cream Cheese : 1/2 cawan cream cheese + 1/2 cawan mentega + 1 cawan gula aising + 1st esen vanila. Campur semua pukul sampai gebu. Siap untuk hias pada kek.


Tada..lepas bakar lembut elok



Tuesday, May 08, 2018

DIY Banner & Cake Topper Happy Birthday



Mari sapu habuk sikit.hihi..Macam sedia maklum la kan, PK sejenis gigih dan berjimat cermat penuh berhemat, so segalanya kalau boleh dia nak buat dengan daya usaha sendiri. Kali ni nak share idea banner dan cake topper yang ibu buat untuk birthday party anaknda Afia. Ni pun buat sesimple mungkin geram sangat order cake topper dari shopee tak sampai-sampai.

Afia pilih tema Hello Kitty untuk birthday dia. So senang je mula-mula ibu google image HK dan perkataan Happy Birthday mana berkenan save dalam handphone, pastu print out. Sebab kat rumah ni ink dah lama tak beli aku print out kat CC. 3 helai RM 10. Melampau ke tak harganya tak tau la..tapi bagi aku, puas hati dapat beraktiviti bersama Afia.

Kertas pembalut hadiah beli kedai RM 2 dapat 3 gulung. Potong segitiga camni pastu lekatkan hello kitty.

Cake topper ni pun senang je, guna kertas lukisan tekap bulatan dan gunting, salotape dengan pencungkil gigi pastu gamkan bulatan kertas lukisan putih belakangnya.

Ni banner happy birthday. Buat seperti banner HK.

In progress. Happy Afia dapat buat sendiri. 

Ini imej yang ibu guna dan final touch. Gantung gitu je asal ada.hahaha

Tada..cucuk je topper pada cupcake.

Ni 1 lagi kek comot ibu buat. Topper cake yang ibu beli sampai nanti nampak gaya kena buat lagi 1 kek apa.hihi

Ok mission accomplish..boleh la kan...janji dapat happykan birthday girl

Cerita makan-makan birthday Kak Pia nanti ibu sambung lain entry.





Monday, April 23, 2018

Bacalah Anakku Afia Buku 7



Alhamdulillah sekarang Afia dah proceed BAK 8. BAK 7 ni ambil masa yang lama juga untuk mantapkan suku kata tertutup. Suku kata terbuka nampak Afia dah mantap. Dah takda idea nak buat aktiviti apa. Ni antara simple activity yang kami buat untuk Buku 7.

Keep repeating padankan perkataan dengan gambar & buat latihan dalam buku fonetik 

Lekat sticker lagi. Baca perkataan yang ibu tulis pastu ambik sticker mana yang suka dan lekat.

Ibu tulis perkataan pada ice cream stick pastu sambil baring, dalam kereta pun boleh baca. Senang nak angkut mana pun. Mula2 Afia suka sangat idea ice cream stick ni pastu boring tak mau baca dah.huhu

Roll & Read. Lambung dice pastu baca ikut nombor pada dice.

Selain flash card, menulis juga salah satu cara untuk mantapkan suku kata tertutup. Ibu sebut minta Afia tulis pastu Afia suruh ibu sorok perkataan, dia cari dan baca. Idea menulis tu dari Afia sendiri. Ibu pun tak sangka dia boleh menulis dengan baik seiring membaca. 

Main masak-masak. Ibu prepare menu Afia baca dan masak pastu mark ikut nombor.  


Nak tempek gak kat sini Teacher Mok Cun share post ibu. Alhamdulillah ibu ada ajar menulis sikit-sikit tapi tak sangka Afia lebih advance dari apa yang ibu expect.


Hampir 6 bulan juga ( termasuk cuti ) usaha ibu ajar Afia membaca. Syukur walaupun pelbagai halangan dan rintangan, at last dah nampak hasilnya.