Pixajoy

Sunday, March 06, 2016

Balik Kampung & Bola



Lepas solat Jumaat konon nak bertolak, sampai pukul 3 lebih baru mulakan perjalanan. Nak kalut apa SP ke AS baru sejam. Balik Alor Setar dengan misi bola plus baby kids fair.hehe..Singgah late lunch dekat kedai mamak periuk besaq bekas pemain Kedah dulu apa ke nama sory tak ingat.haha..Kami makan nasi beriani lauk ayam, itik, ayam kampung dan kari kepala ikan fresh from tanjung dawai. Sedap dan murah.

Model makan-makan ibu macam biasa sila senyum.haha


Sampai Alor Setar terus ke stadium dulu beli tiket bola. Ikutkan memang malas nak ikut nak rehat je. Dah abahnya janji nak bawak Afia tengok ball..tak bawak kang melalak pulak. Terpaksa la ibu pun kena join sekali.

Dah dapat tiket terus balik rumah mak abah. Lepas solat Maghrib baru berlolak pi stadium. Sampai lambat walaupun bawah bumbung tak dapat la nak cari port sesuai. Kira ok la dok area sini senang sikit si anak dara tu nak bebas aktif kesana sini.




Afia ok je la tapi mai masa tambahan last 30 minit tu dah mula meragam ajak balik. Tak macam kat stadium Ipoh tempohari, cuaca panas mengaruk tak selesa kot. Mula-mula suruh bukakan drypers, pastu buka baju. Belasah je la tak pakai baju kejap janji dok diam ibu nak tengok game. Nak balik pun tak boleh dah kereta kena block.


Game malam tu Kelantan main kahaq noo. Keja nak bedal kaki orang ja. Start separuh masuk kedua tu memang Qu Puteh dah tak boleh pi la..Kedah ja dok menggasak. Kedah banyak peluang tapi takdak luck bola nak masuk gol. Nasiblah penalti memihak Kedah. Ok dak penyokong tak berapa tegar ni buat ulasan pasal bola.hahaha..

Meriah tengok penyokong Kedah tegar terlompat suka termasuk en suami.hehe..Balik rumah mandi, solat boleh kita tidur dengan aman dah Kedah menang.hahaha..


Mungkin ni kali terlahir kot ibu dan Afia ikut ke stadium. Tak kuasa la nak hadap asap rokok berkepul sampai tak bernafas kot baby dalam perut. Dah la hangat. Jenuh dok hadap pencemaran sambil tutup hidung dengan tudung. Nak pi stadium pulak kita tunggu la adik baby besar sikit..tu pun kalau takda dah la next adik baby.muahahaha..









Thursday, March 03, 2016

Scan 4D di Poliklinik Dr Marina Seberang Jaya



Orang-orang area utara yang berdekatan, kalau nak scan 4D yang murah boleh buat dekat Poliklinik Dr Marina. 4D scan RM 80 sahaja, promosi dilanjutkan sehingga Disember 2016. Landmark dekat dengan Tesco, berdekatan masjid Taman Sembilang. Aku bagi adreesnya ye:
Poliklinik Dr Marina
No 12 Jalan Sembilang 2, Taman Sembilang, Seberang Jaya, Penang.
04-3982848

Detail operasi kat bawah. Walk in sahaja tak boleh appointment. Dinasihatkan datang pada hari biasa, sebab orang memang ramai. Aku pergi weekend Sabtu haritu katanya kena tunggu 2jam lebih tak kuasa mak. Tu yang semalam datang awal tepat pukul 9, klinik pun dok tengah mop baru buka. Kira aku la orang first buat ultrasound.haha..


Waktu yang paling sesuai untuk scan 4D ni adalah pada usia kandungan 23-25 minggu. Boleh scan masa pregnant 6-7bulan. Kalau sampai 8bulan tu baby dah padat dalam perut takut susah sikit prosudernya. So terpulanglah ye nak scan bila. Ada sesetengah klinik yang terima hanya pada week range yang depa nyatakan. So pepandailah survey.

Oklah mari story pasal scan baby dalam perut ni ye. Aku pergi masa kandungan 24 week plus. Dok baca review kata Dr Marina ni baguih, bertudung labuh, lemah lembut..tapi aku kena dengan perempuan chubby nampak muda juga orangnya. Tak pasti doktor ke sonographer, en suami kata takda tanjak doktor pun.haha.. Takpelah kan dah tak rezeki nak jumpa Dr Marina sendiri.

Masuk scan saja terang-terang baby dah tunjuk gender. Seperti yang aku jangkakan memang naluri aku tak salah. Boy ke girl biarlah rahsia.hakhak..Alhamdulillah baby sihat, heart beart ok, cukup sifat, tulang belakang ok, air ketuban ok, baby kepala kat bawah, berat semua ok kata doktor.

Sepanjang scan baby malu sungguh. Tangan asyik tutup muka saja. Ibu baring mengiring pun camtu la tangan kaki semua kat muka.hehe.. Doktor pun minta aku makan aiskrim dulu pastu datang semula scan. Makanya kak baby sekali abah baby pun join sekali la melantak aiskrim pepagi.hehe


Masuk scan semula baby baru la tarik sikit tangan tu tunjuk muka. Tapi nampak jelas la dagu tu sama mahai dagu ibu, abang Aiman dan kak Afia. Abah kata perasan. Mana nak dapat oi dagu runcing camni.hahaha..

Untuk 4D RM 80 dapat sekeping saja gambar baby berwarna 3D sekali CD. Aku sangkakan CD tu ada la videonya sekali, rupanya gambar saja. Terkiciwa la jugak. Tak puas kot tengok masa scan. Nasib baik la murah.


Nah belanja gambaq baby.


Doakan semoga dipermudahkan sepanjang mengandung hingga bersalin, baby dan ibu selamat semuanya. Lepas ni dah boleh cari nama baby dan shopping..yuhuu...






Wednesday, March 02, 2016

Resepi Aiskrim Oreo Cheese Super Sedap



Dah lama sebenarnya cari bekas buat aiskrim ni apa kebenda namanya lupa pulak. Dekat DIY, Happy Home aku cari pun tak jumpa. Sampailah  baru-baru ni opismate aku nampak dekat kedai RM 2..so aku minta tolong dia belikan. 

Baru dapat macam biasa la mesti jadi toys Afia dulu. Sambil main sambil mengenal warna red, green, blue and yellow.


Balik rumah malam tu jugak projek aiskrim dengan anaknda berdua. Gambar kejadian dah tak sempat nak snap HP tengah charge. Lagi pulak memang dok sibuk bantu Aiman buat revision untuk test esoknya.

Tada..yang ni yang aku letak coklat crispy, yang letak cebisan oreo dah selamat masuk perut.hehe..


Resepi Aiskrim Oreo Cheese
Susu cair or fresh milk + Cream Cheese + oreo + susu pekat manis ikut kesukaan, blend semua. Patahkan oreo or coklat dalam bekas kemudian tuang bahan blend tadi. Masukkan dalam freezer, dah keras lalukan dekat air paip or air suam pastu tarik aiskrim keluar. 

Sukatan pepandailah ye campak baling. Kalau setin susu cair tu lebih kurang 100-150gm cream cheesenya. Aku letak 2 sudu je susu pekat tak suka manis sangat. Biskut oreo tu pun dah manis kan. 

Ini hasilnya..


Sedap gila ok..rasa lagi sedao dari beli. 8 batang aiskrim maknanya sorang dua batang termasuk ibu abah, sekali hadap je habis. 

qu comot..qu comot..
barulah comot.hahaha..










Tuesday, March 01, 2016

Semangat Hijau Kuning ke Stadium Ipoh



Sabtu lepas dengan tak plan tetiba je en suami ajak tengok bola. En suami tak pernah lagi masuk stadium Ipoh katanya. Ni kira pengalaman pertama Afia tengok bola secara live. Ibu sebenarnya zaman muda dulu ada la kot sekali je masuk stadium tengok bola, time tu pun retis yang main.hahaha..

Aiman dengan abahnya je la boleh dikatakan penyokong setia Hijau Kuning. Depa dua memang dah selalu ke stadium. Kali ni ibu dengan Afia join. Rupanya best jugak ye tengok bola dengan famili.hehe..

Berbalik pada kisah pergi Ipoh. Memang dipermudahkan, dekat Hentian masa isi minyak en suami pi tegur one family penyokong Perak kata nak follow ke stadium sebab tak tahu tempat. Terus lancar perjalanan tak susah la nk buang masa cari stadium. 

Masa balik pun ada sorang hamba Allah ni tunjukkan jalan short cut masuk highway terus untuk elak jam. Berkat bawak ibu dengan Afia kot. Next time boleh la kami join tengok bola lagi.hahaha..

Sebelum masuk stadium. Sampai awal sebolehnya Afia melalak nak corong tiup bunyi2 ni. Apa nama ntah tak tahu aku..bukan boleh bawa masuk stadium pun. Aku sorok bawah beg Afia.

Isi perut siap-siap takut lepas bola dah malam malas dah nak stop makan. Makan dekat food court stadium je ni.

Jom masuk stadium. Kami pilih port bawah paling starategik dekat dengan toilet. Nak beli makan ke air senang dekat.

Semangat kesukanan bagi anak-anak pakai baju Kedah sudah. Abah depa ada bawak baju tapi takut nak pakai sebab park kereta kat kawasan penyokong Perak. Buatnya Kedah menang naya.haha..

Nasib baik Afia behave. Seronok tengok dia punya gaya joget dalam stadium, semangat jerit gol la padahal player belum masuk.hakhak..

Ni sibuk dia minta ibu snap gambar peace meniru gaya sorang budak yang tangkap gambar dalam stadium.

Abang Aiman relex ja dah banyak kali masuk stadium kan.

Malam tu Kedah vs Perak seri 0-0. Kira ok la kan takda pemenang takda pengalah.hehe..

Nak balik dah ni sempat lagi minta posing

Sampai rumah pukul 2 pagi esoknya Aiman sekolah. Dia dah tidur dalam kereta dan sebelum pi dah pesan siap-siap kalau nak tengok bola ibu kejut kena bangun pi sekolah tak boleh ponteng.hehe..