Pixajoy

Tuesday, December 29, 2015

The Carnival Waterpark Sungai Petani



Aktiviti berkubang Jumaat lepas. Kali terakhir ke sini 3 tahun lepas kot..Afia baru 3 4 bulan dalam perut. Sejak Carnival ni dibuka, masa tu kami di Johor lagi, dah beberapa kali juga pernah datang sini cuma aku tak pernah up cerita kat blog. Waterparknya aku rasa sesuai untuk kanak-kanak, untuk dewasa macam tak adventure sangat la.. tapi malang sekali tak dijaga..air kotor Masyaallah. Aku dah perasan benda ni lama. Baru ni yang kami pergi makin teruk pulak keadaan air. Rasanya mungkin kali terakhir kot kami kesini.huhu..

Masa kami sampai cuaca masih hujan

Operation hour Monday to Thursday 11am - 6pm, Fee Adult RM 25, Child RM 18. Friday to Sunday operation hour 10 am - 7 pm, Fee Adult RM 30, Child RM 18. After 5 pm harga RM 18 setiap hari, child RM 16. Wednesday waterpark closed.

Harga tiket boleh tahan jugak, tu yang kami pulun nak pi pukul 5 tu. Tak berbaloi kot dengan harga dan keadaan waterpark kalau pi awal.hehe..Ni pun pukul 6.30 dah kena halau ke darat pun. Oklah tu kami sampai on time pukul 5..dapat la sejam berendam.

Kat sini depa bagi apa menatang yang boh kat tangan ni tetiba plak aku blur time menaip..hangpa pasang la sendiri. Dia takde pun nak check beria sangat macam waterpark lain. So takat nak bawak air ke biskut no hal kot. Kat tempat masuk tu dia cuma minta resit bayaran je takde nak check beg. Kat dalam takde makanan ye..ada air, aiskrim dan sweet corn je tak salah aku. Kami dah makan kenyang sebelum datang. 

Lepas salin baju mandi, pulun aku nak snap gambar ni. En suami geleng kepala.hahaha..

Kami tuju kat kawasan budak je. Aku tak mandi pun. Malas la..jadi jurukamera je la.

En abah mandi dengan anak-anak. Beliau kata geli nak mandi tengok air.haha..

Aiman pun nampak tak berapa enjoy. Dah tak ada geng mandi kot.

Afia mandi kejap je pastu bila air yang kat baldi atas tu mencurah jatuh dia takut. Buat rugi je la anak oi..Jom kita ke kolam lagi satu. Kat sini ada la dua tiga slide untuk budak. Air dia lagi kotor dari kolam tadi. Tapi nampak Afia enjoy jugak dapat naik slide.

Abang sambut adik turun slide.

Ni dekat nak balik dah tak semena mahu pulak Kak Pia bagi special pose.

Dah la anak-anak oii..wisel dah bunyi jom salin baju

Sempat wefie 1 famili sebelum blah..

















Monday, December 28, 2015

Makan - Makan Cuti Krismas



Kebetulan Krismas hari Jumaat..en suami hari Jumaat la pun cuti, so nak bawa Aiman Afia berkubang dekat Carnival SP. Lepas solat Jumaat baru outing. Kami plan pergi mandi pukul 5. Pukul 7 waterpark tutup..jadilah kan nak mandi lama-lama buat apa. Dah banyak kali pergi The Carnival tu dah tau dah environment dia macam mana.


Afia ni dia ada satu tabiat pelik tak bagi kita letak apa barang pun kat belakang..nanti jatuh dia kata. Pernah sekali masa balik kampung sebolehnya dia suruh angkut semua beg letak dekat seat tak bagi boh dalam bonet. Tu yang kotak tisu pun dipegangnya. Adoila macam-macam tebiat.hehe

Mulanya ke Osman Store dulu nak beli baju Kafa Aiman. Sampai kedai..kedai tutup.hahaha...Fikir punya fikir mana nak lunch at last kami ke food court Amanjaya Mall. Sini memang antara port peberet. Senang ada macam-macam menu ikut selera memasing.

Aiman katanya dah kenyang. Ye la bangun tidur tengahari baru nak breakfast nasi lemak. Nasi putih untuk abah dan mee tu ibu punya. Tolong jadi model je ni.haha..

Kak Pia share Sizzling Mee dengan ibu. Nampak makin kurus pulak kan sejak dah tak nenen.huhu

Konon la kan kenyang..Abah add on lagi 2 pinggan chicken chop dekat sepinggan juga dia setelkan.haha..

On the way ke Amanjaya Mall hujan tetiba turun lebat. Sementara tengah makan tu, memang berharap sangat hujan reda. Siap makan en suami dah usik Aiman kata tak jadi mandi. Laju je jalan ke kereta merajuk la tu.hehe. Offer tengok wayang pun tak nak. Nak mandi jugak katanya.huhu..Nanti sambung aktiviti berkubang lain entry.

Dah puas mandi manda kami ke Pizzahut Giant. Kalau nak tau hampir 5 tahun aku dok SP ni la pertama kali aku masuk Giant. Punya la teruk..dah banyak sangat mall kat SP ni kan. Nak masuk pasaraya giant pun tak tau kot mana.hahaha..sempat la shopping barang sikit sebelum makan. 

Baru nak letak punggung Afia sebolehnya melalak nak aiskrim. Nak order aiskrim pizzahut pun tak nak dah dia. Terpaksa la aku keluarkan kon dan aiskrim beli kat giant serve dia kat sini.

Order sampai terus ngap

Pertama kali tengok Afia makan nak habis 1 slices. Lapaq sangat kot.

Slice terakhir untuk Aiman.

Mulanya macam nak tapau bawa balik sebiji tapi tak sangka boleh licin 3 regular pizza kami tiga beranak hentam. Bukan hantu atau buaya..ini betul-betul perut manusia.hakhak..








Wednesday, December 23, 2015

Acu Ain's Engagement



Sambung cerita pertunangan Ain. 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Buat kecik-kecik je jemput sedara mara terdekat dengan orang kampung. Macam kami yang dah takdak mak pak ni memang sedaya upaya tak nak susahkan orang. Ikutkan nak buat lagi simple dari ni..tapi dah rumah jiran semua dekat..kiri kanan sedara mara juga tak dapat lari la terpaksa jemput satu kampung.

Khemah sewa yang depa mai siap pasang dan runtuhkan.

Kuih karipap dan seri ayu tu Ain order. Tembikai je aku sponser.hehe..3 jenis agar-agar pemberian dari 3 jiran. Cukuplah kan..

Main menu mee kuah dan bihun goreng. Order je senang. Air lupa nak snap. Aku buat teh o je dengan air sunkist.

Hantaran dari pihak kami..oreo cheesecake sebelah kiri tu je ain tempah..yang kanan jiran bagi. Kesemua hantaran adalah sponser dari kawan-kawan Ain dan jiran-jiran. Plan asal nak buat 7..tapi dah jadi 11 bekas..satu lagi bekas datang lewat tu yang aku tak sempat snap. Bekas dan setting yang sama dulang Ain dan bestfriendnya buat. Yang alien sikit datang last minute la.hehe..

Hantaran dari pihak lelaki.

Sesi sarung cincin.

Happy Engagement Day Acu Ain.

 Satu ni je pun gambar wefie Afia dengan acu. Cik Pia pun dah comot gila ulang alik makan aiskrim. Ibu lagi la dok kalut tak sempat pun fikir pasal bergambar.


Semoga dipermudahkan Ateh dan Ain kejinjang pelamin.








Tuesday, December 22, 2015

Pak Ndak's Engagement



Pagi Sabtu 19.12.2015 tempohari Ateh (adik lelaki aku yang no 3 ) dah selamat bertunang. Ikutkan petang tersebut kami adakan majlis pertunangan Ain, (adik perempuan bongsu)..last minute Ateh kata nak tunang jugak. Memang tak warwarkan pada jiran-jiran pun, Pak Ndak Aiman Afia ni yang tak nak heboh. Kalau jiran-jiran tau ni mau bertambah hantaran dia.huhu..

Plan asal nak buat 3 bekas saja..Bekas cincin, kek dan buah-buahan. Pastu abang Pin (abang satu bapa lain mak)  kata nak bagi satu hantaran..Ateh kata cukuplah tu..ikutkan nak koboi sarung cincin ja..tapi mak pihak perempuan la yang konon nak juga buat hantaran.

Dah ada buah lebihan hantaran Ain..kami buat juga satu bekas hantaran buah untuk Ateh. Yang coklat tu Abang Pin bagi. Tepak sireh pun kami tak buat la dah kata pihak perempuan pun tak buat. Hantaran dari pihak perempuan aku dah lupa nak snap. Depa balas 5 bekas.


Ikutkan aku malas nak ikut..dah petang sibuk nak kenduri pulak kan..tapi tak ada pulak orang nak sarungkan cincin, almaklum la mak tak ada ni..si kakak ni ambil alih tugas mak. Abang Pin jadi jurucakap rombongan. Maksu dan sepupu turut serta selain anak dan isteri Abang Pin. Kira tunang simple gak la..selamber je mak anak dara sendiri jadi jurucakap. Ateh pun rilex ja ada pada tempat kejadian.hehe..


Makyong yang baru 3 bulan ni beratnya dah naik lebih 7kg. Sadis ja nak tempek gambar..terpaksa crop sikit untuk efek sado tanpa layer.hahaha...tapi nampak boleh cover lagi kot pasal tunang ateh pun sama tembam.haha..

Nanti sambung story Acu Ain's engagement pulak ye..