Pixajoy

Monday, December 21, 2015

Random Pictures Balik Kampung



Jumaat lepas balik Nibong Tebal. Layan je la random photos. Ni pun bersajak betui la nak update.huhu..

Sebelum bertolak kita posing dulu. Abang Aiman gerun lagi nak pakai jeans. Penakut budak ni nanti la sambung cerita sunat dia tak habis lagi.

Sejak dah tak nenen ni letak kepala kat mana-mana senang je Afia lena. Dalam car ni nyenyak tidur macam kat rumah.

Dari pagi cuma makan roti sardin. Sebelum sampai kampung terus singgah PB beli barang sekolah Aiman. Kebuluq gila petang baru dapat nasi.

Malamnya kita keluar shopping sikit. Kak pia pulun pi mana pun angkut baby dia. Pastu kesian kan tengok anak dia terbiar je dalam troli.hahaha..

Semua ada kecuali Pak Njang outstation.

Lepas shopping terus dinner. Pergi Along Charkoteaw macam biasa la orang macam semut. So ke Jam Besaq je la kami..

Omaq charkoteaw pun bolehlah..berapa kali dah balik tak dapat Along Charkoteaw. Kesian en suami mengidam.hehe..

Fruit King burger tower kita tapau bawak balik je la..kat situ pun ada sambutan birthday siapa entah nak duduk pun takda tempat. Ni pun punya lama tunggu baru dapat order.

Dim sum buat lepas mengidam. 8 biji sekali je aku telan. Rasa sedap juga..tak puas makan 10 biji..rasa macam nak makan lagi tapi kat SP taktau pulak nak cari kat mana.









Friday, December 18, 2015

Resepi Spageti Sardin Mudah



Wow lama kan tak update resepi. Almaklum la tengah mabuk ni nak masak apa pun tak larat. Jumpa resepi tetap printscreen, dah namanya minat, cuma keadaan dan hormon malas je tak mengizinkan untuk masak.hehe

Bukannya kata aku tak masak langsung. Tapi dah kurang sangat masak..balik keja terus flat tak boleh buat satu kerja. Anak lapar pun tunggu jelah ibu bangun tidur baru dapat makan. Sadis tak.haha..

Kalau masak pun yang simple cam gini la. Tak perlu dah cili kering kisar pun, main hiris-hiris campak aje. Spageti tu rebus macam biasa ye..kok rebus spageti pun tak reti kan..  


Resepi Kuah Sardin : Hiris bawang merah + bawang putih + cili padi tumis sampai naik bau pastu masukkan hirisan karot + sardin dan kuah + sos cili + air secukupnya. Perasakan dengan garam dan gula..siap!








Thursday, December 17, 2015

Pengalaman Aiman Khatan Secara Smart Klamp



Kami buat keputusan khatankan Aiman atas kerelaan diri dia sendiri. Tahun sebelum ni memang Aiman tak pernah kata nak sunat..so en suami plan nak buat tahun depan masa Aiman 9 tahun..tapi dah dia request nak sangat sunat, tu yang kita buat tahun ni.

Sejujurnya aku tak ambil tahu sangat pasal kaedah berkhatan ni. Ingatkan sama je la mana tempat pun. Bab booking tempat memang serah pada abah..dah katanya nak buat kat Alor Setar kan..kami tak tahu pula yang Aiman akan dikhatankan cara smart klamp.

Hari tersebut aku ingat en suami dan abah akan bawa Aiman ke klinik. Abah kata sibuk nak beli barang dan uruskan hal kenduri (sebenarnya abah penakut kata mak.haha) so aku la kena join sekali ke klinik.

Maktok dah pesan macam-macam suruh Aiman zikir dan so on. Aiman kata dia tak takut pun sunat..cuma risau sikit bab cucuk ubat bius..mungkin sebab mendengar cerita Irsyad dan Afi yang dah sunat kat Lumut sana.

Kami sampai klinik dah agak lewat hampir pukul 10 pagi. Mula-mula pekerja klinik akan bagi ubat makan tak pasti untuk apa..lupa pulak nak tanya. Pastu tunggu je la nama dipanggil. Ikut pada kad booking turn Aiman nombor 9..tapi masa kami sampai cuma ada dua orang. Sorang dah selesai khatan..so lepas budak yang lagi sorang terus turn Aiman. Tak lama pun la tunggu.

Prosuder sunat cara smart klamp ni aku rasa tak la rumit. Kejap sangat tak sampai 10 minit dah siap. En suami sorang masuk bilik doktor, siap buat rakaman video lagi. Memang lawaklah Aiman tak berhenti cakap. Nak tempek video kat sini macam tak patut sangat nanti diviralkan pulak.hehe..

Time cucuk ubat bius tu memang sakit sikit. Aiman menjerit nak keluar air mata juga kata en suami. Sepanjang proses khatan dia sibuk nak tengok camna doktor buat.

"Aduh..abah..pegang tangan Aiman bah.."

"Adoi..sakit macam nak beranak.. "

Antara ayat kelakar Aiman waktu khatan. Macam la dia tau sakit nak beranak tu macam mana kan. Doktor pun gelakkan Aiman.hahaha

Keluar dari bilik doktor tengok Aiman relex je. Sakit sikit je Aiman kata. Dia boleh senyum dan bagi special pose lagi. Gambarnya dah tempek kan haritu. Doktor cuma kata jangan minum air banyak..Lepas ambil ubat dan farmasi bagitau cara nak cuci kami terus balik. Oh ye bayaran khatan RM 150 sahaja.

Sampai rumah maktok dah sediakan tilam dan port untuk Aiman baring. Ubat demam dan ubat tahan sakit kena terus bagi tak payah tunggu anak sakit dan ubat bius tu hilang ye. Lagi dua ubat doktor bagi ubat surut bengkak dengan antibiotik. Ubat tahan sakit ambil bila perlu saja. Alhamdulillah Aiman tak mengadu sakit langsung..so sekali tu je la makan ubatnya.

Ubat antibiotik tu pulak yang jenis kapsul. Kat sini la pulak cabaran..rupanya Aiman tak pandai nak telan ubat biji. Dok sangkut kat kerongkong naya je air dah minum banyak.haha..Dia memang jarang sakit so jarang makan ubat. Seingat aku dia memang tak pernah telan ubat biji..tu yang tak reti.

Yang bagusnya Aiman sanggup gigit ubat pahit tu...dah tak reti nak telan...adoi redho je la aku tengok..Lepas daripada tu, setiap kali makan ubat aku terus pecahkan kapsul letak dalam sudu dan air bagi dia. Ni pun pahit tau..bersulamkan air milo juga untuk habiskan antibiotik selama beberapa hari.


Gambar hari kedua dah ni dah ada geng..Irsyad dan Afi sampai dah ke rumah Wan untuk kenduri esoknya. Banyak sangat dah bebel nanti la sambung camna cara jaga dan melayan kerenah orang berpantang.hehe..








Wednesday, December 16, 2015

Cek Kedua Dari Nuffnang



Alhamdulillah tahun ni dua kali aku cashout hasil dari nuffnang. 2015 ni la pun blog tintong ni baru nak mula kumpul hasil sikit-sikit. Sikit-sikit pun jadilah, kalau nak tunggu siapa nak derma 2.6 billion ye tak.hahaha..


Yang pertama kali februari lalu lebih sikit dari ni sebab dah kumpul lama..yang ni bolehlah buat lepas beli jajan.hehe..