Pixajoy

Wednesday, December 16, 2015

Prosuder Buat Kad Merah (Buku Mengandung)



Bukan semua orang tahu especially yang dah lama tak mengandung dan yang pertama kali mengandung. So apa salahnya berkongsi. Sharing is caring.hehe..Ikutkan sekarang ni tahu mengandung je boleh terus buat buku. Lagi awal lagi bagus. Tapi aku tunggu sampai 3 bulan baru buat. Malas nak pi buat awal tak larat ulang alik klinik.huhu

Pertama kali kita kena tau lokasi klinik yang perlu kita daftar. Sekarang ni biasanya klinik dah ditetapkan mengikut lokasi tempat tinggal. So setiap kali checkup kena pergi klinik tersebut. In case kalau kita balik kampung ke apa kena inform pada nurse so kita boleh refer checkup di kampung.

Pastu kan kalau boleh tu call dulu la klinik tanya hari apa boleh buat buku. Sebab biasanya klinik ni dah tetapkan juga hari tertentu. Macam aku buat kad dekat RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera) aku call depa kata buat buku hanya dibolehkan pada pagi Rabu. 

Sampai sana pertama sekali tentulah kena ambil nombor. Ikut sistem klinik la. Macam RSAT aku terus ke kaunter cakap nak buat buku so nurse minta ic dan buku mengandung anak terakhir. Ni bagi yang pernah mengandung seeloknya bawa. Senang la nurse nak refer detail untuk buka buku baru.

After that kena pergi makmal untuk test upt. Macam biasa kena kencing dan bawa botol urine ke makmal. Tujuan untuk comfirm yang kita ni betul-betul mengandung. Macam kes Afia dulu aku skip je upt ni dah bagitau nurse aku dah check upt di klinik swasta. Kali ni aku check sendiri ja.huhu..

Bila dah comfirm positif kena ke makmal sekali lagi ambil darah. Pertamanya untuk tahu jenis darah kita, berapa HB pastu kalau tak salah nak pastikan kita bebas dari sebarang penyakit. Dah siap ambil darah baru ada sesi timbang berat badan. Aku diberitahu bagi yang BMI lebih daripada 25 kena minum air gula. Aku kompem la kena minum air gula awal pasal dua kali pregnant sebelum ni ada history GDM. Nurse kata tunggu bagi hilang loya dulu baru minum air gula.

After that bersedia je la ditanya soalan oleh nurse. Banyak juga detail yang nurse akan tanya tu pasal kalau bawa buku mengandung lama benda ni jadi senang sikit. 


Dah siap tulis-tulis dan nurse beri penerangan serba sedikit kita akan dibawa kebilik scan. Nurse akan scan tunjuk baby kat dalam perut. Wow amazing aku nampak baby aktif bergerak. haha takjub sangat macam pestime pregnant kekdahnya.hakhak..

Kalau klinik kerajaan biasanya kalau kandungan dah 12w nurse akan terus bagi 3 jenis ubat, acid folic, vit b dan satu lagi apa benda ntah lupa dah aku. Kalau below 12w acid folic je la dapat. Lagi satu untuk info..sorang patient sorang nurse yang akan jaga dan pantau sepanjang kita mengandung sampai bersalin nanti. So hadap je la muka nurse sama sampai lebih kurang setahun dua.haha

Disebabkan aku dah 12w nurse terus refer untuk doctor scan. Sebenarnya aku tak ingat pun tarikh last period aku..yang aku ingat last period bulan 9 so aku main bantai ja bagi tarikh 11hb9.haha jangan tiru perangai aku. Adalah lebih baik mengaku tak ingat tarikh pada nurse.hihi.. Bak kata doktor biasanya orang yang ambil pil perancang macam aku period tak regular so tak boleh guna pun tarikh yang aku bantai tu..kena refer EDD scan dari doktor la kot.

My first baby scan

Mengikut scan doktor, kandungan aku baru 11w kan. Lepas doktor scan dia kata kena repeat scan lagi dua minggu. So 23hb ni tengok la camna mungkin kot boleh dapat actual EDD. Apa pun due date aku memang kena bulan puasa tahun depan. Berayalah aku dalam keadaan berpantang. Nasib badan la. Dah tak plan nak terpregnant plak nak buat macam mana. Rezeki mana boleh tolak.kehkeh..














Tuesday, December 15, 2015

Kenduri Khatan Cucu Tok Mat



Hari Jumaat dua hari selepas Aiman dikhatankan,  kami adakan kenduri kesyukuran. Adik en suami yang bongsu buat sekali akikah anak beliau (Afi). Dalam masa yang sama dua hari sebelum Aiman khatan anak adik Ipar Irsyad dan Afi pun dikhatankan secara konventional dekat Lumut. So ni kira kenduri sekali harung tiga cucu Pak Mat khatan plus akikah Afi. 

Ikutkan memang nak catering dengan bapa saudara en suami tapi sebab kesihatan yang tidak dapat dielakkan terpaksa tukar plan. Jiran-jiran berbesar hati nak jadi chef so kita rewang sajalah. Boleh tahan penat la walaupun aku banyak jadi tukang tengok je.hakhak..


Sehari sebelum kenduri jiran-jiran taman datang rewang. Yang baju stripes tu tengah fokus kupas bawang ok.hehe

Tiba hari kenduri pagi tu segala persiapan dibuat sebaiknya. Cheewah..Pukul 11 pagi geng Yasin datang. Penuh rumah dengan kakak dan makcik persatuan mana entah abah jemput ada lebih kurang 35 orang siap bacakan doa untuk kesejahteraan kami sekeluarga.


Abang Aiman cool je senyum kat situ. Habis yasin penuh tangan dengan duit dan angpau dari geng Yasin. Mula-mula sebelum majlis punya pulun dok kira duit sunat dia. Hari kenduri memang rezeki bebudak ni la banyak betul orang sedekah..dah pening dah buat tak kisah je nak ambil..kiri kanan depan belakang orang dok sua duit.hahaha..


Irsyad 5 tahun. Tahun depan pra. Ini budak paling banyak kerenah..Ubat tak nak makan, kencing berak dok tahan, time mandi dan cuci luka memang melalak tak ingat dunia..pakej kesabaran tinggi la ibu dia nak jaga. Modal dia mintak nyawa dengan Wan.haha..


Afi 4 tahun..tahun depan dah tadika. Afi better sikit dari Irsyad. Budak baik juga ni walaupun nangis dia mau ikut flow. Kecik lagi kan dah sunat.. fobia jugak la pada mulanya. Namanya sunat mesti sakit. Abang Aiman sorang je paling cool.huhu..


Cik pia menjadi sakan perangai masa orang tengah baca Yasin dengar suara dia sorang je..Time baca doa suara dia paling win sebut Amin. Orang dok sibuk yasin dia pun sibuk minta nenen. Tak padan dengan tua bangka. Adoii..


Mari lihat keadaan diluar. Kak Pia sibuk la dok tawaf kat khemah. Tak kuasa dah aku nak gayakan Afia baju kenduri dengan keadaan cuaca panas membahang. Ibu dia pun bertshirt berskirt je.


Macam kenduri kawen dah siap ada deejey. FOC je tau..dah deejay ni jiran merangkap geng abah. TQ again to Cik Rahim.haha..


Mak abah dok busy apa entah masa ni geng Yasin dok menjamu selera. Curi gambar dari HP en suami. Aku banyak habiskan masa kat dalam rumah sekali sekala je menjengah keluar.


Lepas geng Yasin menyusul pulak geng perempuan. Lepas solat Jumaat lagi meriah dengan geng masjid siap beratur panjang nak ambil nasi. Dalam dok kalut masak nasi tambah tu boleh pulak nasi habis. Tak jangka la punya ramai camni. Katanya en suami, Pak Mat kopi dah memang dikenali ramai pastu pulak abah dah lama tak buat kenduri. Alhamdulillah rezeki.


Ohh lupa nak cerita pasal makanan. Menunya nasi putih, kambing masak kurma, kambing goreng kunyit, kari ikan masin, ikan goreng,  ayam goreng ala kfc (abah order), sambal belacan, ulam-ulaman dan tembikai. Mak buat bubur gandum, teh tarik, air kopi o dan sirap sunkist.

Menu sponser dari jiran-jiran kerabu mangga, paru masak pedas, epal asam dan laksa. Ada lagi menu sampingan kek coklat, kek pisang, kuih muih beraneka jenis, dan akhir sekali kuih kapit dan bahulu kami sponser. Nak jugak tu mention.haha..

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Sesekali berkumpul semua macam ni memang meriah dan mengeratkan siraturahim. Entah bila pula dapat peluang buat kenduri macam ni. Nak tunggu sambut menantu lambat lagi kot.hehe..









Monday, December 14, 2015

Proses Afia Cerai Susu Badan



Alhamdulillah si bambam dah berjaya cerai susu badan sepenuhnya pada usia 2 tahun 7 bulan. Ikutkan hati, ibu memang belum bersedia nak lepaskan hubungan yang cukup indah ini, tapi apakan daya Cik Pia dah cukup besar dan tak lama lagi nak jadi kakak.hehe..

Ya betul tekaan ramai aku pregnant. Nanti la cerita detail, sekarang ni mari bercerita pasal tips cerai susu.haha..Apa saja cara yang kita guna, pastikan keperluan emosi anak terjaga. Jangan offer, cuba skip menyusu sekali sekala, tangguhkan penyusuan dan pendekkan waktu penyusuan antara cara psikologi yang kita boleh guna selain cara pujukan..pelukan dan cakap baik-baik. 

Semua cara psikologi ni lebih sebulan kot aku buat tapi tak berjaya. Yang tak menahan tu selalu keluar dialog kesian baby..tapi tetap nak mengempeng juga. Dalam masa yang sama aku sendiri tak bersedia, hati belum cukup kental. Bila ibu tak bersedia macam mana proses nak berjaya kan. Dia minta je aku bagi walaupun terpaksa berkorban nipple sakit.

Waktu balik kampung masa Aiman sunat tempohari, setiap kali Afia minta nenen aku jadi stress. Dengan letih, dengan mabuk dengan cuaca panas sungguh tak selesa naik hantu jadinya. Panas gila kot Aloq Setaq boleh terbakaq kuli wo. Seminggu pulak tu rasa macam dok dalam bara api. Baru panas dunia.huhu..

Sebolehnya aku memang nak guna cara psikologi tapi balik je Sungai Petani aku terus dapat kekuatan struggle cerai susu Afia. Dah tak larat nak hadap dia mengempeng dalam keadaan tengah bergelut dengan perubahan hormon.

Percubaan pertama aku guna asam jawa. Aku sapu asam jawa dekat puting pastu Afia hisap dia terus kata masam dan melalak tak ingat dunia. Dalam dia dok melalak tu aku keringkan je hati. Alhamdulillah sekali tu je dia nangis pastu terus tak nak hisap. Nenen ibu masam Afia kata. Yey helah berjaya!

Kat mak pengasuh pun dia habaq kata nenen masam. Setiap kali bila cakap pasal nenen dia sendiri akan kata nenen masam. Tak boleh nenen...nenen masam. Nampaknya proses cerai susu Afia lebih mudah daripada apa yang ibu jangkakan. Sekarang ni paling kuat pun bila gian Afia akan minta nak pegang nenen je. hahaha...



Well done kak pia..sekali ibu upah aiskrim sebab dah tak nenen..setiap kali pi kedai dia akan minta aiskrim.hehe..


Dapat botol air baru juga sebab dah tak nenen.






Tuesday, December 08, 2015

Aiman Berkhatan



Alhamdulillah anak bujang ibu dah selamat dikhatankan cara smart klamp di Klinik Dr Fauzi Alor Setar pada hari Rabu lepas, 2hb Dec.


Before


After



Pagi semalam dah pergi buka klamp tu tapi yang jadi masalahnya doktor cuma buka klip dia tu je..yang sarung botol kata doktor kena berendam dalam air nanti dia akan tanggal sendiri. Kata jiran pun lebih kurang sama kena curah dengan air masa mandi bagi kembang nanti dia tanggal sendiri. 

Sampai hari ni benda tu tak menunjukkan macam nak tanggal pun..Dah puas berendam dah puas curah air siap letak minyak baby lagi masih ketat terpasang kat anu aiman. Adoii ibu pun dah naik risau kenapa ye. Melalui bacaan google memang ada yang kata kes tertentu boleh jadi susah nak tanggal klamp ni. Kami pun tak teringat pulak nak tanya doktor. Lepas buka klamp kami terus bertolak balik Sungai Petani. 

Pada yang tahu aku nak tanya ni adakah botol tu akan tanggal sendiri tetapi ambil masa or perlukah kami pergi jumpa doktor untuk buang benda tu. Sebolehnya memang nak elak la kesian nanti merana sakit pulak. Aiman memang dari hari pertama sunat tak ada mengadu rasa sakit..tapi kalau nak paksa tarik benda tu ketat memang pedih la kawasan luka tu kan. Siapa yang ada pengalaman anak disunatkan cara ni tolong beri pendapat. TQ...

Nanti cerita detail pasal kejadian Aiman sunat. Selagi benda tu tak tanggal rasa tak selesai lagi ni masalah.huhu..