Lagi aktiviti homeschool Afia. Yang mana ada gambar ibu tempek je la kat sini untuk perkongsian.
Learn 1 to 10.. Pakai kotak dan cawan kertas. Afia matchkan ikut nombor, sebut dan kenal nombor. Suka dia buat ni beberapa hari juga ulang buat sampai jemu.
Ni DIY number flashcard ibu buat ada letak titik pada nombor ikut bilangan. Afia akan guna manik kira pastu letak pada titik. Apa ibu cakap belit ni. Harap refer pada gambar tu fahamlah ye.haha
Board puzzle ni selain untuk kenal ABC 123..bagus untuk motor halus juga. Boleh belajar warna sekali. So far Afia dah boleh hafal A to Z secara teratur cuma ada dua tiga huruf dia suka skip.
Aktiviti bermain dengan water colour lagi. Kali ni siap buat cop tangan. Comel tak tangan si bambam umur 2 tahun 6 bulan ni.
Yang ni ABC boxes ibu panggil. Ibu lekatkan sticker ABC pada penutup botol pastu tulis ABC pada kotak tab untuk Afia matchkan. Penutup botol ni boleh buat untuk huruf besar dan huruf kecil.
Dulu masa ibu buat homemade playdoh Afia masih kecil tak pandai sangat nak main. Nampak colour clay ni kat kedai RM2 terus rembat. Suka Afia main minta ibu buat macam-macam bentuk. Beberapa hari asyik nak minta main ni je. Habis semak satu rumah pastu bertabahlah kalau jumpa melekat sana sini kat lantai.huhu
Aktiviti mewarna tapi lebih kepada menconteng je la kan.hehe.. Nak bagi Afia biasakan pegang pensil dan dan untuk praktis menulis je pun.
Nanti kalau rajin ibu update lagi aktiviti homeschool Afia ye.





















