Pixajoy

Friday, October 09, 2015

Aktiviti Sorting dan Kebaikannya



Sorting ialah suatu aktiviti penyusunan dan pengasingan objek mengikut warna, bentuk dan jenis. Aktiviti ni bagus tau untuk membantu anak faham konsep sama dan berbeza. Sambil tu anak juga belajar mengenal warna. Bermain dengan warna macam kita sedia maklum bagus untuk minda, dan untuk stimulate mata anak.

Tak payah nak keluarkan modal pun boleh guna barang yang sedia ada kat rumah. Banyak aktiviti kita boleh apply dengan anak. Alat mainan, barang dapur, alat tulis contohnya. Kali ni ibu cuma guna socks dan kasut Afia masa baby. Buat simple activity je yang penting anak happy, boleh adapt dan ikut arahan.

Ibu bahagikan kepada dua bakul minta Afia matchkan kiri dan kanan.

Jom tengok aksi si bambam. Susah nak snap semua gambar goyang due to keaktifan anaknda Afia bergerak melakukan aktiviti.






Pic last nampak tak keterujaan dia dapat siapkan semua. Goyang habis gambar. Well done Afia!

Kami buat aktiviti ni sebelah petang beberapa kali juga ulang. Suka Afia setiap satu dia matchkan mesti  dia jerit yey dan sebut pandai. Tak payah ibu puji, sendiri tu dia praktik apa yang ibu selalu buat.


Mai malam Afia sendiri ajak ulang aktiviti sama pastu siap pakai socks sendiri. Secara tak langsung  aktiviti macam ni ajar anak berdikari juga.







Family Outing



On da way balik dari Pahang en penyelia hantar whatsapp, rupanya dengan baik hati bagi aku off sambung cuti sampai Jumaat malam baru keja. En suami pun sambung cuti juga, dah melangut saja kat rumah apa kata kita outing tengok wayang. Dalam hujan lebat tu meredah ke Amanjaya Mall anak beranak. 

Penyakit berjangkit Mak Jilap. Berkerut cik pia melayan sawan ibu.hakhak

Tengok online schedule pukul 430 start movie, terhegeh-hegeh siap lagi 5 ke 10 minit baru sampai depan kaunter tiket tak sangka seat penuh. Dah lama kot tayangan Polis Evo ramai betul yang masih menonton. Ada seat depan saja kosong memang tak kuasa la nak melangut. Kami ke Tesco shopping  dulu sementara menanti tayangan seterusnya.

Afia awal lagi dia buat kuih. Dalam dok kalut terlupa nak bawak seluar lebih. Seksi la cik pia dengan rompersnya dah seluar dia kena tahi.haha..

Berlemoih muka baju dia paw abah makan aiskrim

Selesai shopping dalam hujan sanggup meredah Village Mall bersebelahan Tesco siap panjat tembok semata nak tengok tiket wayang yang katanya awal sikit tayangan dari Amanjaya Mall. Showtime boleh pulak tak sama macam online, naya betul. Pastu pulun la pulak ke Amanjaya Mall semula. Jadi kerja sungguh anak beranak.hahaha...

Dah dapat tiket sementara tunggu wayang start kita kena big apple dulu. Ibu salinkan baju Afia pastu seluar baru shopping kat Tesco terus pakaikan dia.hehe. Dah darurat kot ada skirt seksi ja ibu bawak nanti sejuk pulak anak dara aku dalam panggung. Ni kira percubaan pertama bawak Afia tengok cinema.

   
Muka ada senyum

Abang Aiman sekarang selalu protes bila ibu snap gambar dia. Muka moncong sedepa.


Mari cerita kisah dalam panggung. Afia pada mulanya ok sangat, kami tak ambik seat pun untuk dia. Duduk diriba ibu pun tak mahu. Dia berdiri kat depan kami sepanjang masa sambil menikmati pop corn. Berjalan ke kiri ke kanan, berdiri kejap duduk kejap kat kaki, tu je la aktiviti dia. Bila orang ketawa aksi kelakar filem dia pun gelak sama. 

Sejam kemudian dia mula dah buat perangai. Afia dah start menjerit dalam panggung terpaksa la ibu keluar. Jangan ditanya best ke tak Polis Evo sebab aku tengok separuh jalan je. Dari awal aku tengok tak gempak mana pun jalan cerita. Nak kata kelakar sangat pun tak juga. Pendapat aku takdelah best sangat pun seperti yang hebat sangat diperkatakan tentang filem ni, komen sepanjang apa yang aku menonton la kan.

Time ni kami dah keluar panggung.

Lagi sejam nak menunggu Abah dan Abang Aiman habiskan movie, ibu melayankan Afia main dalam playground. Modal RM 4 je kot, layankan ajelah kegembiraan si bambam. Kalau tak main dalam ni pun mana tahu kena hadap dia punya mengaruk minta dukung lagi parah kan.haha




Nanti sambung cerita kat Pahang. Bye!





Thursday, October 08, 2015

Johor Day 2 : Kenduri



Kebetulan balik Johor ada kenduri saudara dekat Felda Bukit Easter. Sementara tunggu en suami abah dan Pak Usu keluar beli breakfast kami kat rumah dah siap-siap nak ke kenduri. Aku keluarkan beg mekap saja suka-suka mekapkan anak-anak dara Pak Usu. Pastu siap ajak photoshoot kat luar lagi. Depa pun suka tau melayankan meroyan kaklong depa ni.hahaha...

Ain dan Arina

Ni lagi satu sejak dua menjak ni meroyan wefie gak. Tang kening memang fail, rasa pelik je kalau muka aku lukis kening. Kening Arina pun aku bantai conteng.


Dah kenyang sarapan roti canai dua keping kami bertolak ke kenduri. Afia buat perangai sungguh kat rumah pengantin. Mintak dukung saja pecah peluh ibu. Aiman dan Pak Ngah Rakinnya dok kehulu kehilir main sakan tak ingat makan. Tak berapa selera sangat kena nasi kenduri mungkin sebab cuaca panas. Anak pulak buat perangai lagi la tak feel nak makan.

Baru sampai dah merap minta maktok dukung.

Rugi pakaikan baju lawa-lawa dia kira buat peel ja cik pia ni.

Ni jakun sangat ingatkan tengok apa rupanya semut je pun. Kat kedah pun banyak semut anak oi.haha..


Layan live band kenduri. Kata MIL bapak pengantin pun ada live band sendiri.

Pak Ngah yang jadi guide lokasi rumah pengantin. Beberapa kali salah jalan tau masa datang.huhu

Pak Usu suami isteri.

Ain request naik kereta dengan kami. Jenuh la Mak Long Ain melayan si bambam. Masa balik mengekek ketawa dua beranak main geletek-geletek.

Mesra walaupun pertama kali jumpa.


Balik kenduri singgah kejap melawat Tok Chik (adik aruah nenek). Tok Chik jamu epok-epok sedap pastu ada aiskrim Malaysia suka la bebudak ni. Nak ke rumah saudara lagi satu beliau tak ada kat rumah.




Malamnya aku tak kemana-mana. Mak abah en suami je pergi rumah saudara berdekatan. Plan nak ke tempat kerja lama aku jumpa kawan-kawan tak jadi dah depa semua tak ada rumah. Krisis air kan teruk dekat Johor. Mujur dapat jumpa sorang ex opismate tu pun depa datang Punggai.

Rumah Pak Usu sama juga air takda. Fikirkan air tadahan pun makin susut kami ubah plan balik awal. Malam tu abah mak balik bawak rezeki ketam dan lobster fresh dapat dari saudara yang pergi melawat tadi tu. Buat rebus je makan reramai kat beranda fuh manis sedap betul isinya. Suka Afia makan ketam. Gambar tak ingat dah aku nak snap.

Pagi esoknya kami bertolak pula ke rumah adik ipar aku kat Pahang. Bersambung lagi. Jenuh la angpa nak hadap cerita balik kampung aku ni.hehe..







Restoren Masakan Melayu



Hari pertama di Johor kami mula fikir dinner dimana. Nak ke Pasak mengimbau kenangan port peberet kami dulu jauh sangat. Pergi nanti buatnya kedai tak buka naya. So kita ke Bandar Penawar again cari makan. Membangun dah Bandar Penawar ada supermarket bagai almaklum dah lama tak balik banyak la kan perubahan. Dulu mana ada apa kat sini hutan ja lebih.huhu..

Kami ke Restoren Masakan Melayu. Nama restoren memang gitu ye. Kemain punya order sorang satu tak sangka portian dia banyak. Aku dah agak dah sebab tengok pinggan meja orang sebelah semua besar. Yang budak-budak ni order nasi goreng ayam sorang satu sudahnya semua pakat tak habis. Aiman yang kuat makan tu pun tak dapat habiskan nasi dia.


Antara yang kami order. Makanan nampak je  menarik tapi kureng.


Otak-otak dan Johor mana boleh dipisahkan. Ada jual depan pasaraya sebelah rostoren. Mulanya Pak Usu dah beli..tak cukup abah pergi tambah lagi. Agaknya bebudak ni dah kenyang dengan ni la sebelum order sampai.

Nyum nyum

Tengok order belum sampai air dah nak habis dua jug.haha..

Anak sedara pak sedara dah sama saiz.kiki

Abang Long oii sudah2 la gadget, padahal kaklong tak boleh sebab kena dukung si bambam tidur.muahaha..

Ain anak sulung Pak Usu. Dah sama besar maknya. Lamanya hai tak jumpa.

Aiman dan Pak Ngah Rakin bestfrend ok tidur pun berdua.

Cik pia tengah tidur ibu letak kat kerusi terus melalak pastu merap. Siap buka baju panas berpeluh dia kata. Ketawa Toksu Nek Su tak pernah dibuat orang peel buka baju kat kedai. Apa-apa la anak oii janji dok dendiam ibu nak melantak.huhu

Mak Usu with baby Arifah. Pangkat je Mak Usu ikut umur aku lagi tua.huhu..

Rakin yang semakin hensem. Berisi sikit dah tak macam dulu keding ja.

Aribah lena dipangkuan MakLongnya (MIL). Yang Aribah ni sebaya Afia. Cuma Afia tua bulan.  Anak sedara besaq dari mak sedara kekdahnya. Tak sebulu langsung depa dua ni tau.

Servis ok tapi nasi goreng memang tak sedap. Nasi lembik pastu kuah chicken choop lamb choop pun aduhai tak sedap langsung. Aku order mi hailam tu bolehlah sedap juga. Bubur nasi pilihan MIL pun sedap katanya. Yang lain semua out dari segi rasa.

Total lost RM 130 tak campur otak-otak RM 35..oklah harga sebab portion besar. Pak Usu dan en suami yang sado dah sorang dua pinggan. Kena nasi goreng USA pastu order western lagi, pengsan nak habiskan. Aku jugak selesaikan french fries depa sayang punya pasal. Balik SP baru diet, tapi sampai sekarang pun dok kuat melantak.hehe..

Dah selesai menggemukkan badan moh kita pulang kepangkal jalan. Esok nak kena nasi kenduri pulak.