Petang hari pertama kat sana anak-anak dah sibuk ajak mandi kolam. Memang ada kolam area rumah Pak Usu tapi bila fikir mandi kolam kena keluar modal, masuk kena bayar baik kita mandi laut. Setakat kolam kat mana-mana pun boleh mandi. Ala lautnya tak jauh pun dari area rumah. Nak pergi yang jauh penat perjalanan datang pun belum hilang.
Kampung Punggai ni berdekatan dengan Batu Layar, pusat rekreasi pernah popular suatu ketika dulu. Sekarang dah tak dijaga tempatnya. Aruah atok pun tak benarkan anak cucu mandi situ. Ada mistiknya tau Batu Layar ni kalau aku nak story kena buat satu entry kot. Yang penting setiap tahun mesti ada ambil nyawa orang punya. Ada je kisah orang mati lemas.huhu
Berbalik pada aktiviti kami bercanda ditepian pantai. Dekat sini aku membahasakan diri sebagai Kak Long kepada anak-anak Pak Usu (adik MIL) ye. Boleh la perasan muda kejap. Kalau sebelah aku dah pangkat toklang dah aku ni.hehe..
Pose dulu reramai sebelum kelaut. Pak Usu ada 5 orang anak. Last kami sampai Johor anak yang nombor 3 tu baby lagi wo.
Aiman bersama pak sedara dan mak sedaranya. Yang paling kecik ni la anak Pak Usu no 3, Arina. Pak Ngah Rakin satu-satunya anak lelaki Pak Usu sebaya Aiman. Tengok la Aiman dah sama besar dengan Mak Long Ain yang darjah 5.
Sakan korang berkubang dalam laut tak menyabor.
Bercanda la korang erkk. Balik sini kena speaking Johor kite.hakhak..
Nah semua dah kepantai. Main tepi-tepi je.
Yang sado-sado jadi pengawal pantai.
Cik Pia takut ombak tapi kemain lagi kocak kaki dalam pasir tak ingat dunia.
Kami batalkan hasrat nak mandi laut sebab air kotor. Tak perasan yang kaki semua dah hitam dek minyak. Ada kapal lepaskan minyak la ni naya je kotor habis hitam legam selipar semua.
Balik rumah jenuh tonyoh dengan minyak gas untuk jilangkan hitam minyak. Mujur la Pak Usu ni rajin orangnya baju semua beliau kasi setel. Anak-anak pun kena mandikan sorang-sorang secara detail. Buang karan betul kalau tau macam ni baik mandi kolam.hahaha...























