Pixajoy

Wednesday, September 09, 2015

Big Mouth Republic



Dengar cerita dari kawan-kawan yang Big Mouth ni memang sedap menunya. Bila orang suggest tempat makan best dah tentu orang yang jiwanya pemakan macam kami simpan niat nak cuba makanan sini. Dah lama nak pergi tapi asyik tak jadi. Ada saja halangan menimpa.

Tak lama dulu dah plan baik punya semangat nak pergi Afia pulak demam. Lama bertangguh sampai la minggu lepas sebelum ke Al Haura Arabic Kopitiam tu sebenarnya kami dah kesini dulu. Sebab penuh dengan umat manusia tak ada meja kosong tu yang sanggup patah balik sampai ke Laguna. Isnin lepas repeat lagi kesini, datang awal lepas Asar.

Restoren yang memang sentiasa jadi tumpuan macam ni, aku suggest kalau nak pergi seeloknya awal sebelum pukul 9. Lepas maghrib full sentiasa. Lokasi dekat Taman Sejati, kedainya betul-betul menghadap Parkson. Aku bagi alamatnya ye.


Big Mouth Republic
Cafe Restaurant
C123 Lorong 10,Taman Sejati
Sejati Indah, 08000 Sungai Petani

Afia belum sampai kedai dah buat taik dalam kereta. Haru sungguh anak dara ni. Lepas tengok menu cepat-cepat la aku ke toilet bersihkan najis dia.hahaha

Dekat kaunter ada banyak kereta mainan depa display sebagai hiasan. Meja kami tak jauh pulak dari kaunter, punya hingaq anak dara tu jerit "nak car..nak car..". Tu belum cerita lagi dia dok sibuk dengan baby meja sebelah.

Nampak tak cars yang bersusun banyak atas tu. Ni la yang cik pia dok aim tu.

Air yang kami order Lemon tea RM 1.80, Vanila Latte dan Special Milo tabuq ka apa kebenda namanya masing-masing RM 6.50.

Officemate aku yang selalu makan kat sini katanya suka sangat crunchy noodle ni aku pun  cuba order, RM 7.90.

Mix Grilled apa benda ntah namanya gabungan ayam, daging dan kambing kami ambil regular RM 42.00. Nala punya banyak!

Aiman oii kot payah sangat nak berpisau garpu bagai. Ibu suggest pi singki basuh tangan makan ja style orang kampung kan senang.haha..

Afia makan mi ibu dua sudu pastu tekun menikmati sosej je la sampai boroi

Portion makanan dengan harga memang puas hati.

Sebelum mix grilled sampai en suami dah rambang mata nak order nasi goreng la, chicken wing la. Dah sampai mix grillednya tu baru tau gila punya banyak kot regular je. Kalau yang big mouth harga 70 something en suami nak order mulanya adik ambik order kata banyak sangat. Memang sungguh banyak la kalau yang regular pun dah sebanyak tu. Mujur tak order yang big.

Bukan nak menjatuhkan bisnes depa ni la tapi sejujurnya makanan kat sini memang tak sedap pada tekak kami. Sos lada hitam dia punya la cair tak berasa. Ayam tu boleh gagah makan..daging dan kambing agak liat. Yang sedap cuma coleslow saja.hakhak

Crispy noodle yang kawan aku kata sedap sangat tu pun bagi aku so so je. Kata en suami makanan tak rasa apa, rasa hangit grilled semata. Kalau sedap mungkin kami soru habis. Ni memang tak habis makan, tapau je bawa balik.

Citarasa setiap orang mungkin tak sama. Menu lain maybe ada yang sedap kot. Mungkin juga tukang masak dah tukar. Entah puas aku memikir apa sebabnya.haha. Kawan en suami kata sedap. Kawan aku kata sedap. Kami kata tak sedap langsung.haha

Bagi aku harga makanan kt sini memang murah. Servis pun ok. Cepat je makanan sampai dengan layanan baik dari pekerja. Nak kata tak sedap restoren ni sentiasa penuh dengan orang kot. Aku tak tau nak explain baq hang. Yang aku tau en suami kata pasni tak payah ajak beliau pi sana lagi.hahaha...










Tuesday, September 08, 2015

Strawberi Celup Coklat



Lama dah tak ke market kebetulan jumpa kawan kat sana. Sambil beli bahan masak ternampak stawberi terus beli. Nak makan camtu saja tak daya aku sorang. Aiman dan Afia kata masam. Banyak gak la sebekas ni tak laku pulak jadinya.


Disebabkan kemut nak beli coklat, kita guna saja bahan yang sedia ada dirumah. Aku buat homemade coklat sendiri. Kali ni ganti coklat dengan milo. Pakai milo, susu pekat, butter dan susu cair. Sedap oii anak beranak lawan mencelup. Cik pia ja ngelat tak makan buah dia kira jilat coklat je.hehe

Ni tinggal baki je pepagi buta aku layan sensorang. Aku add on juga epal hijau dan pear. Buah pear takda dalam gambar dah selesai Aiman kerjakan.


Lupa nak snap masa masih banyak buahnya. Sebenarnya kalut ada tetamu datang rumah. Dia request nak makan pizza, so aku cuba la tunaikan permintaan walaupun dalam masa yang sama mak abah pun mengejut bagitau nak datang. 

Mujur dah kemas rumah. Kalau tak naya ja mertua mai buat spot check kan.haha..




Monday, September 07, 2015

Mini Reunion Ex SMKSA



Dah lama kawan-kawan sekolah aku ni plan nak datang. Jumaat lepas terlaksana juga hajat. Tiga buah kereta depa konvoi dari Penang. Bertolak lepas maghrib kau rasa pukul berapa depa sampai? Dengan kereta salah sorang buat hal, bermacam halangan dan dugaan jugak la nak sampai Sungai Petani.

Sampai rumah aku dah pukul 11 lebih. Apa pun happy sangat dapat jumpak kawan-kawan. Terharu depa sanggup tu turun SP berkunjung ke teratak kami. Nak bertolak balik lagi memang rabak la mata. Demi kawan-kawan bukan selalu kan dapat jumpa.hehe.


Ben, Milah, Shi dan bibi. Semua hot mama.

 Wefie la apa lagi. Depa semua segak tuan rumah ja muka mayat.hakhak

 Menu simple dari dapur PK. Ni pun gabra ok, tak reti aku nak masak banyak. Buat kek pun bantat.hahaha.

Sila..sila jamu selera!

Terima kasih kawan-kawan. Insyaallah ada rezeki jumpa lagi.














Sunday, September 06, 2015

Pizza Sardin Pemanggang Ajaib



Kembali lagi dengan resepi simple dari dapur PK. Hari minggu tengah lepak-lepak kat rumah tu jom buat pizza bodo-bodo style camni. Sedap woo. Tak bagi resepi pun tau buat kot. Main campak-campak ja..Tempek resepi untuk ispirasi ja. Nak tambah topping apa pun dipersilakan. Lagi sarat lagi sedap la.

Ni kira dah malas amat nak taip resepi kekdahnya.haha


Aku malas blend main carik-carik ganas ja semua bahan. Guna slices cheese tu ja yang ada.



Tadaa dah siap bakar dah ni.


Rupa lepas dah potong tak ingat nak snap pun. Kami terus terkam makan dengan gelojohnya. Tapi doa makan kami tak lupa tau!hihi