Khamis yang suka duka ulang berulang.
Dah lama tengok resepi lasagna roti. Sekali baca terus hadam masuk kepala. Resepi simple pertama kali buat menghabiskan saki baki keju yang ada. Niat nak puasa terpaksa batal sebab tak sempat sahur menunggu lasagna masak. Begitu besar penangan lasagna roti. Rugi dah pahala puasa sunat sehari.
Sedikit ujian aku terima waktu pulang dari tempat kerja membuatkan hati resah gelisah sepanjang hari. Dalam keadaan jiwa masih kacau, pagi esoknya jari pula cedera terkena pisau darah keluar tanpa henti. Lepas satu..satu.. Perjalanan hidup kadangkala diduga musibah tanda peringatan kasih sayang supaya semakin dekat denganNYA. Sekarang aku mula mencari kembali rentak ketenangan yang hilang.
Mengubat sedikit gundah bila anak bujang balik sekolah dengan fail dan buku ABC. Katanya jawab betul semua soalan teka silangkata dari cikgu DST. 5 orang sahaja termasuk Aiman dapat hadiah dari cikgu. Walaupun hadiah serupa tak sesuai dengan umur, pencapaian yang sekecil ini cukup membuatkan hati ibu berbunga.









