Pixajoy

Monday, February 02, 2015

Fishball Homemade Untuk Afia



Disebabkan Afia tak suka nasi, jenuh fikir apa menu untuk bento dia. Balik- balik mee,mihun, koteaw tu je. Kadang-kadang beli Maggi kering atau spageti untuk dia. Nanti nak cuba makaroni pulak. Entah dia makan tidak. Kat rumah dah lapar sangat baru selera makan. Kalau ditanya nak makan ke memanjang geleng kepala. Sebolehnya asyik nak mengempeng ja.

Sekarang aku mula gigih nak buat fishball, sosej dan sebagainya homemade punya untuk Afia. Semua pun sedia maklum, yang terjual siap dikedai tu tak bagus dengan bahan pengawet mak nenek. Konon la kan nak hasilkan makanan sihat untuk anak. Jangan semangat kejap sudah.hehe..

Sebelum ni bukan tak pernah buat homemade fishball. Tapi tu la tak berapa gigih nak asingkan banyak isi ikan dari tulang. Pagi tadi aku guna seketul je isi ikan tenggiri gaul dengan lada sulah dan sedikit tepung jagung. Aku tak letak pun garam. Seeloknya untuk baby 2 tahun kebawah tak payah taruk garam. Dapat 5 bijik cukup la untuk sup Afia sekali makan.


Kulit dengan tulang ikan jangan dibuang. Boleh rebus dengan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia buat stok. Bila timbul maknanya fishball dah masak. Buat banyak-banyak simpan dan bekukan. Disebabkan aku nak buat sup untuk bento, aku masuk fishball sekali dalam sup mendidih. Lagipun lima bijik ja buat lekat celah gigi.haha


Hari ni kerja office hour buat nasi goreng bodoh dan mihun sup telur bebola ikan plus kentang dan karot untuk bambam. 






Afia Imanina 21 Bulan




Afia sekarang agak kuat meragam. Agaknya orang dah besar memang macam ni kot gayanya. Kerap sangat mengaruk kalau kita tak turut kehendak dia. Takda chance dah nak suapkan dia makan. Tak turut kehendak memang dia bantai jerit sesaja. Abang Aiman pun dia buli. Semua benda dia nak buat sendiri. Naik turun tangga pun nak turun naik sendiri ok! Sangat independent tak padan kecik.

Masih lagi penakut dengan bunyi-bunyian. Bunyi motor, bunyi hon, bunyi mesin rumput semua dia takut. Satu malam tu kereta siapa ntah asyik bunyi saja alarmnya. Asal bunyi terus Afia terjaga dan melalak. Fobia sangat dia dengan bunyi. Kalau dulu takut dengan cat, sekarang selamba dia pegang, usap sepak terajang cat.haha..Bila turun bawah automatik terus cari cat sambil sebut tet dengan pelatnya.

Gigi geraham atas dah tumbuh lagi dua batang bahagian atas, kiri kanan membuatkan jumlah gigi sekarang 12 batang kesemuanya. Mungkin sebab ni kot dia dah tak mau nasi blander, mula makan family foods dengan jaya. Cuma tu la dia tak mau nasi. Ramai tegur badan Afia makin semangat. Timbang kat rumah pun dah 12kg something. Jumaat ni timbang kat RSAT kita tengok actual berat dia.

Alhamdulillah Afia dah jarang demam, berselera makan dan membesar cerdik sangat tak terjangkau akal. Satu je dia malas nak cakap, berat mulut sikitlah. Kadang tu lawak gila tengok dia komunikasi dengan kita pakai bahasa isyarat. Muka punya semangat tak bley blah.huhu






Sunday, February 01, 2015

Alkisah Kenduri



Sambung lagi cerita balik kampung minggu lepas.haha..Kenduri sebelah rumah dekat kampung. Yang kahwinnya kawan sekampung sebaya aku. Kat kampung kira tahun kami paling ramai sebaya. Ada 6orang, 4 lelaki dan 2perempuan. Semua dah berumah tangga termasuk pengantin, tinggal sorang je lagi bujang terlajak. Guess what aku kot paling laku sebab aku yang first kahwin.hakhak..

Pengantin lelaki nama Zaini, tapi sejak kecik kami panggil Sopi. Sweet jugak warna purple. Patutlah rasa macam nak bawak jubah purple pakai pergi kenduri, malas nak iron punya pasal, sumbat jubah tak perlu iron la jawabnya.Kenduri sekampung ja tak payah nak lawa sangat. Orang nak tengok pengantin, bukan nak tengok maklang muni.haha..


Bila tiba waktu kenduri macam ni barulah ada masa bersua muka dengan kawan-kawan adik beradik sedara mara yang dah lama tak jumpa. Sempat bergambar dengan geng sekampung yang katanya sebaya tadi. Walau sekampung tak senang jugak nak jumpa. Yelah memasing dah ada komitmen. Yang ni anak beliau yang nombor dua. Beliau dah ada tiga orang anak, advance sikit la dari aku walau aku kahwin dulu.hehe..


Afia kalau balik kampung sini memang langsung tak reti dok diam kat rumah. Sibuk dia nak keluar all the time. Anak dara sekarang dah terbalik kod. Si abang Aiman memerap kat rumah mengadap laptop acu dia main game sampai orang kampung tanya mana pergi tak nampak muka. Hari kenduri dok bising kat luar lagilah Afia tak senang duduk rumah. Penjual aiskrim strategi  bisnes pandai, mana tempat ramai orang, kat situ dia pacak. Apalagi kenduri aiskrim la si bambam! Baru je salin baju anak oi.


Kat kampung ramailah yang dok layan dia. Adik- adik aku kan ke tiga orang. Mula-mula sapa nak ambik pun dia tak nak. Dok lama sikit baru nak rapat dengan mak pak sedaranya. Dapat goodie bag kenduri, Afia kenduri jajan pulak dengan Pak Ndak. Satu hari entah berapa kali salin baju. Tadi dah comot makan aiskrim kan.


Yang lawaknya ada pulak sedara orang kampung yang dah lama tak jumpa salah tafsir aku ni Ain (adik perempuan yang bongsu). Muda lapan tahun kot. Kembang kuncup maklang sepanjang hari. Sekarang en suami rajin skodeng blog aku, mampuih la kena nganjing ngan dia nanti. Patutnya bangga la bini beliau nampak muda ye tak.hakhak...









Sepetang Jumaat



Seminggu kerja, hari Jumaat merupakan hari rehat en suami. Hari Jumaat ni jugalah masa untuk outing bersama famili. Tu pun kena tengok rooster kerja aku juga. Aku kerja lagilah tak menentu. Kalau takda hal kami lebih selesa lepak kat rumah. Kalau keluar pun duit habis ke makan je kot. Jadi taik lansung takda faedah.

Jumaat tempohari ingat bolehlah lepak kat rumah. Lepas solat Jumaat terpaksa keluar juga ada hal dipejabat lawyer. Lepas tu pergi mandikan kereta yang dah lama berkarat. Berbulan lamanya tak basuh kereta. Terlanjur dah keluar bawak la anak-anak ke Taman Jubli. Rezeki Aiman Afia senang pulak dapat parking. Biasanya hari cuti camtu orang ramai. Kalau takda parking memang ingat nak blah balik terus je.

Afia bukan peduli sangat pun dengan mainan yang ada. Kat mana ada baby kat situ yang menarik perhatian dia. Pantang nampak baby macam biasa la mesti dia teruja. Dari jauh nampak stroller dah sibuk nak kejar. Satu-satu dia nak tegur. 

Layan je la gambar dua anak riang ni dekat playground.










Sampai balik tak nampak orang jual aiskrim. Dah masuk kereta baru perasan lori aiskrim tepi jalan. Tak kuasa dah nak turun pergi beli. Mula ingat nak pergi pasar malam cari makan sebelum balik, tetiba pulak hujan renyai. Singgah kedai beli barang dapur sikit pastu en suami beli dua tupperware aiskrim dengan kon. Makan aiskrim puas-puas ye anak-anak, ibu dan abah sekali!

Beli juga sate untuk dinner. 60 cucuk makan tiga orang. Lepak kat bawah belasah sate anak beranak sambil layan MLM ulangan. Minggu lepas balik kampung tak tengok.