Pixajoy

Tuesday, January 13, 2015

Aiman Mukhlis Tahun 2



Tiga hari persekolahan berlangsung baru hari ni dapat simpan sedikit catatan kenangan buat Aiman. Persiapan sekolah semuanya buat last minute. Tak excited sangat macam tahun lepas, tu pun boleh dikatakan semua beli baru kecuali beg sekolah pakai yang masih ada. Sebenarnya beg sekolah tahun lepas yang jenis tarik tu pun tak guna dalam gobok sampai sekarang. Salah percaturan beli beg besaq gedabak dengan badan sasa mana sesuai jenis tarik-tarik macam girl. Tak pasal abah kena beli beg baru. Benda masih elok, so guna sampai lunyai la kekdahnya.

Sehari sebelum sekolah baru sibuk pergi potong rambut Aiman dan alter baju melayu untuk KAFA. Almaklum big size budget mau lebih mana seluar sekolah, baju melayu semua kena potong. Padan je kat rumah tak ada mesin jahit, kalau tak aku buat sendiri je la. Jahitkan kaki seluar tiga helai RM10, potong tangan dan kaki baju melayu pun RM6. Lencana dan tanda nama memang aku jahit sendiri hentam kromo. Semua buat last minute, tak padan dengan malas mau berkira lagi keluar duit hantar tailor.hehe.. 

Buku teks mujur dapat yang dah terbalut elok, so mudah kerja ibu. Buku latihan balut guna pembalut ekspress yang masih berbaki tahun lepas. Nasiblah cukup dan masih banyak. Masa membeli tahun lepas tak ingat donia cerita dia. Alat tulis semua beli yang murah-murah. kalau tak kemut bukan PKlah namanya kan. Colour pencil pun cari yang murah sebab dah tahu Aiman fesyen tak expert jaga harta benda. Alat tulis semua kejap-kejap hilang. 

Adik lagi sibuk dari abang dia ok. Abang rilex ja semua benda ibu kena urus.

First day sekolah ibu pergi hantar terus balik takde tunggu apa dah. Bayaran semua en abah settle kemudian. Tu pun en suami kata apesal tak hantar sampai kelas. Adoi budak dah darjah dua, dah tau kelas kat mana lagi mau hantar ka. Bangun pun agak terlewat so tak sempat sediakan breakfast  untuk Aiman. Walau dah lewat kena sempat la snap picture hari pertama sekolah. Kejap je anak ibu nak masuk 8 tahun. Tak boleh feeling muda tau bila ada anak yang dah besar. 


Petangnya pergi KAFA pun lewat. Dua tiga kali naik turun tangga carikan butang baju melayu Aiman. Lubang butang baju boleh pulak kecik. Semua butang yang ada tak muat. Buat kerja last minute macam ni la jadi. Tak sempat nak menggayakan tebuk lubang first day Aiman tunjuk bulu dada sikit la kan.hakhak..


Berpeluh ketiak sambil dukung si bambam nak bayar yuran. Lepas bayar ibu Afia terus blah. Singgah dekat abah bungkus milo ais kosong balik rumah tidur. Afia pengsan lepas hantar abang sekolah sampai dekat maghrib baru jaga. Sekarang fesyen tidur petang lama-lama pastu malam tidur lewat.


Semoga tahun ni Aiman dapat belajar rajin-rajin dan improved dalam pelajaran lebih dari tahun lepas.







Monday, January 12, 2015

Pemeriksaan Gigi Bayi



Zaman sekarang baby pun kena check gigi tau. Tapi sesetengah tempat ada jugak kot yang tak wajibkan. Kawan aku anak sebaya Afia check dekat klinik kesihatan tak perlu pulak check gigi. Ikut buku rekod kesihatan, pemeriksaan pergigian bayi perlu dilakukan tiga kali. Peringkat pertama masa umur 0 hingga 9 bulan, yang kedua waktu baby 10 hingga 23 bulan dan pada umur 2 hingga 4 tahun.

Afia pertama kali pergi dental check gigi umur dah masuk 10 bulan. Ibu la yang dok bertangguh malas nak pergi. Masa ni Afia sebatang gigi pun takde. Dia memang lambat tumbuh gigi. Gigi pertama muncul pun masa usia setahun. So dental nurse hanya periksa mulut dan bagi nasihat tentang penjagaan gigi.

Baru ni pergi check up kali kedua kejap sangat dah settle. Nurse cuma kata yang gigi depan atas Afia rapat sikit, minta aku aware takut senang dapat karies. Sekarang Afia dah boleh tolerate dah waktu gosok gigi. Kalau dulu setiap kali gosok memang tak sah kalau dia tak melalak, now tak perlu paksa dia sendiri minta aku baringkan di riba. Lepas kumur kena puji pandai terus clap hand. Tapi tu la dia tak mau gosok gigi berdiri. Kena baringkan di riba sama macam gaya kena paksa gosok gigi dulu-dulu.

Apa-apa je la anak oi asal mau gosok gigi sudah!

Afia sebelum pergi Dental









Saturday, January 10, 2015

Aktifkan Diriku



Hampir setahun netbook rosak nak beli laptop baru pun kemut. Beli tab dekat lazada tu pun sebulan je pakai dah jahanam. Menyesal gila masa beli tak sabar tak fikir warranty semua pastu nak jimat sangat tak pasal duit lebur macam tu ja. Awal tahun ni ada rezeki lebih sikit en suami janji belikan aku tab baru. Beliau faham yang isteri beliau ni kan ke seorang blogger. So bermula hari ni dah boleh aktifkan diri semula berblog.

Semalam punya cerita. Awal pagi dapat tab baru terus pekena nasi campur dekat Food Court Amanjaya Mall pastu kelam kabut masuk kerja petang. Nak tukar duty tak dapat so balik kerja en suami ambil Afia dekat rumah pengasuh terus ambik aku ke Amanjaya Mall sekali lagi dengan misi mencari handphone baru pulak. 

Mulanya plan nak belikan handphone baru tu kat aku sebenarnya. Nak beli dua bijik macam membazir pulak handphone lama masih elok, lagipun macam aku ni banyak duit sangat.hakhak. Fikirkan aku ni jenis lasak tak pandai sayang harta benda pastu tangan jenis parasit akhirnya handphone baru tu aku bagi en suami ja guna. Aku pakai samseng en suami yang lama tu je la. Nasib beliau baik sebab dapat isteri buta gadget kan.muahaha..

Mula-mula masa nak cari handphone konon alas perut dengan kaya ball pastu tak tahan lapar sangat dinner sizzling mee dulu dekat food court sekali lagi. Ohh Afia semalam ligat sungguh naik pitam ibu nak kejar. Pantang nampak baby, budak mana je jumpa selamber dia pergi tegur nak buat geng. Sebelum balik singgah Just Bread sekejap. Ni yang sempat kami rembat. Ada yang dah masuk perut sebenarnya.hehe



 Sambil layan MLM sambil ternak lemak. Terbaik!








Monday, January 05, 2015

Baby Damia



Balik kampung Jumaat lepas melawat adik ipar yang baru saja melahirkan. Baby lahir seberat 3.06 kg pada 24 Disember lepas. Nur Damia Insyirah nama diberi. Nampak kecik comel je Damia ni. Pipi labuh pulak tu yang buat geram tu. Dengan ini diistiharkan Afia sudah ada geng. Sebelum ni dia sorang je girl. Alhamdulillah semakin bertambah cucu-cucu mak abah.

Afia kemain lagi suka, kejap-kejap belek baby. Bila geram siap aksi cubit baby dia bagi. Nasib baik cubit-cubit manja. Malas nak taip banyak, jom tengok aksi kak pia kita!



Baby nangis sebab lapar ye bukan sebab kak pia. Tengok gaya dah boleh buatkan Afia adik tak.hakhak..