Tuesday, April 08, 2014
Fasa Belajar Berjalan
Baru beberapa hari Afia mula giat merangkak, sekarang Afia sangat semangat berlatih berjalan dengan ibu. Hari ni Afia dah yakin menapak banyak langkah. Ada juga aksi Afia menapak dua tiga langkah, berhenti dan kemudian sambung langkah lagi. Jelas Afia sedang belajar mengawal keseimbangan dan kordinasi otot kaki dengan gembiranya. Detik yang sangat enjoy juga melihat senyuman yang tak lekang di wajah comel dia.
Daripada apa yang aku baca, baby yang lambat meniarap dan merangkak berkemungkinan akan lambat berjalan juga. Afia meniarap pada usia 4 bulan, merangkak pula mencecah 11 bulan, so tak heranlah kalau dia lambat berjalan. Teruskan latihan and take your time Afia!
Monday, April 07, 2014
Kek Keju Blueberry
Kan dah kata demam cheese tengah melanda. Sebab takde cream cheese, kek pakai slice cheese pun jadi. Boleh tahan senang jugak nak buat. Mana tak senang, aku kalau buat kek main agak-agak campak je takde penimbang nak sukat bagai. Nak kata sedap sangat tidaklah, tapi tahap laku dia satu hari je boleh habis sebiji kek ditarahnya kami tiga beranak.haha..
Kek ni versi kukus. Aku ada google resepi slice cheese cake tapi kebanyakkan semua kena buat telur putih jadi meringue. Tak sanggup aku nak ambik risiko meringue tak jadi, takut aku pulak yang bertanduk nanti. Cubaan pertama tekstur keknya boleh tahan gebu. Aku suka yang gebu masa baru lepas kukus tapi Aiman kata kek yang dah masuk peti ais lagi sedap.
Aku buat kek ni waktu malam, agak kelam kabut dengan Afia yang merengek nak tidur, dengan Aiman dan abahnya yang tak sabaq nak makan, tak sempat aku nak feeling tangkap gambar dari pelbagai sudut. Yang ni pun kira tahap cepat ambik sepotong terus snap sebelum aku melantak dan tidur.
Ok fine memang selekeh banyak. Apa ada pada rupa ye tak, buat untuk makan sendiri je.
Resepi Kek Keju Blueberi
Bahan-bahan
- 250 gm butter
- 150 gm gula kastor
- 4 biji telur
- 250 gm tepung kek (aku pakai tepung gandum + 1 sudu serbuk penaik)
- 2 sudu sunquick
- 200 ml fresh milk (aku pakai full cream milk)
- 6 keping slice cheese
- Blueberry jem
Cara-cara
- Pukul butter + gula hingga kembang.
- Cairkan keju dalam susu dengan api perlahan, ketepikan.
- Masukkan tepung dan pukul berselang seli dengan telur dalam adunan butter tadi.
- Masukkan 2 sudu sunquick + susu dan cheese yang dicairkan tadi, pukul perlahan hingga sebati.
- Lenserkan loyang, tuang adunan dan kukus hingga masak.
* Untuk blueberi jem curah atas kek - panaskan jem dengan air pastu untuk pekatkan aku letak sedikit tepung jagung.
Sunday, April 06, 2014
Hadiah Mama NaimNazif
Rezeki kuat bebel dekat blog Aisy Nasiha aka Mama NaimNazif juga bersempena ulangtahun kelahiran putera comel. Terima kasih atas hadiah yang sangat sweet. Aiman Afia ucap terima kasih juga untuk duit raya in advance. Semoga makin murah rezeki AN sekeluarga. Sungguh aku tak pandai bermadah pujangga untuk menyatakan betapa aku suka. Aku mahu AN tahu, hadiah dah selamat dirasmikan. Maaf sebab aku ni gelojoh.
Saturday, April 05, 2014
Random Pictures Afia Holiday
Menginjak usia sebelas bulan nampak Afia dah kuat berdiri dan aktif menggunakan kepandaian dia tu. Semalam ambil Afia dari rumah pengasuh, teruja anak pengasuh kata Afia dah boleh jalan. Pengasuh cerita Afia dah boleh merangkak, pastu kalau lepas dah boleh jalan dua tiga langkah. Memang sebetulnya dah lama dia boleh merangkak, cuma malas je kot.hehe.. Hari ni baru nampak dia merangkak dengan banyak. Ibu catat kat sini untuk rujukan.
Sekarang datang malas nak transfer gambar dari kamera pulak dah. So layan dulu aksi si bambam masa Holiday tempohari. Gambar dah tahap lemau.
Masa ni ibu baru sudah mandikan Afia. Tengok tu muka kemain jakun. Habis dia pegang ketuk-ketuk main semua. Hentian Sungai Buluh tempat dia macam canggih sikit kan berbanding hentian lain. Pelik kot dia tengok alat yang ada.
Masih di hentian Sungai Buluh. Kami breakfast kat sini, Afia makan angin je.haha Sekarang senang sikit nak makan sebab dah boleh dudukkan Afia dalam baby chair. Ni pun tahap ular sawa gak cepat-cepat ibu makan takut dia mintak dikeluarkan dari chair.
Aksi boss kecik berehat. Masa ni tinggal ibu dan Afia je kat bilik. Yang lain keluar cari makan. Kemain ibu Afia kemas tempat tidur, nak tangkap gambar punya pasal.haha
Sebelum swimming kita isi perut dengan nasi lomak nogori. Tak sodap pun. Afia macam biasa jadi tukang penyibuk. Kejap lagi habis dia sepahkan nasi lemak kalau dibiar. Berperang la dengan abang Aiman dia yang tengah kebulur tahap dewa tu.
Balik berendam dah mandi dan siap, tertidur terus si anak dara. Gaya mengangkang tak bley blah kompem buat mata bakal mak mertua terbuntang.hehe
Masa ni dah check out, duduk kejap sementera tunggu enjin kereta panas. Jangan harap nak pandang kamera. Headband dah lari kemana anak oi.
Dekat Teluk kemang ligat sungguh. Kalau boleh tak nak orang pegang dia. Tengok tu muka budak tengah bersemangat (tengah membiasakan dengan perkataan semangat menggantikan nakal). Dapat kaki tak lama lagi jenuh kepung.
Selepas keluar Muzium Tentera Darat, sekejap je dah tertidur dalam kereta. Muka letih tak ingat. Alhamdulillah perjalanan pergi balik Afia well behave. Lepas ni tak risau sangat kalau buat long journey dalam kereta. Harapnya perangai tak berubah kot sayang.
Gambar sebelum pergi melawat baby baru lahir. Kawan baik aku merangkap jiran, kawan sepermainan, satu sekolah dan sebaya bersalin anak ketiga. Mula-mula masa aku pakaikan tak nak buang kau. Suka Afia dapat pakai speck. Kelasss kan cik pia.hehe
Gambar terakhir di Nibong Tebal sebelum bertolak ke Alor Setar. Kirim salam dia nak tunjuk muka comel depan kamera. Dah habis akal ibu nak mintak dia posing. Ni je muka sehabis cantik.muahaha..
Ok bye!
Subscribe to:
Posts (Atom)