Tuesday, March 04, 2014
Afia Bersunat
Afia telah disunatkan di Klinik Dr Azhar semalam pada usia 10 bulan 1 hari. RM 25 sahaja chargenya. Alhamdulillah lega rasa. Sebelum ni asyik bertangguh dek kesibukan en suami.
Masa masuk dalam jumpa doktor, aku baringkan dan buang pampers Afia rilex je. Time doktor sunatkan dia macam blur, senyap tak menangis..doktor pun kata, "Ohh tak nangis.." habis je ayat doktor Afia terus melalak. Lambat betul dia pickup, sama macam ibu dia.haha. Sekejap je nangis dah pujuk Afia diam, doktor pun siap kiss dan sempat puji wangi. Baby doktor..memang la wangi, mak baby ni je berpeluh ketiak masam.hehe
Wajah selepas disunatkan. Semalam sebelum ke klinik aku dah perasan badan Afia dedar macam nak demam, lepas sunat terus dia demam. Kali ni macam teruk sikit demamnya. Tadi pergi checkup Afia dah ok. Now panas balik badan dia. Doakan Afia cepat sembuh.
Monday, March 03, 2014
Selagi Tak Tutup Mata
Selagi tak tutup mata, kita makan!Sumpah orang menyampah dengan tajuk ko.haha 5 gambar 5 cerita, layan!
Jus oren Homemade paling gigih. Tiba-tiba buang tebiat keluarkan pengisar buah yang 7 tahun punya tak guna. Dia punya old version, banyak gila part nak kena basuh tu pasal aku malas guna. Lepas beli guna dua tiga kali terus masuk gobok. Sekarang ni dia baru nak belajar beri perkhidmatan.
Laksa Asam Pedas Paling gigih jugak ni. Ceritanya begini, aku rebus ikan kembung untuk buat kuah laksa. Waktu masak untuk lunch aku pun letak dekat bawah sekejap sampai dah habis masak lupa pulak nak letak atas dapur semula. Semut hurung habis semua ikan masuk tong sampah. Sekarang ni musim panas semut dah serang rumah aku. Pantang letak satu benda semua dia hurung. Untuk tak menghampakan tekak aku yang tengah mengidam laksa, ditambah sayang pada laksa yang telah dicelur, aku guna kuah asam pedas. Makan dengan kepala dan isi ikan. Masyuk jugak!
Sate ikan peberet aku dengan Aiman. Wajib beli sorang dua ringgit, 10 batang sekali hadap je. Abang yang jual sate ni seminggu sekali menapak kat tepi playground. Aiman pun menapak jugaklah tunggu giliran dapat sate.hehe. Rumah aku ni selalu mewah dengan ikan, nak buat sendiri tak tau la pulak resepi yang best. Cer google!
Pizza Ayam Homemade, menu dinner semalam. Pantang beli cheese je sekarang ni mesti buat pizza. Tak padan dengan takde benda nak buat topping, gigih perap isi ayam dengan sos tiram, sos cili dan serbuk hilal. Dah tu goreng ayam sampai masak dengan bawang dan cili hidup. Tak sangka mabeles u all.huhu..
Banana Roll ala-ala Pisang Molen. Cetusan idea lepas nampak pisang molen dekat blog Azie. Pertama kali dengar nama kuih indonesia ni. Doh pizza je aku guna sekali harung. Boleh tahan la kalau makan waktu tengah panas. Tak tau aku macam mana rasa pisang molen sebenar tapi aku punya version dah serupa roti sosej roll tu, bezanya tengah ada pisang.haha
Sunday, March 02, 2014
Afia Imanina 10 Bulan
Setiap bulan pada 2 haribulan ibu mesti up entry ni. Tak pernah miss lagi so far. Cepatnya si hidung kepek ibu dah masuk 10 bulan!
Afia 10 bulan masih belum tumbuh walau sebatang gigi. Kira lambat la kan. Takpe ibu suka, mulut Afia wangi. Dah tumbuh gigi nanti dah tak sama kan baunya, mesti ibu akan rindu bau haruman syurga. Afia dah expert duduk dan boleh dilepaskan berdiri berpaut pada sesuatu. Sekarang ni Afia mula nak berdiri sendiri, selalu praktis dekat meja studi abang Aiman waktu ibu ajar abang mengaji. Dah mula meniti pada sofa juga. Belum merangkak tapi dah tunjuk gaya nak jalan kan.
Akal tersangatlah cerdik. Dah pandai marah tau. Kalau kita marah, dia marah kita balik. Cengei (garang) la ni kata pengasuh.hehe..Apa yang kita makan dia dah pandai mintak, kadang-kadang siap sebut mamam, ibu bagi la buat Afia rasa, bukan bersungguh pun dia makan. Lagi satu akal sekarang ni dah tak mau tidur buai, kalau letak mesti meronta keluar kaki tanda protes. Belum masukkan dalam buai tunjuk dan cakap nak masuk buai pun dia dah marah. Kalau dia tak nak jangan la paksa. Kat rumah pengasuh ok pulak kalau mengantuk dia sendiri tunjuk buai.
Yang tak tahan tu ibu kena la tidur sebelah dia. Mengempenglah Afia sampai terlelap. Ibu pun dah tak boleh buat satu kerja. Kerja membuta je la kan. Tidur dalam bilik kena tutup pintu. Pernah terjadi ibu nak tidurkan Afia, ibu yang tertidur. Bila sedar dia baik punya menjulur dengan laju tengok-tengok dah kat ruang tamu dengan abang Aiman. Pintu toilet memang dah sentiasa tutup. Bila tutup pintu bilik meradang la dia kena dok dalam jail.hehe
Lagi satu pantang betul nampak abah. Selagi abah tak ambik mengekor je kemana abah dia pergi. Almaklum sekarang ni abah pun dah macam biskut sekejap ada sekejap takde. Anak pun rindu. Kalau ibu tengah buat kerja, dah tak boleh biar kat bawah sekejap je dia mop satu rumah. Bila letak dalam walker tak boleh lama menjerit-jerit Afia mintak perhatian.
Pendek kata usia sekarang Afia selalu tunjuk protes kalau ibu tak peduli pada dia, nak main setiap masa dan dah kurang tidur siang. Alhamdulillah Afia sihat, cergas, cerdas dan sentiasa berselera makan. Ni semua dah cukup buat ibu senang.
Saturday, March 01, 2014
Kek Oren Paling Mudah
Aku timbang berat turun dekat 2 kg. Sebab rasa macam kurus sikit boleh dah aku mula aktiviti membaking.kehkeh..Hari ni nak kongsi resepi kek oren. Nak buat memang mudah, cuma guna blander. Tak payah nak buang karan kacau mentega dengan gula sampai lenguh urat tangan sebab kemut nak beli mixer.
Resepi Kek Oren : Blander je semua bahan ni, sebiji sunkist ( potong ambik sekali kulit, biji dengan yang putih tengah tu je buang) + 3 biji telur + 1 cawan gula + 1 cawan minyak. Lepas dah blander, campurkan sedikit demi sedikit dengan (2 cawan tepung gandum + 1 sudu serbuk penaik) pastu kacau rata. Tuang dalam bekas yang dilenser mentega or cup kemudian bakar. Siap!
Ni je gambar aku sempat snap. Lepas keluar dari oven en suami terus ngap. Kata beliau kek ni rasa macam sunlight. Tak padan dengan rasa sabun cuci pinggan pun 3-4 bijik gak beliau telan. Lapar punya pasal.hehe..
Aku buat dalam keadaan nak cepat. Aku boh adunan dalam bekas cupcake sebab aku bakar dalam oven toaster, masak dia pun tak berapa nak sekata sangat. Boleh la buat makan sendiri. Aku kalau takde benda sangat nak makan, kek bodo pun no hal. Janji ada modal nak melantak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
