Setiap baby adalah comel! Sebab comel sangat everyday mesti nak capture gambar Afia even dia tengah tidur. Siang malam kira nak seksi je anak dara ni, langsung tak nak berbedung. Besaq nanti kalau pengkaq jangan salahkan ibu ok!hikhik
 |
| Day 2 |
 |
| Day 3 |
 |
| Day 4 |
 |
| Day 5 |
 |
| Day 6 |
 |
| Day 7 |
 |
| Day 8 |
Yang last tu tak menahan. Kalau boleh cakap mesti Afia kata, "Letih la dengan ibu ni!"
Proses mengandung menyebabkan banyak perubahan pada tubuh badan. Selepas bersalin badan pastinya memerlukan masa untuk pulih seperti sediakala. Aku cuma nak berkongsi serba sedikit tanda tubuh badan yang kerap menjadi perhatian semasa tempoh pemulihan selepas bersalin. Lupa la jumpa benda ni kat mana, ada dalam draft, aku tinggal edit je.hehe
Rahim
Rahim akan mengambil masa 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal. Saiz rahim sebenar adalah sebesar telur “double A” sahaja.
Bengkak
Bengkak kaki dan badan mengambil masa 4-6 minggu untuk hilang sepenuhnya. Sepanjang sepuluh hari lepas bersalin nurse akan datang rumah dan salah satunya benda wajib adalah check tahap bengkak kaki aku. Adalah normal untuk tubuh menjadi lebih bengkak dalan tempoh 1 hingga 2 minggu, asalkan tiada masalah darah tinggi. Pada waktu ini badan akan mengalami kekurangan air kerana mengalami dieresis. Oleh itu, minum air yang mencukupi. Ini sangat penting untuk memastikan aliran susu badan yang banyak dan mengurangkan risiko sembelit.
Pendarahan faraj
Pendarahan faraj atau nifas mengambil masa 4-8 minggu untuk berhenti sepenuhnya. Sekiranya ia berhenti selepas 3 minggu bersalin dan datang kembali selepas beberapa hari, ia juga adalah normal. Darah yang keluar itu akan bermula dengan warna merah sebelum ia akan beransur-ansur menjadi warna coklat dan seterusnya coklat muda.
Luka Episiotomi
Kali ni terkoyak sendiri. Anak sulung je kena unting kan. Nasiblah tak banyak jahitannya. Luka ini akan mengambil masa 1 hingga 2 minggu untuk pulih daripada sakit dan 4 hingga 6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Pastikan ia bersih dan sentiasa kering untuk memastikan ia lebih cepat sembuh. Aku amalkan rendam asam keping dalam air panas kemudian basuh tempat luka bila air dah suam. Kadang-kadang campur dengan daun sirih.
Luka Pembedahan Cesarean
Pembedahan ini akan mengambil masa 4 minggu untuk pulih daripada sakit dan 8 minggu untuk pulih sepenuhnya. Berjumpalah dengan doktor sekiranya tempoh pemulihan memakan masa lebih lama daripada yang dijangkakan.
Stretch Mark dan warna kehitaman pada kulit
Ini paling tension. Dah la pregnant kali ni kulit jadi hitam. Naik meluat aku tengok kulit sendiri.haha..Benda ni mengambil masa 6 bulan sehingga 1 tahun untuk hilang sepenuhnya. Strech mark selalunya dari kemerahan ia akan menjadi parut putih yang pudar. Mereka yang berkulit gelap mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.
Kebas Tangan (Carpal Tunnel Syndrome)
Selalunya hilang dengan sendiri selepas 6 minggu bersalin. Carpal tunnel syndrome terjadi disebabkan tekanan pada urat saraf pada pergelangan tangan yang kerap terjadi disebabkan kehamilan. Kalau tangan masih kebas dan sakit selepas tempoh tersebut, eloklah berjumpa pakar untuk rawatan seterusnya.
Buasir
Buasir atau hemorrhoid mengambil masa 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Ni pun tension jugak. Masa pregnant aku kena gak sikit. Lepas bersalin normal la kena sembelit. Mujur tak teruk sebab dua tiga hari dah ok. Bagi pengidap buasir kronik, ia mungkin akan kekal selagi tiada pembedahan dilakukan. Jumpa dengan doktor pakar sekiranya buasir masih tidak hilang walau setelah beberapa bulan bersalin.
Berat badan
Kenaikan berat badan semasa hamil kebanyakannya disebabkan oleh berlebihan bendalir tubuh dan juga tumbesaran rahim serta bayi. Kenaikan berat badan yang optimal adalah dalam lingkungan 10-15 kilogram selama sembilan bulan hamil. Aku naik sampai 20kg kot. Kebanyakan dari pertambahan berat ini akan hilang dalam tempoh 2-3 bulan selepas bersalin. Sekiranya kelihatan masih berisi selepas 6 bulan bersalin, ia mungkin disebabkan mengalami kenaikan yang keterlaluan semasa hamil.
Perut buncit dan berkedut
Badan memerlukan 6 bulan hingga 1 tahun untuk kembali langsing tetapi bergantung kepada cara pemakanan semasa pantang dan cara senaman yang dipraktikkan. Semingu pantang gila selera aku makan. Macam mana nak kurus?haha..Sejak dua menjak ni je jadi kurang selera.
Buat senaman perut 3 hingga 4 kali seminggu semasa pantang. Kita mungkin akan langsing dalam masa yang lebih singkat. Aku ni lepas makan terus baring senam perut apanya. Bagi mereka yang menjalani pembedahan Cesarean, ia mungkin akan mengambil masa yang lebih lama disebabkan lemak kebal yang terbentuk pada sekitar parut cesarean.
Tu je kot nak share.
Bukan senang nak terima hadiah dari en suami. Hadiah dari sudut material aku maksudkan. Kalau hadiah kasih sayang tu hari-hari dapat.haha.. Dalam saat genting masa di hospital tempohari en suami hantar mesej kata ada supsrised untuk aku. Dok kalut nak beranak tak fikir teruja kejutan ni semua.
Lepas je bersalin, masa nurse tolak nak masuk wad tetiba je en suami datang dengan senyuman. Tak menyabar keluarkan hadiah istimewa buat isteri.
Sony DSC-W710. Murah je. Pink lagi. Jambu sangat bini beliau.haha..
Sony ni brandnya macam semua sedia maklum takkan nak lancarkan benda murahan yang tak berkualiti. Cuma ada sikit lece kamera ni takde penstabil gambar. Makanya untuk dapatkan hasil foto yang cantik, tangan kena la bedung, tak boleh goyang-goyang inul ok.
Dah bertahun kot kamera rosak. Tapi laki bini kemain kemut nak kelurkan duit beli kamera baru. Update blog pun pakai gambar webcam ja. Ada kamera ni senang la sikit nak abadikan foto kenangan apatah lagi dengan kehadiran puteri cantik dalam famili kami.
Masa adik dalam perut kemain abang sayang adik. Hari-hari kiss, bila baby deliver lain pulak ceritanya.
Abah Aiman suka sangat usik, "cepat kemas baju-baju Aiman masuk beg, abah nak p hantaq rumah anak yatim.." Lawak memang lawak tapi lama-lama aku naik risau tengok Aiman tak peduli langsung ke adik. Pastu aku warning en suami jangan semarakkan kebencian Aiman pada adik. En suami bukan makan saman, memang jenis kuat menyakat.
Hari pertama dan kedua balik dari hospital suruh kiss adik pun tak nak. Kata Aiman pada Maktok, "baby tu memang comel, tapi baby tu kotor" (merujuk kepada ruam dan kulit merah-merah Afia). Agaknya masa dekat hospital, sejuk je kena aircond, balik rumah bila panas sensitif pulak kulit si Afia ni. Bila sapu bedak sejuk baru ok.
Paling kelakar malam tu kawan baik aku call,dok sembang la dalam telefon. Afia tengah tidur, Aiman tengah main PS. Tetiba Afia melalak terus aku letak telefon pastu terpa Afia sambil memujuk, "ala sayang-sayang.."
Mata masih galak menghadap game, selamba je Aiman bersuara diiringi ketawa besar dari Maktok. "Sayang sangat la dia tu..kat Aiman ni dah tak sayang ke?"
Pada Maktok pun Aiman kata, "Maktok ni dah tak nak tengok Aiman ke?Asyik tengok baby je.."
Mula-mula pandai jugak Aiman cemburu dengan adik. Sekarang Aiman dah selalu dekat dengan Afia, kemain sayang dengan adik dia. Semoga Aiman akan terus menjadi abang yang baik dan sentiasa melindungi adik.