Sunday, September 09, 2012
Petua Untuk Anak Hadapi Peperiksaan
Peperiksaan UPSR akan berlangung beberapa hari lagi. Teringat aku dulu-dulu bila nak menghadapi peperiksaan besar, aruah pak akan buat air penerang hati kemudian buatkan sekali bacaan doa untuk alat tulis seperti pensel dan pemadam yang akan aku guna didewan pepriksaan. Macam kelakar jer rasa. Korang ada?
Aku cuma nak share petua untuk membantu anak menghadapi peperiksaan yang aku dapat daripada Fanpage Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.
1. Doa, fikir, cakap & yakin yang anak akan berjaya!
2. Bentuk suasana yang tenang di rumah untuk anak mudah study
3. Elak gaduh, marah atau rajuk agar anak dapat getaran positif
4. Ahli keluarga korban dengan bantu, temankan belajar, tutup TV, etc
5. Pesan kepada anak untuk amalkan rutin harian macam hari peperiksaan agar tak terperanjat bila exam nanti
6. Pesan anak hadap Qiblat & baca Surah Al Insyirah sebelum study
7. Maafkan & Doakan guru & kawan2
8. Ibubapa berpuasa, solat hajat & banyakkan berdoa
9. Nyatakan yang ibubapa akan redha dengan apapun result anak asalkan dia dah mencuba yang terbaik
10. Pesan anak untuk solat taubat, hajat & istikharah untuk mudah study & jawab soalan masa periksa
11. Ibubapa buatkan atau cari air penerang hati sebagai booster kepada anak.
Selamat berjaya buat semua adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan!
Saturday, September 08, 2012
Kenduri Kesyukuran
Alhamdulillah, selesai sudah kenduri di Alor Setar. Abah pun rancang last minute, aku ambil cuti sehari je. Pagi ni balik SP aku terus masuk kerja. Penat masih lagi terasa. Nanti ye aku BW. Sekarang ni Aiman dok gila main game, ibunya dok gila buat taik mata, maka masa untuk blog sangatlah terhad. Ini pun kira gigih jugaklah nak update walaupun kepala masih tintong.huhu
Oh ye tiba-tiba je cerita pasal kenduri kan. Alkisah semalam selepas Zohor keluarga en suami buat tahlil, buat kenduri sikit merangkap jamuan raya. Kebetulan semalam juga sambutan hari lahir abah yang ke 53, kami semua rancang tempah kek buat abah dan mak. Abah dan mak pun feeling-feeling la potong kek macam pengantin siap adengan suap menyuap.haha Gambar aku tak sempat nak transfer, ada dalam kamera adik ipar.
Kami cuma buat mee kuah, rendang daging dan kari ayam. Abah order mihun goreng, roti jala, ketupat dan dua jenis kuih. Jiran-jiran dan sedara mara ada yang sponser kuah kacang, nasi himpit dan segala mak nenek kuih. Banyak gila makanan dan Alhamdulillah habis dengan jayanya. Tu je nak cerita.haha..
Wednesday, September 05, 2012
Tuesday, September 04, 2012
Bahaya Minuman 3 in 1
Salam,
Eh aku dah makin rajin update kan?hihi Aku pasti ramai antara korang dah sedia maklum tentang keburukan minuman 3 in 1 yang berlambak dipasaran. Aku sudah beberapa tahun mengharamkan benda ni sebagai stok di rumah. Sampai sekarang pun, aku memang jarang minum minuman bergula atau bersusu. Air kosong je yang sentiasa menjadi teman aku sepanjang hari. Untuk sihat dan cantik kena minum air kosong banyak-banyak ok!hehe..
Share untuk peringatan bersama. Pada penggemar minuman 3 in 1, masih belum terlambat untuk korang berubah.hiks..
Subscribe to:
Posts (Atom)


