Monday, September 03, 2012
Masterchef Di Kampung
Pada yang belum sedia maklum, aku adalah anak yatim piatu yang sudah kehilangan kedua ibu bapa. Syukur masih punya mak abah mertua buat menumpang kasih. Rasa kehilangan sebenarnya mengajar aku menghargai hidup. Raya tanpa mereka mengimbau banyak sekali kenangan. Hanya korang yang pernah melaluinya saja yang faham. Ok intro tak bley blah!
Rumah aku di kampung dekat Nibong Tebal sana hanya tinggal abang dan dua orang adik lelaki. Adik perempuan aku yang bongsu masih belajar. Kalau adik aku ni balik, kadang-kadang beliau masak gak la. Tapi sangatlah jarang sebab anak dara ni pemalasnya boleh tahan jugaklah. Tak macam kak beliau ni rajinnya sejuta lemon.kehkeh (nasib adik aku tak baca blog ni). Kalau yang perempuan tu malas, yang bujang bertiga ni lagi kroniklah tahap penyegannya. Hari-hari beli lauk kat kedai. Bilik masing-masing pun dah macam sarang spider, bersawang tak payah cakap!
Berbicara soal mengemas satu hal. Sesekali bila balik kampung, akulah chef yang akan menyinsing lengan menyiapkan juadah didapur. Apa guna jadi perempuan sulung kalau nak masak jamu adik-adik pun fail kan?eceh!Walhal adik aku selalu juga jadi mangsa kena belanja kami semua makan kat kedai.haha. Balik beraya tempohari, aku selaku kakak yang misali akan memikirkan apa juadah perlu masak. Depa ni semua memang jenis kuat makan, badan je cekeding macam cicak. Selalunya apa yang aku masak kompem licin. Sedap tidak tolak tepi.
Alkisah waktu lunch aku suruh adik aku yang bongsu tu masak nasik. Aku bersilat masak lauk. Adik aku perempuan nan sorang ni kena dera juga cabut serai kat rumah jiran, kupas bawang semua supaya memudahkan kerja kakaknya.hiks. Tengoklah hasil nasi yang beliau masak. Terkejut beruk aku tengok bila bukak tutup periuk. Mentang-mentang aku suruh masak banyak, pertama kali aku tengok nasik melimpah melebihi periuk. Ini sudah seperti nak buat kenduri tahlil. haha
Tajuk masterchef di kampung, aku ke adik aku sebenarnya?hoho
Sunday, September 02, 2012
Yeay! 12kg in 4 Month
Salam bahagia dan Selamat berhujung minggu,
Ini bukan testimoni. Aku dah update dekat blog Diari Diet Kutu sebenarnya tapi nak gak tepek pic kat sini sebagai motivasi (sebenarnya takde modal nak update.hehe). Saksikanlah betapa tembamnya aku dulu.huhu
Aku masih perlukan penurunan sebanyak 4kg. Aku nak cuba dapatkan berat badan ideal sebelum raya haji. Doakan aku berjaya!
Saturday, September 01, 2012
Contoh Perkahwinan Islam
Semua sudah sedia maklum tentang perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan pasangannya, Husna. Aku malas nak cerita panjang sebab aku pasti korang semua mesti lebih explore tentang perkahwinan ustaz selebriti yang popular ni. Apa yang menarik perhatian aku, majlis ini dibuat secara sederhana tetapi cukup meriah. Ini adalah contoh majlis sepatutnya semua pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan contohi.
1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.
2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.
3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.
4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.
5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.
6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.
*Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :
" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)
7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.
8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh ahli keluarga ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.
* Rajinnya aku update hari ni kan.huhu
Petua Buasir : Pengurusan Diri
Salam bahagia,
Kisahnya tadi opismate ada tanya soalan budget macam aku pengamal perubatan, tau tak ubat untuk sakit buasir? Agaknya beliau baru kena. Malangnya aku bukanlah insan yang sesuai untuk soalan tersebut. Tapi berbekalkan sedikit keprihatinan dan sifat ingin tahu, aku cuba tanya en google, mana tahu ada diantara korang diluar sana atau sedara mara yang menderita sakit yang sama.
Buasir memang menyeksakan. Ia berpunca daripada saluran darah vena yang membengkak di sekitar dinding dubur. Ada dua jenis buasir utama iaitu buasir dalam dan buasir luar. Apa bezanya dua buasir ni korang boleh google sendiri aku malas nak taip. Tapi melalui namanya kita dah boleh agak macam mana jenis buasir tu kan.hiks...
Aku bukan nak share apa ubat yang sesuai untuk penyakit ini, tapi bagaimana pentingnya memahami yang cara hidup kita mestilah berubah sama bagi mengurangkan risiko buasir berulang semula. Pengurusan diri adalah ubat paling mujarab aku rasa. Insyaallah buasir akan bertambah baik dan terkawal.
Apa yang perlu diamalkan secara berterusan adalah :
Subscribe to:
Posts (Atom)

