Saturday, August 25, 2012
Cerita Shopping Baju Raya
Salam bahagia
Seminggu syawal telah berlalu. Lamanya tak update. Sebelum raya sibuk dengan kuih raya, selepas raya sibuk beraya pula. Yang paling utama tahun ini aku terpaksa akur dengan komitmen kerja. Alhamdulillah walaupun tak cuti raya langsung, aku en suami dan Aiman masih berkesempatan balik kedua-dua belah kampung dan bermaafan bersama famili, sanak saudara dan jiran tetangga. Inilah untungnya bila tinggal dekat dengan kampung.
Entri ni bukan nak cerita pasal raya tapi pasal shopping baju raya. Sebelum raya tak sempat nak update kelam kabut mana nak buat kuih, mana nak kerja lagi dan mana nak kemas rumah. Pastu asyik ulang alik balik Alor Setar. Nak feeling-feeling update blog memang tak sempatlah. Hal raya next entry ok. Ok sebelum tu nak ucapkan Salam Lebaran dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua kenalan blogger yang jauh dimata tapi dekat dihati. Maaf zahir batin jika ada terkasar bahasa, jika ada tulisan yang mengguris hati atau komen aku yang buat korang menyampah.
Setiap tahun pun kami sekeluarga memang beli baju raya last minute. Dua minggu sebelum raya kami shopping dekat Parkson je. Yang paling penting beli baju anak dulu( eceh walhal baju ibu dah beli online). Dekat Parkson rembat 3 helai t-shirt, 2 helai seluar, sepasang kasut raya dan sepasang selipar raya untuk Aiman. Malangnya masa scan dekat kaunter, adik cashier tu lupa pulak nak kirakan sekali sehelai seluar Aiman. Patutlah rasa macam murah sikit, rupanya sehelai seluar Aiman tertinggal. Balik rumah baru sedar. Sudahnya rezeki Aiman sehelai seluar je la.hehe..
En suami pula susah sikit bab nak beli baju untuk diri sendiri. Ada ke patut baju beliau yang nak pakai semua suruh aku pilih. Naik pening aku. Dah la susah nak carik saiz.hehe..Aku dah cakap suruh beli t-shirt raya dan seluar tapi beliau yang tak mau. En suami aku memang bagus bab baju ni beliau memang tak kisah, biar anak bini bergaya sudah.hahaha..Tapi dek kerana Parkson bagi voucher RM10 dengan pembelian RM150 keatas, guna voucher tu en suami ambil gak la sehelai t-shirt. Tu jer la baju raya beliau.haha. Dekat Parkson aku tak beli apa. Beli seluar track buat jogging lepas raya.kehkeh.. Oh lupa, aku beli gak kasut raya dekat Bata.hehe. En suami pun rembat dua pasang sandle juga.
Mulanya ingat tak nak belikan Aiman baju melayu, pakai yang lama tapi terlanjur balik Alor Setar bawak adik ipar pergi Pasific shopping baju raya anak beliau, aku belikan juga sepasang baju melayu untuk Aiman. En suami memang tak beli baju melayu. Tahun ni seperti biasa pakai baju lama, jubah baju melayu yang tahun lepas punya. Aku sempat menyelit beli sehelai shawl.hehe..Baju raya aku beli online sehelai kurung moden. Jubah yang aku beli online bulan Mac dulu pun tak sempat pakai lagi. Jadilah baju raya aku dua pasang. Niat hati nak menjala sepasang baju raya lagi, tapi en suami dah bagi hint baik punya! Terpaksa aku tunda nafsu untuk raya haji.haha..
Bab baju raya dah setel.haha macam ada je orang nak baca ko membebel!Nah amik sekeping pic Aiman beriang ria main bunga api.
Saturday, August 04, 2012
Perihal Kuih Raya
Alkisah semalam tiba-tiba waktu tengahari rembang elektrik kat rumah terputus. Sudahlah puasa, cuaca pulak panas gila. En suami paling hilang punca. Beliau macam cacing kepanasan dengan penutup periuk ditangan buat kipas-kipas badan. Aiman yang sentiasa aktif tak kira ribut ke petir, duduk dalam aircond pun berpeluh-peluh. Setakat takde elektrik small matter la bagi dia.
"Yang..jom p tesco beli bahan buat kuih, dok rumah pun hangat nie..sana sejuk sikit.."
Begitulah dialog aku untuk menyelamatkan keadaan.haha. Fikirkan panas memang en suami bersetuju tanpa kompromi. Tapi kena tunggu beliau solat Jumaat dulu. Balik solat terus menuju ke Tesco. Macam biasa bila sampai pasaraya ambil itu ambil ini masuk troli, kempis sudah poket. Tu belum shopping baju raya lagi.
![]() |
| Pinjam pic google |
Raya tahun ni mak mertua aku tak sihat, jadinya memang tak ada pembuat kuih raya. Kalau sebelum ni tinggal ambil kuih mak bawak balik rumah je, kali ni nak tak nak dengan menggunakan skill yang ada, aku kena jugak buat serba sedikit. Walaupun tak expert membikin biskut ni semua, aku memang sungguh ghairah nak buat.
Dalam kepala sudah berlegar rupa samperit, cornlakes madu, almond london, biskut bintang salju, biskut makmur, biskut kacang, biskut malam purnama, biskut coklat cips rangup, biskut nestum crunchy, kek batik, kek coklat lembap, kek lapis horlicks, keropok kacang dal, kuih ekor kucing, popia horlicks dan muruku.
Angan-angan nak buat 6 jenis kuih tapi list tu terasa macam nak buat semua je. Wah tak menahan sungguh kan? Tak padan dengan takde mixer. Bermuscle la tangan aku raya ni. huhu
Thursday, August 02, 2012
HAPPY BIRTHDAY TO ME!
Salam 13 Ramadan
HAPPY BIRTHDAY TO ME! Alhamdulillah masih diberi nafas dan kesihatan yang baik untuk menguruskan segala amanah hidup. Dalam kedewasaan umur 28, masih banyak yang perlu aku teroka, masih berliku perjalanan yang perlu aku tempuh, masih banyak juga impian yang belum tertunai. Syukur Ya Allah diatas segala pemberianmu. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Terima kasih kepada semua atas ucapan dan doanya.
Wednesday, August 01, 2012
Diari Ramadhan Aiman
Salam Ramdhan dari Aiman..
Bulan puasa best. Makan semua sedap-sedap! Tapi Aiman tak puasa pun. Setiap pagi ibu sediakan makanan sebelum pergi sekolah. Ibu selalu masak nasik goreng bodoh kegemaran Aiman. Ibu risau Aiman tak tahan lapar sebab dekat sekolah tak ada makanan. Cikgu siap warning bekal pun tak boleh bawak.
Ahad lepas Aiman cakap pada ibu,
"Ibu..hari ni Aiman nak puasa, balik sekolah nanti baru Aiman makan.."
Sepanjang 12 Ramadhan, baru kali itu Aiman puasa. Puasa sampai jam 12 tengahari je! Bila azan, Aiman sibuk suruh ibu makan. Kata ibu itu azan Zohor.
Bulan puasa ni ibu tak bagi Aiman pegi taman bila petang. Kata ibu orang semua puasa, takde orang dekat taman. Aiman bosan tahap agung duduk rumah main sorang-sorang. Kadang-kadang ibu bagi Aiman main game Zombi dekat komputer. Lama-lama main bosan jugak.
Nak best sikit Aiman minta ibu bukakan ultraman. Aiman mengadap tengok ultraman mebius dengan ultraman zero masa ibu tengah ketuk-ketuk ramadhan dekat dapur. Tiba masa ibu suruh mandi untuk baca irqa, Aiman buat bodoh lagi layan youtube, kena la jerkah! Baru la kelam kabut terus tutup komputer tarik muka lapan belas.
Semalam abah cuti. Ini yang Aiman tak suka bila abah ada dekat rumah. Time abah tido, Aiman nak tengok kartun pun tak boleh. Ibu kata bukak je TV, tapi Aiman takut abah marah. Main sorang-sorang mana best. Ada adik takpe jugak. Bosan sangat Aiman pergi bilik. Dapat satu idea bernas. Yehaa!!
Nak tahu apa Aiman buat? Aiman cungkil alat-alat mekap ibu. Berterabur sisa blusher dan eye shadow semua atas lantai. Ibu mengamuk muka hodoh kalah raksasa yang lawan dengan ultraman dalam youtube tu! Lepas kena debush-debush dengan ibu, abah pulak smack down Aiman. Kesian Aiman asyik kena dera...
*Rasanya dah lama budak ni tak buat perangai. Sesak nafas aku kadang-kadang.hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)


