Malam tadi aku join teka teki di blog puanbee. Soalannya apakah alat gambar dibawah? Beri sekali kegunaannya. Siap cepat dia dapat! Macam-macam jawapan yang keluar. Paling tak tahan, acuan samperit. haha guling-guling aku gelak. Bila tengok dari rupanya, aku pun tak tahu apakah nama alat ni. Lalu menggunakan kepala otak aku yang kadang-kadang agak jenius, aku tengok dekat gambar tulis Vibrant Kegel Device. So seberapa pantas aku google cari maklumat.
Pencarian aku menemui sesuatu yang baru dan memberi keterujaan kerana tidak menyangka akan kewujudan alat ini. Gila sastera bahasa.hiks.. Aku malas nak cerita panjang tentang benda menarik ni. Korang para wanita yang sudah berkahwin mesti kena tahu. KLIK SINI laju-laju. Alhamdulillah aku salah seorang dari tiga pemenang teka teki yang menerima RM 10. Terima kasih daun keladi ye bee! RM10 pun duit tau. Kebetulan tadi pagi en suami minta aku topupkan secara online. Nampak tak rezeki en suami disini? Kan dah tak usik duit aku.haha..






