Pixajoy

Wednesday, April 04, 2012

Wordless Wednesday : Otak Kita Dalam Bahaya!








Tuesday, April 03, 2012

Bahaya Berkasut Tumit Tinggi



Berkasut tumit tinggi bagaikan suatu kepuasan pada si pemakai. Golongan wanita yang gemar berkasut tumit tinggi biasanya di dominasi golongan bekerjaya dan gemar berfesyen. Tempohari semasa Rancangan Apa Kata Wanita, siapa tengok kasut yang di pakai pengasas Jamu Mak Dara? Kagum bukan? Tak sanggup aku nak pakai.hiks..


Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya. Ini menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Ramai yang sudah sedia maklum tentang bahaya golongan yang gemar memakai kasut tumit tinggi.Tapi tahukah korang? :

  • Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
  • Boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan.
  • Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
  • Memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.
  • Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.
  • Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
  • Kecacatan Haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
  • Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.

* Masih di pejabat, tak sempat nak menaip entri.hihi..









Monday, April 02, 2012

Hadiah Jemari Asmara



Assalamualaikum


Pagi tadi selepas hantar Aiman ke sekolah, aku ajak en suami pergi daftar persekolahan tahun 1 untuk Aiman. Memang kelakar bila kerani sekolah mintak surat beranak original kata nak cop. Tercengang aku dan en suami.haha harap maklum tak ada pengalaman, anak sulung katakan.


Sebelum tu kami ke pejabat pos dulu. Rupa-rupanya notis yang aku terima Selasa lepas tu adalah bungkusan hadiah dari Kak Zefa pemilik blog Jemari Asmara. Kalau ada yang masih ingat, aku pernah join Jelajah Jemari Asmara Giveaway dan ternyata rezeki menyebelahi aku. Aku dapat hadiah utama bernilai RM 150 tau.  


Tahu apa yang aku dapat? Sehelai kain pasang batik terengganu, brooch dan rantai tangan kristal. Sangat teruja dan tak sabar nak buat baju. En suami kata kain tu warna yang sangat lawa. Bukan senang beliau nak beri pujian.haha..Rantai tangan krital tu pun sangat cantik. Memang kena dengan taste aku. Boleh cerita sajalah sebab gambarnya tak ada buat tatapan. 


Jangan merasa hampa, eceh! Insyaallah memang dalam perancangan aku nak beli kamera baru. Rasa macam batak sangat jadi blogger tak ada gambar dalam entri.kehkeh. Nanti dah jadi baju baru aku buat tayangan. Terima kasih daun keladi, lain kali beri lagi ye Kak Zefa.hehe. Pada korang yang belum berkenalan dengan ibu Yusuf dan Maryam ni, sila klik laju-laju dekat header di bawah. Beliau blogger yang sangat best!











                               








Sunday, April 01, 2012

Jom Like Adelia Kids & Mums Shoppe



Salam Bahagia


Hari minggu hari yang agak sunyi dengan kunjungan teman-teman blogger. Kebetulan hari ini aku tidak bekerja, maka bertintong saja dirumah. Usai kepulangan Aiman dari sekolah, jari montelnya tersepit di celahan pintu. Ketika itu aku tidak menjadi saksi kejadian. "Ibu..jari Aiman darah.." tamat dialog terus sahaja melalak. Anak hero ini bikin malu tersedu sedan berlebihan bila abahnya makin menyakat. Pengajaran percuma kerana tidak akur cakap ibu abah itu balasan tuhan beri.


Kembali ke tujuan asal. Adelia Kids & Mums Shoppe nama diberi. Panjang tergeliat lidah menyebut.keke..Aku paksa korang semua like page kawan aku.haha. OK tak paksa tapi paling comel kiranya korang like untuk bagi sokongan kepada beliau yang baru saja memulakan empayar perniagaan di dalam talian.




CEO Adelia Kids & Mums Shoppe adalah rakan sekampus paling kuat bertekak dengan aku bernama Jue. Aku masih ingat makanan peberet Jue adalah nasi goreng daging merah dan teh ais. Sejak 7tahun terpisah kini aku tidak tahu kalau kesukaannya sudah berubah. Oh sungguh banyak juga kenangan kami bersama bila sesekali mengulit keindahan di zaman anak dara.hoho


Aku tumpang gembira bila Jue memulakan langkah untuk mendalami bidang perniagaan yang selama ini adalah kos yang kami ambil di universiti dulu. Sekurang-kurangnya masa belajar selama tiga tahun tidak sia-sia. Jom jenguk dan like Adelia Kids & Mums Shoppe Ada pelbagai barangan seperti botol susu, soft toy, ipad for kids, prewalker shoes dan pelbagai jenis beg yang mampu milik.


OK selesai sudah tugas mulia mempromosikan perniagaan seorang sahabat bertekak.haha... Bye!