Malam tadi aku berjaya tak hanyut sekali bersama Aiman dibuai mimpi. Lepas tidurkan Aiman, aku bangun lipat kain. Sempat gak layan Cerekarama Warkah Cinta Mat Rock (WCMR) dari mula sampai habis. Cerita yang agak menarik hingga ada rakan facebook aku kata drama ni lagi bagus dari Ombak Rindu. Pujian tak menahan.keke. Drama ni dilakonkan Sharnaaz Ahmad, Nur Fathia, Nabil, Zarynn Min dan Ezani.
WCMR mengisahkan Eddie (Sharnaaz) mat despatch berjiwa rock tegar jatuh hati pada Nina (Fathia) eksekutif di syarikat tempatnya bekerja. Orang sekeliling menganggap Eddie dan Nina tidak sesuai bersama namun Nina menyenangi Eddie yang selalu menghiburkannya. Kerana salah faham, Nina menghina Eddie tanpa belas kasihan. Eddie mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas cintanya ditolak. Dia meninggalkan sekeping warkah buat Nina. Malang menimpa, Eddie kritikal di hospital kerana kemalangan. Kuasa cinta mengatasi segalanya. Warkah Eddie ternyata punya aura tersendiri sehingga Nina berjaya menyedarkan Eddie dari koma.
Ye ye je aku buat sipnopsis. haha.. Aku suka tengok mak Eddie yang sempoi bergua lu dengan anak sendiri. Layanan Eddie dekat mak dia pun gila cool. Bestkan, siapa tengok malam tadi?



