Pixajoy

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday : Bila Ustaz Bergaya


*Smartlah Ustaz Don!keke..







Wordless Wednesday : Model Ray-Ban









Tuesday, March 13, 2012

Hari Ini



Hari ini kisah seorang aku. Bermula dari tragedi mangkuk pecah berderai dipagi hari. Kata orang tua-tua ini petanda buruk. Permulaan perjalanan mencari rezeki berlaku tragedi nyaris terbabas di penghadang jalan. Setengah hari juga koma dalam cuak. Bila di cover-cover aku kembali sediakala seperti hari-hari biasa. 


Usai pulang tidak bertali keledar, tak pernah-pernah bertembung dengan sekatan polis yang mengembalikan rupa sepucat mayat. Mujur tak ada apa-apa. Keadaan kembali normal tapi kes sport rim calar dan tayar baru yang sudah cacat masih tiada yang sedar. Perlukah rahsia ini tersimpan kemas hingga terbongkar dengan sendirinya? Tak tahan kena leter nanti!


Hari ini sangat letih fizikal dan mental. Nanti-nanti saja aku BW. Salam sayang, Bye!







                                               




Monday, March 12, 2012

Donut Tiada Permintaan



Petang semalam Aiman balik dari playground nangis-nangis. Bila ditanya kenapa dia hanya geleng-geleng. Di pujuk tak endah. Leng-leng tergeleng-geleng saja. Namun strategi penggunaan nama abah ternyata berkesan sepanjang zaman,


"abang cubit Aiman.."


Memanggil si pembuli dengan gelaran tak selayaknya ibu kira..


"dia cubit dekat mana?"


Sambil menunjukkan peha dengan mata penuh tangisan yang belum reda petang ini tidak serik mahu ke taman lagi.


"Tunggu petang sikit nanti turun dengan ibu. Aiman tengok TV dulu.."


"Yes!". 


Senyuman indah terukir di wajah polos. Aiman sangka panas hingga ke petang, namun cerita indah hanya dalam buku yang selalu ibu ceritakan. Bukan salah siapa-siapa skrin TV hilang suara, tiada warna, tanpa rupa tapi petanda cuaca siaran tergendala. Lalu hujan turun dengan lebat sekali. Sementara ibu mengangkat kain jemuran di ampai dan tiba di ruang tamu, Aiman sudah ketiduran.


Untuk memujuk hati, Dinner with Dunkin Donut Ibu sajalah!


Sudah dua tiga hari anak teruna ibu menyebut kuih donut. Sangkanya jemaah sekolah saja menikmati cuti, rupanya pembuat donut pun sama. Walaupun tiada permintaan, dengan penuh cinta ibu buatkan. Projek masterchef menguli donut baru hendak bermula. Jangan harap sangat untuk lihat rupa donut yang sudah siap dibuat. Tunggu sajalah ibu beli kamera baru, paling cepat pun tahun depan.hehe..