Pixajoy

Friday, December 02, 2011

Buah Tangan Raja Buah


Kata orang rezeki jangan ditolak. Walaupun aku anti durian, orang dah memberi kenalah kita merasa. Petang tadi jiran depan rumah aku baru balik dari kampung, beliau bagi buah tangan raja buah. Ada empat bijik nie, tak ada orang nak makan. So aku terfikir apa benda aku nak buat ekk dengan benda berduri ni? Boleh bagi idea? Dalam kepala cuma terfikir nak buat serawa durian. 


Tahukah korang aku tak suka durian, tapi kalau pulut durian yang boh santan dan gula tu laju pulak aku makan.haha..Lagi satu tahukah korang bijik durian boleh dibuat kerepek? Dulu-dulu aruah mak aku pernah jugak buat. Sedap gak kerepek bijik durian nie tau. Korang pernah makan? 




*Apasal entri nie banyak sangat tanda soal?kehkeh...










Fahami Fikiran Pasangan Part 1 - Wanita Berfikiran Lebih Terbuka


Lelaki dan wanita adalah dua manusia yang sangat berbeza. Masing-masing ada ciri-cirinya yang tersendiri. Persoalannya bagaimana dua jantina yang berbeza ini boleh bersatu dalam suatu ikatan yang dinamakan perkahwinan?Wah siap ada part kan? Dah macam Dr Love Chii dah.keke..


Mungkin korang semua dah sedia maklum, tapi saja nak share mana tau boleh dijadikan rujukan buat adik-adik yang bakal menjadi pengantin baru. Cuti sekolah nie musim mengawan kan?haha..


Part 1 : Wanita Berfikiran Lebih Terbuka


Deria wanita lebih sensitif. Hasilnya wanita akan perasan perkara remeh temeh dan lebih mudah melakukan keja-kerja yang memerlukan penilitian berbanding lelaki.


Nasihat kepada lelaki


Jangan menganggap isteri korang seorang yang pengecut jika dia mengadu tentang luka-luka kecil atau lebam yang ada padanya. Isteri mungkin rasa sakit lebih dari korang. Korang perlu mempercayai pertimbangan isteri dalam situasi dimana korang perlu menyerap informasi dengan cepat. Isteri mampu mengesan tanda-tanda kecil yang korang mungkin tak perasan.


Nasihat Kepada Wanita


Jangan fikir suami akan peka terhadap benda yang korang ada. Bantulah dia mengesan hal-hal kecil yang mungkin suami terlepas pandang. Akan tetapi, jangan bebankan suami dengan terlalu banyak maklumat yang mungkin antaranya tidak sesuai baginya. Korang juga perlu bersabar dengan suami sekiranya dia perlu melakukan kerja yang ada kaitannya dengan hal memerlukan perincian. 


Bagi suami, mencari barang dalam almari adalah sesuatu yang bukan dianggap mudah. Suami juga mungkin tak berminat dalam banyak perkara yang korang beritahu kepadanya. Jadi, jangan berkecil hati. Contohnya suami takkan berminat mengenai sales beg tangan dan kasut. So ajaklah rakan sebejabat, adik atau ibu korang untuk shopping.










Jelajah Jemari Asmara GiveAway


Assalamualaikum.

Hari nie aku bersemangat join giveaway dari Ibu Yusuf dan Maryam, pemilik blog Jejari Asmara. Hadiah memang sangat best, tak percaya korang klik banner tengok. 

Nama pun jelajah, habislah entri lama-lama Kak Zefa aku godeh. Aku memang pengunjung tetap blog Jejari Asmara, so banyak jugak hal berkaitan memang dah tersedia aku tau. Wajiblah join untuk support sahabat blogger. Entri pertama Kak Zefa adalah pada tarikh keramat 23 Nov 2010, boleh usha di SINI. 

Bila bertandang ke blog jejari Asmara, aku suka ceritera ayat bunga-bunga kak Zefa, begitu menyentuh naluri wanitaku.hehe. Mula-mula aku memang tak tau Kak Zefa nie kerja apa, selalu buat aktiviti, bagi ceramah dan sebagainya. Entri World Of Career dah menjawab teka teki aku selama nie.

Balik Terengganu naik kereta
Bonet penuh dengan bagasi
Catatan jemari seorang wanita
Punya ceritera untuk dikongsi

KakZefa nie peminat pinggan mangkuk lama (PML) dan ada banyak koleksi yang dikongsi dalam blog. Antaranya boleh usha kat SINI, SINI, SINI  dan SINI. Pada yang minat mendeco rumah ala english style boleh gak ambik inspirasi dari deco rumah KakZefa macam kat SINI dan SINI.

Pergi bercuti ke Pulau Mutiara
Perlu dijaga adab dan sopan
Hasil Jemari Ibu Asmara
Resepi dikongsi buat tatapan

Boleh dikatakan hampir setiap hari ada entri tayang makanan dan resepi. Hidangan Ikan Kerisi Masak Cuka paling terkesan kat hati aku. Berkeroncong dan terliur jer perut bila tengok apa yang Kak Zefa masak. Antara yang best Puding Roti Sempoi, Kek Coklat Kukus Berkeju, Kek Lapis Chess Persona, Muffin Pisang Kukus Bercip Coklat, Apam pisang comel, Puding Roti Karamel. Tak dapat aku nak senarai semua.

Kalau puan pergi Kelantan
Jangan dilupa si buah naga
Jejari Asmara punya coretan
Rakaman kebahagiaan satu keluarga

Boleh tengok antara coretan percutian Kak Zefa dan famili kat SINI dan SINI.

Pergi bercuti membawa moyang
Jangan dilupa membawa diari
Kenangan abadi anaknda tersayang
Yusuf dan Maryam nama diberi.

Antara entri yang menarik perhatian aku, cara KakZefa melatih anak ke tandas. Entri Yusuf SINI dan Maryam SINI. Jom tengok jugak kenangan harijadi birthday Girl Maryam Nabihah dan birthday boy Yusuf Nabhan.

Last sekali korang mesti baca yang INI. Best! hehe. Ikutkan banyak lagi link aku nak share. Nak create pantun sekejap je, tapi sakit jiwa gila dengan kesengalan line. Nak buat entri nie pun makan masa dua hari tau.haha..Layan!




ID follower: Puan Kutu

- Jemari Asmara tersenarai di dalam blog list LAWA-LAWA di sebelah kiri bawah sekali, dah lama pun kat situ. Perasan tak?

- Banner Jelajah Jemari Asmara terletak di sidebar kanan.




* Sory sebab dari semalam aku tak jenguk korang. Aku busy sikit. Nanti aku janji aku qado entri yang terlepas. Semalaman tak tido. Sudah tintong!










Thursday, December 01, 2011

SEGMEN | 10 Perkara Pelik Tentang Saya by Cekbolat



Salam Bahagia


Hari nie nak join segmen dari Cik Bolat-bolat (serius pelik nama dia) setelah ditag oleh Cikgu Hyz yang suka berekspresi tu. Ikutkan aku suka join contest yang ada hadiah ja.haha, boleh macam tu? haha gurau jer! Aku kasi meriah-meriah segmen kengkawan disamping mengenangkan jasa dan kesungguhan cikgu mengomen mini novella aku, aku sahut cabaran walaupun aku rasa diri aku tak pelik pun. Eceh! 


Oh yer Cinta Shin Chan dan Misae terpaksa aku draftkan untuk renovate kekurangan. Jalan cerita takkan berubah, so takyah risau nak baca sekali lagi (macam la ada yang nak baca sekali lagi). Aku rasa komen cikgu sesuatu yang membina untuk aku improve. Tapi bila ubah, aku rasa macam tak enjoy pulak menulis.hahaha. Bukan salah cikgu yer, emm tak tau silap dimana. Aku stopkan mini novella tu nak?kehkeh


Maaf yer entri menumpang, terus ke perangai pelik terhebat hari ini. Ada gaya hagemaru tak?

  1. Aku tak suka kacang hijau. Bubur kacang ke kuih apa yang ada kacang hijau aku takkan makan.
  2. Aku tak suka berangan. Mungkin sebab tu impian aku tak tinggi macam orang lain. Full stop!
  3. Aku suka tidur. Adoi macam tak pelik jer.haha
  4. Aku suka shopping tudung dari beli baju. Ekceli nak habaq saiz badan makin meningkat.haha..
  5. Aku tak suka durian. Tapi takdelah sampai boleh muntah perangai diva macam cikgu tu. Aku ada baik sikit, makan jugak seulas dua.hehe..
  6. Aku akan habis-habisan feeling sedih bila layan drama or filem. Aku akan menempatkan diri aku di situasi pelakon tersebut. Apa pun tak dapat. Ceh tak guna!
  7. Aku suka gigit kuku (sebenarnya tak sedar, habit!) tapi aku marah bila Aiman ikut tabiat aku.keke
  8. Aku ada lesen kereta tapi takde lesen moto, sedangkan aku lagi suka merempit dari drift.
  9. Aku akan cuba sedaya upaya tolong orang walaupun aku sendiri orang tak pernah tolong atau amik tau bila aku susah. Baik kan aku?yang nie serius tak pelik.haha..
  10. Aku sangat romantik dari dalam tapi tak pandai nak mengekspresikannya. Sila jangan muntah nanah!
Boleh macam nie? Memang tak pelik pun aku nie kan? Seikhlas hati aku join. Tag semua yang baca tau. Jangan marah yer cik bolat-bolat coz derhaka sikit bab tag nie. Klik banner tau kalau nak join!