Pixajoy

Saturday, November 12, 2011

Cekodok Oat For Breakfast



Semalam sana sini dok sibuk memperkatakan tentang 11.11.11. Bagi aku number is just a number. Kebetulan jatuh pada hari Jumaat, maka ada keberkatan disitu baik untuk mengikat tali pertunangan atau menamatkan zaman bujang. Ada tragedi yang lebih mengejutkan berlaku semalam. Adik ipar aku kemalangan tapi Alhamdulillah tak teruk dan si kecik Irsyad tu pun tak apa-apa.


Selalunya bila dah lepak-lepak kat rumah, badan pun rasa malas-malas. Memang tak arr nak keluar semata-mata nak beli sarapan. Pasar pun dah lama tak jejak. Kat rumah cuma ada stok telur dan ikan bilis.haha..Bila perut dah rasa lapar, aku cuma fikir benda yang ringkas dan mudah agar dapat aku menghentikan omelan Si chubby yang kelaparan. Ini dia cekodok aka jemput-jemput.


Buat korang yang berdiet, kalau setiap hari mengadap oat for breakfast, mesti loya anak tekak. Kalau aku memang boleh muntah oat punyalah.haha..So apa kata korang buat cekodok oat. Aku nak bagi resepi nie. Tapi kalau dah namanya cekodok, tarak guna nak diet!kehkeh...

Resepi Cekodok Oat

250gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
3 senduk oat segera
3 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
1 biji telur
1/3 tin susu cair
Air secukupnya

Caranya macam buat cekodok biasa, gaul tepung gandum dan soda bikarbonat. Masukkan oat, garam, gula dan telur. Kemudian masukkan susu cair dan gaul. Tambah air dalam adunan kalau perlu. Panaskan minyak pastu goreng. Api jangan kuat pasal cekodok oat cepat masak. Siap!









Friday, November 11, 2011

Rahsia Solat Dari Sudut Kesihatan



Kadang-kadang kita menganggap solat hanya satu ibadah yang menunjukkan ketaatan kita kepadaNYA, walhal disebaliknya ada hikmah tersembunyi tak nampak dari mata kasar. Aku jumpa artikel nie kat wall facebook en suami dan tertarik untuk share. Artikel yang agak panjang, aku dah cuba ambil isi penting tapi masih lagi jadi artikel panjang penuh dengan info.hehe. 




Cuba luangkan masa membacanya. Ini hasil kajian yang dilakukan berkaitan solat :



AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. Solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul akan menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang. Berdiri seketika sebelum sujud dikatakan sebagai peringkat paling tenang kerana ketika itu, isyarat alfa meningkat secara mendadak. 


Solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Selain itu, solat membolehkan seseorang menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Dalam kajiannya, model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Kajian juga mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Ketika berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh. Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negative. Ini menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot. Hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. Terapi dilakukan dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit. Ia dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal.

Kajian juga mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat sangat bagus.






Tragedi Puan Kutu Mati Kutu



Salam Bahagia..


Selamat memulakan hari dengan senyuman. Buat korang yang bekerja, selain penghulu segala hari, hari Jumaat hari paling best sebab esok cuti! Buat aku tak ada maknanya. Hari apa pun sama jer. Orang cuti pun aku kerja.haha..


Entri Dendeng Daging blur semalam adalah kali terakhir aku berada di dunia maya. Terperangkap dalam kepanasan selama 5 jam cukup menyiksakan. Mati kutu ok! Nak online tak boleh, nak dengar radio tak boleh, nak tengok TV lagilah tak boleh. Aku keseorangan selama 3 jam melayan blues.huhu. TERASA MACAM HIDUP DALAM ZAMAN BATU. Apa benda ntah depa dok korek depan kem sampai satu kem tak ada elektrik. Bepeluh-peluh ketiak aku yang dah terbiasa dengan kenyamanan air cond nie.kehkeh..


Nak tak nak, aku terpaksa tunggu sampai pukul 7petang untuk menikmati keindahan dunia semula. Walaupun mati kutu, jika dipandang dari sudut positif, aku belajar untuk bersabar, belajar hidup susah, belajar bersyukur yang selama ini aku hidup dalam kesenangan dan yang paling penting kepanasan dunia berapalah sangat kalau nak bandingkan dengan kepanasan di akhirat nanti. Insaf sekejap..hehe


Balik rumah niat dihati nak melawat korang semua. Mati kutu lagi, aku tertinggal cable netbook kat opis. Kemudian dapat berita sepupu en suami yang kat Johor tak jadi kahwin, tunda bulan 12. Seminggu lagi baru nak inform? Aku dah apply cuti. Kenduri kahwin boleh tunda-tunda? Macam main pondok-pondok. Blur sekejap! Mati kutu...


Kalau muka aku blur tak secomel ini!


Alhamdulillah hari ini dapat bersiaran dengan jayanya dari opis. Sistem semua down akibat ketiadaan elektrik semalam. Hari nie makan gaji buta.hahaha..


*Hikmahnya dapatlah qado entri korang kan?










Thursday, November 10, 2011

Resepi Daging Dendeng



Salam bahagia,


Panasnya cuaca hari nie. Tambah memanaskan keadaan, kat opis sekarang nie bekalan elektrik pulak terputus. Dalam kepanasan gigih aku nak tunjuk daging dendeng yang tak semegah.  Kamera aku yang cacat tu macam biasa selalu menyakitkan hati tuannya. Layan jer la picture sadis yang membuat Daging Dendeng aku nampak tidak berapa menyelerakan.haha.. Dah lama tak masak dendeng, tadi masak terlebih garam, masin sikit.keke... 


Hari tu dalam soalan tag, Ibu Alisha ada tanya apa makanan kegemaran en suami. Aku dah kata nak share resepinya. Terlanjur hari nie aku masak, jadi wajiblah buat entri resepi. Nama jer dendeng, tapi macam biasa aku buat versi hentam kromo. Bahan-bahan dan caranya pun mudah.

Korang perlu hiris daging nipis-nipis ikut suka besar mana yang korang suka. Rebus sekejap daging dengan air yang sedikit. Jangan buang air rebusan. Lepas tu panaskan minyak, campak bawang merah, bawang putih, halia dan lada kering yang di blander. Masak hingga pecah minyak kemudian masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap, kemudian garam dan gula secukup rasa. Kalau tak kuat masin tak payah letak garam pun takpe pasal sos tiram dan kicap dah cukup masin. Untuk bagi wangi, masukkan serai yang diketuk. Kemudian, masukkan daging dan air rebusannya sekali. Masak atas api hingga kuahnya kering. Sebelum angkat hiris bawang besar kemudian campak. Kalau suka pedas boleh masukkan hirisan lada kecik. Tadi aku tak boh pun. Kacau seketika kemudian tutup api. Like a peanut!


* Panasnya, dok berkipas nie..Bateri pun dah weak. Nantilah aku lawat korang ekk..