Pixajoy

Thursday, November 10, 2011

Intro Drama Tentang Dhia



Semalam rasa macam menunggu Drama Soffiya je, tak puas rasanya menonton sebab endingnya tak seperti yang aku harapkan.haha...Tentang Dhia baru memulakan tayangannya semalam. Lately nie perasan tak Slot Akasia asyik guna nama wanita sebagai tajuk drama? Kasih Alia, Soffiya dan terbaru Tentang Dhia. Indah sungguh insan bernama wanita bukan sahaja dipuja dalam drama malah dunia nyata kan.kehkeh..




Episod pertama Tentang Dhia dimulakan dengan zaman kanak-kanak Dhia (Nora Danish). Raffi (Irfan Roslan) anak orang kaya yang sukakan Dhia dan menanggap Dhia sebagai girlfriendnya di sekolah. Pada mulanya hubungan akrab mereka ditentang ayah Dhia. Kata ayah Dhia, lelaki tak boleh berkawan dengan perempuan. Lawak juga tengok budak kecik yang montel tu berpakaian seperti perempuan bergaun, bertudung n bergincu segala kerana nak berkawan dengan Dhia.hehe..


Tragedi Raffi sanggup menggadaikan nyawa kerana Dhia telah merapatkan kembali hubungan mereka hingga remaja. Dhia membesar menjadi seorang yang cantik, tak kurang pula Raffi menjadi jejaka tampan. Hubungan mereka dicemburui Melly (Izreen Azminda), ala yang jadi Cikgu Zakiah dalam Juvana tu. Melly menganggap Raffi kekasihnya.


Tiba-tiba muncul watak Azmi (Ako Mustapha) anak seorang imam kampung yang baru berpindah. En suami tak sudah-sudah kata tak sesuai langsung Ako jadi budak sekolah. Aku setuju.haha..Walau bagaimanapun, Dhia dilihat menyukai Azmi. Sikap cemburu Melly nampaknya akan membuat hidup Dhia merana.. 


Banyak konflik perasaan dan ujian yang bakal Dhia hadapi sepanjang 26 episod dalam slot Akasia di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam. Nak menyelami kisah penuh pancaroba gadis bernama Dhia kenalah tonton ye tak?







                                                


Wednesday, November 09, 2011

Sipnopsis Terbaik ' Takdir Itu untuk Aku' Milik Siapa?





First of all, Alhamdulillah..Pura-pura saja tanya soalan begitu di tajuk entry. Nak bagitahu sekelian alam akulah pemiliknya.haha..Lambat sikit buat entri penghargaan walhal hadiah dah selamat masuk dengan jayanya ke akaun Maybank aku pagi semalam. Aku orang pertama yang join, tak sangka jadi juara lor. SINI entri sipnopsis Novel Takdir Itu Untuk Aku versi Puan Kutu.




Aku nak buat ucapan sikit, budget macam artis menang anugerah.kahkah..


Syukur kehadarat ilahi. Terima kasih tak terhingga kepada Kak Mimi dan suami yang telah memilih saya sebagai pemenang. Puan Penganjur yang cantik jelita juga Tuan sponser yang kacak, semoga kalian sekeluarga sentiasa dibawah limpahanNYA dan dimurahkan rezeki. Sekali lagi terima kasih tahap seratos...Kepada keluarga tersayang, en suami, nanti saya belanja makan dekat R & R.haha..untuk Aiman nanti ibu belikan buku cerita baru.keke..


Nak usha sipnopsis pemenang-pemenang lain yang hebat-hebat belaka, korang boleh klik SINI. Lepas gak duit makan perjalanan ke Johor minggu depan..Rezeki terpijak orang kata...Bye!








Wordless Wednesday : Suami Kejam








Tuesday, November 08, 2011

Ending Drama Soffiya



Episod semalam Fiona mati tercucuk paku tu kiranya mati dengan kejam gak kan? Walaupun puas hati, timbul kesian pulak bila tengok Fiona dah baik. Dia pun dah menyesal dengan perbuatannya. Tapi aku still tak puas hati tak siapa pun tau angkara Fiona yang sebabkan Soffiya keguguran. 




Hari nie peminat Soffiya mesti ternanti-nanti apa kesudahannya kan? En suami yang tak berapa ikut drama nie pun excited nak tau ending. Amacam puas hati? Aku dah agak yang baby tu anak Ilyas. Geramnya Ilyas dok sedih macam Fiona tu baik sangat. En suami emo. Beliau kata tak kira la anak Ilyas ke tak, bini dia dah curang dengan orang lain.haha..


Aku agak kecewa akhirnya Soffiya memilih Kamal. Aku mengharapkan Kamal mati.kehkeh..Tapi kalau tak mati, ada baiknya Soffiya bersama Kamal. Yang lepas biarlah lepas. Kalau tidak entah apalah nasib Kamal, harta berjuta pun tak guna, dah la anak mati, kaki pulak kena potong. Kalau Soffiya pilih Ilyas, kesian orang tua tu ekk. Ilyas masih muda, petik jari pun boleh cari pengganti..hehe


In short, ending Soffiya akan lebih best kalau Kamal meninggal.haha. Ujian Allah tu sama hebat dengan rahmatnya. Esok kita layan Tentang Dhia plak..