Pixajoy

Tuesday, November 08, 2011

Lu Tag Gua Tak Tag



Tadi balik dari kenduri, aku gigih masak mee hoon sup daging korban fresh. Teragak nak makan sup, walhal baru sudah makan nasi kenduri.haha..Sebab malas nak snap gambar buat entri, aku jawab soalan tag sajalah. Hari nie terasa femes plak sebab pada masa yang sama aku ditag oleh Daddy Cool Kelly&Trish dan Mama Cool Risya&Zikry.


Sebelum nie aku pernah buat tag yang sama dari Intan Berlian. Aku tak suka berhutang lama-lama, so hari nie juga aku langsaikan untuk menjawab soalan tag Daddy dan Cik Betty. Ini versi derhaka lagi sebab aku memang langgar rules.


Aku jawab soalan kacang dari Daddy dulu :


1. Jika di berikan pilihan 'SuperHero' apa yang menjadi pilihan dan kenapa?
 Aku pilih Kluang Man sebab dia gila. Orang gila takkan dikira dosanya kan?

2. Kenapa harus bercinta dahulu dan berkahwin kemudian kenapa?
Kalau tak cinta boleh jer kahwin, tapi lebih baik bercinta dulu supaya dapat mengenal hati budi dan membiasakan diri dengan perangai baik dan buruk pasangan.

3. Siapa yang lebih bijak dan berkuasa 'wanita' atau 'gadis' kenapa?
Wanita la..gadis belum kahwin, macam mana nak ada kuasa supermak..

4. Siapa Idola kamu yang yang masih hidup dan kenapa pilih beliau?
Tun Dr Mahathir kerana kemajuan dan kemodenan Malaysia sewaktu kepimpinannya.

5. Bolasepak adalah satu 'game' untuk orang gila setuju atau tidak dan kenapa?
Setuju. Dok kejar sebiji bola macam tak ada duit nak beli bola lain jer.

6. Siapa lebih hebat 'membebel' lelaki atau perempuan dan mengapa?
Sama hebat..Tapi kalau kebanyakkannya perempuan kot. Sebab lelaki banyak sangat buat yang tak kena dimata perempuan, kena bebel la..

7. Kalau di berikan pilihan siapakah 'artis' yang bakal kamu ambil sebagai 'kekasih' dan kenapa?
Ahh tak hingin ada kekasih artis! Malu nanti kena interview..

8. Jika ditakdirkan anda diberikan 'kuasa' apakah benda yang kamu mahu tukarkan dan kenapa?
Sampah jadi emas..Mata duitan nie!kahkah..

9. Siapa yang lebih bijak mengawal 'nafsu' ketika di pusat membeli belah EMAK atau BAPA kamu?
Tak perlu jawab, mak dan bapa aku sudah tak ada. Al- Fatihah...

10. Adakah benar Lelaki itu EGO dan Perempuan itu EMOSI benar atau salah dan kenapa?
Setujulah..Datuk Fazilah Kamsah yang kata. 

11. Jika diberikan pilihan kamu lebih suka jadi Lelaki atau Perempuan dan kenapa?
Perempuan best. Kalau jadi lelaki, setiap minggu kena bercukur, macam tak ada kerja lain!


Selesai juga menjawab soalan Daddy yang membina. Soalan Cik Betty memang mencabar sebab disable, tak boleh nak copypaste. Terpaksa la aku taip satu-satu.kehkeh..


1. Kalau ditakdirkan anda bukan manusia, anda nak jadi apa?
Jadi ikan duyung. Separuh manusia juga.hehe..

2. Andai kata anda diberi kuasa magis apa perkara yang anda hendak ubah?
 Nak hidupkan kembali aruah mak dan pak aku.

3. Sikap buruk anda yang ingin diubah?
Suka masak tapi tak makan.

4. Drama/Filem yang paling melekat dihati?
Toy Story..entah berapa puluh kali dah tengok.

5. Andai kata diberi peluang jadik hero/heroin filem, artis mana yang paling anda inginkan untuk jadik gandingan anda?
Tak ada minat mana-mana pelakon lelaki secara fanatik. Shah Rukh Khan bolehlah..

6. Benda (kategori bukan manusia) yang paling anda sayang?
IC, pergi mana pun bawak ok..

7. Perkara paling tak masuk akal/memalukan/bodoh/mengarut anda pernah buat?
Terpeluk cina konduktor bas yang matanya juling dan tak kacak. Bodoh gila driver bas tu brek mengejut! 

8. Masa sekolah anda golongan budak yang macam mana? (budak nerd/budak suka buat havoc/ budak pandai/tak popular dsb)
Masa sekolah rendah aku sangat pendiam, low profile konon! Bila sekolah menengah aku popular gak kot, pasal aku budak pandai.muahahaha...

9. Hantu yang paling mengerikan bagi anda?
Semua jenis hantu pun ngeri kalau tengok betul-betul dengan mata sendiri. Kalau setakat filem tu tak ngeri pun la..

10. Dah daftar mengundi ke belum?
Dah cukup umur mestilah dah..

11. Blog/Blogger yang menjadi idola anda?
Tak ada idola boleh?
 


Oklah dah langsai hutang. Terima kasih kerana mentag. Lebih kurang mintak halal ye.hehe..




* Ending Soffiya kejap lagi..



                                               


Tonton Online Al- Hijab





Malam tadi baru berkesempatan menonton Al-Hijab. En suami dan Aiman sudah selamat membuat peta dibantal. Aku memberanikan diri menonton seorang diri. Ala cerita hantu melayu macam la seram sangat kan. Tak pernah lagi aku jumpa filem seram yang betul-betul seram. Aku bukan nak cakap besar atau nak merendahkan filem kita, tapi kalau aku tengok muka hantu pun kelakar apa.haha..


Pada aku Al-Hijab sangat gagal membuatkan aku seram dan terkejut. Sedikit jelik dengan adengan manja Pierre dan Nur Fathia. Gedik!hehe.. Jalan cerita yang agak bosan. Plot cerita yang seram tu buat aku boring sampai nak terlelap mengikut membuat peta dibantal juga. Tak ada apa yang menarik dengan filem nie. Ending pun dah boleh agak. Menyesal pulak aku bersengkang mata nak habiskan satu filem. Sory to say, memang tak best..


* Balik kerja kejap lagi nak p kenduri korban..











Monday, November 07, 2011

Tonton Online Cun Dan ASK 2011



Walaupun takbir raya masih sayu kedengaran, aku lupakan seketika entri tentang korban dan hari raya haji. Cerita nie agak basi, tapi aku gedik nak cerita jugak. Alkisah aku tak tahu langsung akan kewujudan Filem Cun sampailah aku tengok Anugerah Skrin Jumaat lepas. Nak kata jakun gila ke apa, memang betullah aku tak tahu langsung bila filem nie keluar.  Masa tu aku tak ambil pusing sangat tentang filem. Almaklum sekarang nie banyak sangat filem yang dok tayang kat panggung saban hari.


Anugerah Skrin tahun nie sangat suram dan kurang meriah. Kerana kecangihan ipad, teknologi kadangkala menyusahkan. Sebagai pengacara, Ally Iskandar telah mencuba sedaya upaya untuk menarik perhatian penonton seterusnya memeriahkan suasana. Penonton tidak memberi kerjasama malah nak tepuk tangan pun malas. Aku puji sikap Ally yang sudah berpengalaman dan bersahaja. Rozita Che Wan langsung tidak menyerlah, mungkin kerana ini kemunculan pertama beliau sebagai pengacara rancangan besar. Rasa gementar turut terpancar di wajah disamping tutur bicara yang tak lancar. Belum cukup layak sebagai pengacara.hehe. Kita tengok saja macam mana Rancangan Nona tahun depan.


Aku puas hati bila hero Cun, Remy Ishak merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem dan Nadiya Nisaa menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik . Remy Ishak ada kelebihan untuk pergi lebih jauh. Selain hebat di layar, beliau pelakon lelaki berpakej hero kulit sawo matang dengan wajah jejaka melayu tulen. Tang hidung tu mahai!haha..Nadiya Nisaa pula seorang pelakon hebat yang semakin meningkat naik.




Dek pengaruh Anugerah Skrin, aku dengan gigihnya bukak youtube kemudian gigih menonton Filem Cun dengan kelembapan celcom berukband. En suami balik dari tengok bola, aku layan sekali lagi Filem tu dengan en suami sampai pagi. Bukan senang aku nak tengok cerita melayu sampai dua kali. Mungkin kerana aku juga orang utara, filem nie betul-betul menarik perhatian aku. Orang dah lama tengok, aku jer terlepas keretapi.haha..


Ternyata Cun tidak menghampakan, lakonan mantap dari pelakon-pelakon hebat, penuh dengan adengan lawak jenaka dan permandangan serta suasana kampung yang cantik mendamaikan merupakan kelebihan filem ini. Tambah menghiburkan loghat utara yang sempoi dan selamber Remy Ishak (Atan) dan Faezah Elai (Kuntom Renjong). Maya Karin seperti biasa-biasa sahaja. Watak Nadiya Nisaa sebagai Manis, gadis senget yang 'istimewa' sangat menarik. Menjadi sungguh watak Manis tu. Layak benar menang anugerah. 


Tidak terlambat untuk mengucapkan Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Skrin 2011. Harapan aku tahun depan lebih meriah. Sayang sekali jika suasana majlis pengiktirafan penting begini tidak 'dihidupkan'. 


* Kat red karpet ada seorang artis wanita 'hot' yang berfesyen lain macam. Baju beliau warna merah. Tahu tak siapa? kehkeh..













Makanan Raya Punya Cerita



Salam Aidiladha,


Mak dan abah dah balik Alor Setar tadi. Dua hari bermalam kat rumah aku. Pagi nie aku buat sarapan Koteaw Goreng. Ketupat Rendang Daging dan Nasi Himpit Kuah Kacang Daging masih lagi berbaki. Mak masak sampai dua kilo daging, yang nak makan cuma 4 orang. Tiga hari pun tak habislah. Mujur Kek Lapis Asam Manis yang mak buat baru aruah jer.


Semalam balik kerja terus ke dapur masak nasi. Masak ringkas Sotong Goreng Kunyit dengan Sambal Ikan Bilis dan Tempe. Balik solat Hari Raya kami dah lunch.haha..Lepas tu bersiap untuk balik beraya Di Penang. Lebih daripada lima buah rumah kami singgah. Dari sedara mara, jiran tetangga dan kawan-kawan. Kuih muih time Raya Haji tak semeriah mana. Tak jumpa samperit macam kat rumah Wanie. Kalau ada pun cuma Kacang dan Kerepek. 


Ketupat adalah hidangan wajib di kebanyakan rumah. Orang Penang selalunya buat Ketupat dengan Kuah Kari (gulai daging atau ayam). Aruah mak aku dulu setiap kali raya mesti buat ketupat daun pisang dan kuah daging ayam. Aku lagi suka ketupat daun pisang pasal wangi dan lembut. Mungkin juga sebab ketupat daun pisang nie aku tak reti nak anyam daun palas. Tapi aku lagi teruk, bukan sekadar tak tau anyam, nak buat ketupat pun aku tak tau.muahaha..


Nasi Himpit Kuah Kacang ada juga dirumah sepupu aku. Dekat rumah kawan baik aku, mak dia masak Nasi Minyak Daging Masak Hitam dan Ayam Masak Merah. Jiran aku buat Laksa, Mee Kari dan Mihun goreng. Aku tak makan sebab dah kekenyangan. Aku cuma makan Laksa orang kampung dekat rumah Makcik aku.


Sepanjang hari kami beraya sedar-sedar sampai rumah dah malam pun. Aku saja jer bold makanan tu semua untuk bagitau yang segala mak nenek dah merodok masuk dalam perut hingga hari nie aku cirit-birit.haha. Ini fakta, 80% raya yang disambut menunjukkan aku mesti kena cirit birit. Penangan melantak tak ingat.kehkeh..



* Selamat berkorban ditempat korang. Jangan kecewa kerana entri nie tak ada gambar makanan.haha...