Pixajoy

Saturday, November 05, 2011

Aidiladha Fi Baiti Jannati



Salam Aidiladha,


Alhamdulillah masih diberi peluang untuk merayakan Hari Raya Korban tahun ini. Esok buat pertama kali kami akan beraya di rumah sendiri, fi baiti jannati. Buat teman-teman yang pulang ke kampung, semoga selamat perjalanan dan beroleh keberkatan beraya bersama keluarga. 


Intro kedengaran begitu serius sekali.haha..Ok dipendekkan cerita, aku kena bertugas malam nie, Raya kedua pun kerja. Tak ada cuti. Berkorban untuk negara. kehkeh...Alhamdulillah habis kerja pagi esok, dapatlah beraya. Raya kedua pula, petang baru masuk kerja semula. Mengikut plan asal, abah dan mak nak balik beraya di Johor. So aku dan en suami ambil keputusan nak balik Penang. Last minit Pak Ngah dari Johor bagitau anak dia iaitu sepupu en suami akan melangsungkan perkahwinan dua minggu lagi. Ubah plan la..Kami balik Johor sama-sama nanti.


Abah dan mak akan beraya rumah aku. Aku tengah menunggu mertua datang membawa ketupat, rendang, nasi himpit dan kuah kacang daging mak yang sangat mabeles sehingga meleleh air liurku macam baby kempunan tak dapat makanan yang di idamkan masa dalam perut.haha..Serius kuah kacang mak terbaik, lapaq nie! Mak dan abah pesan tak payah buat apa-apa. Bertuahnya menantu.muahahaha..




Di kesempatan yang ada, aku dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA buat semua. Mohon maaf andai ada tersalah kata, terlanjur bicara, terkomen bisa, terlazer tak kena, melalut ntah apa-apa dan melukakan hati korang semua sepanjang perkenalan di alam maya..Jemput datang rumah beraya! Lepas raya, ramai-ramai kita update entri resepi masakan daging.hoho...





Puisi Tentang Hujan



Hujan rintik-rintik air bergelora
Emak bagi duit adik pergi sekolah 
3 tambah 3 adik jawab 6,
cikgu right, adik pun pulang..

Tiba-tiba terasa begitu menggamit memori bila aku baca entri Lalu Hujan Pun Turun. Aku pun nak berpuisi jugak. Layan...




Dulu, 
Bila dia datang, 
Rintiknya bisa jadi mainan, 
Lebatnya bisa menggembirakan
Mencurah seperti air terjun
Dari corong bumbung jiran
Bila cecair jernih mengalir ke tubuh
Kesejukan jasad kecil dan kurusku
Betapa
Memori daun pisang pun
Tidak seindah 
Kenangan bermain hujan
Waktu aku kecil



Kini
Bila dia datang
Kerana kerakusan manusia
Kerana kemajuan dunia
Yang tinggal cuma toksik
Kenangan telah pergi
Air yang sama mencurah lagi
Bila cecair jernih mengalir ke tubuh
Mengigil jasadku dalam selimut
Betapa
Menjadi tetamu panadol pun
Tak mampu merawat
Ketika aku demam

Hari ini
Kain baju basah-basahan
Begitu juga 
Toto kesayangan
Yang banyak kegunaan
Yang membuat tidurku nyaman
Ku sangka panasnya 
Sempat ke petang
Rupanya mentari 
Tak mampu bertahan
Bila petang
Turunlah hujan



Aku fahami
Itulah kenikmatan 
Bila hujan
Rahmat Tuhan
Syukran Jazilan
Ya Rahim
Ya Rahman








Friday, November 04, 2011

Pengaruh TV dan Filem



Ini Fakta : Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.



Lately nie..Perkataan tu selalu keluar dari mulut Aiman. Penangan Hantu Bonceng!haha..








Putih Itu Cantik?

Apa produk minah nie pakai ekk?
Jangan terpedaya dengan iklan produk mencerahkan kulit


Kecantikan seorang wanita tidak hanya diukur pada kecerahan dan kecantikan kulit serta mekap yang tebal, tetapi keperibadian mulia. Tapi sebagai wanita, tak dapat dinafikan, aku juga ingin kulit muka yang cantik dan bersih. Mujurlah kulit aku tak banyak masalah. Cuma kulit aku cepat gelap kalau di sambar panas matahari. Walaupun dah cukup bersih dan putih (perasan pulak), tetap tak pernah puas.haha..Korang pun macam tu kan? Baik mengaku...

Pernah tak korang melihat seorang yang kulit mukanya tampak putih, tapi jika dibandingkan dengan warna tangan dan badannya jauh berbeza? Mesti selalu kan? Jika aku pandang dari sudut positif, mereka bukan tidak yakin dengan diri sendiri, tapi mentaliti kita selalu mengatakan yang putih itu sesuatu yang cantik. Jadi setiap wanita berlumba-lumba mahu memutihkan kulit muka sampai kadang-kadang tanpa mereka sedar bahan didalam komestik sebenarnya sangat bahaya. Ramai juga yang tahu, tapi keghairahan untuk kelihatan cantik mengatasi segalanya. 

Kenapa warna kulit kita berbeza-beza? Warna kulit ditentukan oleh penghasilan melanin pada lapisan sel bawah kulit. Lebih banyak melanin dihasilkan, kulit akan menjadi lebih gelap. Melanin adalah daya pertahanan semula jadi untuk kulit terhadap sinar ultra lembayung dalam cahaya matahari. Tanpa melanin, kulit kita sebenarnya lemah dan perlu dilindungi daripada cahaya matahari bagi mengelak kemungkinan mendapat kanser kulit. Malangnya, ramai tidak sedar hakikat ini dan ingin membuang bahan berkenaan supaya tampak lebih cantik. Nak jadi putihlah tu kan..

Lebih cepat sesuatu produk itu mampu mencerahkan kulit, bermakna kepekatan bahan pemutih dalam produk itu lebih tinggi. Antara bahan aktif berbahaya dalam produk kecantikan ialah :

  • Hidrokuinon Menghentikan penghasilan melanin. Apabila menggunakan produk mengandungi bahan ini, kulit muka menjadi kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari terik. Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan bertompok hitam. Hidrokuinon juga boleh meresap ke dalam sel dan memasuki aliran darah. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menjejaskan pendengaran dan menyebabkan pelbagai masalah lain seperti menggigil, mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas, sawan dan mungkin koma.

  • Trietinon — Kulit menggelupas, kering, sensitif pada cahaya matahari dan banyak jeragat.

  • Raksa — Kesannya sama seperti hidrokuinon. Pengumpulannya dalam badan boleh menyebabkan seseorang mengalami pelbagai masalah, antaranya muntah, cirit-birit, keracunan hati dan buah pinggang serta gangguan saraf.


  • Walaupun produk kecantikan yang kita pakai tidak ada bahan bahaya seperti diatas, tetapi tetap ada bahan kimianya kan? Lepas nie kena rajin merawat kulit cara tradisonallah nampaknya.haha..Memang cantik itu subjektif, kalau wanita berkulit putih, dia tetap dikategorikan cantik. Bagi aku kalau lelaki berkulit cerah tak macho pulak.muahaha..
    Malam nie Anugerah Skrin. Tak sabar nak tengok muka artis yang putih melepak dek mekap....:)


    * Jangan terlalu ghairah nak putih sampai merosakkan kulit.(Peringatan untuk diri sendiri juga)




    SUMBER : http://intim.wordpress.com/2007/06/21/kosmetik-rosak-muka/