Pada yang mengikuti drama Soffiya mesti tertunggu-tunggu apa kesudahan cerita nie. Akulah tu.haha..Tak sabar rasanya nak tengok apa yang bakal terjadi pada watak jahat Fiona. Antara Kamal dan Ilyas siapa yang berjaya dapatkan Soffiya? Semuanya masih menjadi tanda tanya. Episod semalam, semua dah tahu tentang situasi sebenar anak dalam perut Fiona. Kegiatan Fiona menyebarkan gambar Soffiya pun dah terbongkar. Puas hati bila tengok Ilyas ceraikan Fiona.
Tapi hari nie jalan cerita macam mengharapkan supaya kita kesian dekat Fiona. Aku langsung tak puas hati. Dah sah-sah semua tu atas perbuatan sendiri, boleh lagi dia nak salahkan orang lain. Ugut nak bunuh diri konon..Serius aku mengharapkan Fiona mati dengan cara yang dashyat dan dapat balasan setimpal. Kejam gila aku!hoho. Tapi biar dia beranak dululah..Kesian kat baby dalam perut. Aku tak puas hati kalau kesudahannya Fiona jadi gila. Geram sangat aku dengan watak Izara tu.
Promo Drama Tentang Dhia yang bakal menggantikan Soffiya dah pun keluar. Drama Soffiya bakal melabuhkan tirainya Selasa depan, 8 November 2011. Dekat TV3 pun ada buka undian untuk menentukan kesudahan pilihan hati Soffiya, antara Kamal dan Ilyas. Macam-macam komen yang aku baca. Ada yang memilih Ilyas, ada juga yang memilih Kamal. Saingan begitu sengit antara mereka berdua. Dah macam pilihanraya ja. haha..Petang tadi Ilyas sudah mengatasi Kamal, tapi setakat aku menaip entri nie, Kamal pula mendahului. Pilihan aku sendiri?
Aku tetap pilih Ilyas. Kesian jugak dekat Kamal kan. Semoga watak Kamal dimatikan kerana penyakit kencing manisnya tu. Tak pun tiba-tiba sakit jantung dan meninggal lepas tahu Fiona la punca Soffiya keguguran.muahaha. Apa pun kita nantikan kesudahannya nanti. Ada lagi dua episod, macam-macam boleh jadi. Siapa pilihan korang?
* Macam fanatik sangat aku dengan drama nie kan?haha..

