Pixajoy

Thursday, June 04, 2015

Pusat Sains Negara Wilayah Utara



Nama je orang utara oi. Mertua aku yang dok Alor Setar pun tak tau kewujudan Pusat Sains ni. Aku macam tahu, biasa tengok signboard saja tapi tak pernah ambil port apa yang menarik disana. Mulanya aku google waktu operasi Muzium Padi pastu terjumpa review Pusat Sains Wilayah Utara. Baca review macam best je terus ajak en suami ke sini. 

Pusat Sains ni terletak belakang Muzium Padi, di buka setiap hari kecuali Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang, antara lokasi wajib terjah kalau hangpa sampai Aloq Setaq. Yang paling penting masuk PERCUMA. Ambik kau huruf besar, orang Malaysia mana tak suka free kan.


Berbaloi masuk sini teroka dan rasai sendiri keseronokan main segala benda tentang Sains. Ada disediakan instruction di setiap booth, so no hal bagi parents nak guide anak-anak. Aiman kemain suka. Semua benda dia nak cuba buat. Afia yang kecik tu pun boleh tahan dia punya explorace tak padan dengan badan. Ibu yang tukang ambil gambar ni pun sakan jugak main. Almaklum dulu kecik tak ada semua ni.huhu

Let's explore apa yang ada! Banyak lagi  tapi aku pilih rawak je la, gambar pakai hand phone dengan suasana dalam Pusat Sains pun ala-ala candle light dinner gitu!








Kira jumlah air dalam badan antara favorite site. Badan kita ni kan ke mengandungi lebih dari 70%nya air. Lama kami kat sini. En suami naik je penuh air lebih dari setengah silinder. Nampak sangat gemuk.hahaha..




Dekat hujung sekali ada site macam khemah untuk budak 1 hingga 3 Tahun. Afia paling suka main magnet ABC kat situ. Nampak nya nanti kena beli whiteboard siap magnet tu satu kot kat rumah. Yang gambar Aiman Afia ni bukan untuk main pondok-pondok ye. Tu untuk rasa pengalaman gempa bumi. Ibu sempat rakam Video gempa bumi anaknda berdua. Layan!




Yang pastinya tempat ni memang best. Aiman dok ajak repeat mai sini lagi. Tak sempat nak explore semua. Tenaga pun dah weak setengah hari kat rumah kenduri. Next time Insyaallah kita datang lagi!


Jom balik! Next location Muzium Padi. Sempat jugak singgah sebab dah lama tak pergi kan. Tunaikan hajat Cik Pia ni yang semalam tu dok melalak dalam kereta nak pi Muzium sangat. 










Wednesday, June 03, 2015

Kenduri Time!



Sabtu lepas kenduri rumah sepupu en suami. Ini antara sebab utama kami balik kampung. Pengantin ni kalau ikutkan anak sedara pupu kepada en suami la kan. Tapi depa panggil laki aku abang, tak ikut pangkat. Patutnya aku ni pangkat maklong tau.hehe

Afia suka kau dapat jumpa pengantin. Siap nak dok dalam bilik pengantin takmau keluar. Haru! Tengok ni gaya budak notty bergambar. Mula-mula buat wek pastu gaya peace. Orang gaya peace dua jari, cik pia punya style 10 jari terus.haha..Abang Aiman maintain macho! 



Pujuk Afia keluar dari bilik pengantin tak mahu ok. Ibu angkat paksa keluar melalak tak ingat. Dalam dok melalak tetiba senyap, rupanya sepupu en suami pi sumbat lolipop. Budak tak pernah dapat lolipop ni punya la perak. Pastu sekali lagi masuk dengan abah dia bergambar dengan pengantin. Macam-macam hal anak dara ni sekarang.


Lepas kenduri kami pergi explore Pusat Sains Negara. Nanti update!








Santai Taman Jubli Emas



Kisah kat kampung tempohari. Hajat asal nak ke Muzium Padi, kami sampai lagi setengah jam muzium nak tutup, kecewa nak masuk pun kejap sangat tak berbaloi. Dalam kereta Afia yang paling frust, merengek "nak nek tas (nak naik atas), nak fish...nak nek tas..nak fish.." dok mengaruk ulang benda yang sama. Bising sungguh dengan suara dia dalam kereta. Bagi nenen pun tak dapat pujuk dah. Buruk perangai baby tua.hehe.

Nak tengok fish sangat jom kita ke Taman Jubli Emas. Kat sini setiap Jumaat Sabtu ada jualan. Banyak gerai dibuka dah macam pasar malam. Daripada gerai makanan, sewa bubbles, jualan pakaian, tudung. mainan dan sebagainya. Pendek kata macam-macam ada. Sediakan duit je la kalau anak jenis demand tinggi. Nasib baik anak aku baik.huhu



Selain tu ada banyak orang yang jual makanan ikan. Boleh la bagi anak kita rasai pengalaman bagi fish makan. Aiman kemain excited sebungkus demi sebungkus dia pi beli makanan ikan sampai duit maktok pun dia pau. Memang banyak gila la ikan. Mana tempat kita bagi makan, dekat situ depa kerumun. Jenis kebulur harapkan orang bagi makan, kesian tengok tau.hehe..



Video Aiman Afia bagi fish makan







Monday, June 01, 2015

Laksam Pertama Kali



Kami baru bertolak balik SP pagi tadi. Aku up dulu entry yang dah lama bertapa dalam draft. Memang berhajat nak kurangkan aktiviti first attempt ni, tapi tiba-tiba teringin nak belajar buat menu orang pantai timur pulak, dah tu bilanya nak diet?haha..

Tak ada la susah mana nak buat laksam, cuma bab menggulung tu la aku ni takda skill sangat. Katanya pertama kali, kira halal kot rupa tak semegah sangat. Bila bancuh adunan ikut resepi aku rasa macam cair, pastu faham-faham je la mesti aku adjust derhaka sama resepi.


Cara nak buat step by step kat SINI


Cara nak buat kuah sama je macam laksa utara cuma letak santan dan lada hitam tanpa cili kering. Aku guna asam jawa dan asam keping plus susu cair sikit. Kuah sambal tu pun aku buat ikut aku punya style. 

Ni pertama kali Aiman makan laksam. Aiman kata sedap. Afia pun makan dengan berselera, nak mee..nak mee kata cik pia! Mungkin sebab kuah laksam ni tak pedas tu yang budak berdua ni suka. En suami pun puji sedap, kira cubaan pertama kali lulus. Nanti boleh repeat buat lagi dan lagi dan lagi.