Pages

Sunday, December 29, 2019

Persiapan Persekolahan 2020 Aiman Afia



Permulaan yang baru buat Aiman Afia. Aiman ke tingkatan 1 dan Afia melangkah ke tahun 1. Afia dah dua tahun pra disekolah sama, so takda masalah rasanya. Dua-dua pun dari kecik jenis suka sekolah, harapnya teruskan istiqomah begitu.

Cuma tahun ni abah busy kerja semua tanggungjawab persiapan sekolah ibu berdikari buat. Dok jadi menteri kewangan la budget dan preparation beli barang-barang sekolah, buku dan yuran. Boleh tahan jugalah belanja zaman sekarang ni. Jenis kami belanja semua sekaligus lagi terasa duit keluar serupa air. Tapi macam mana pun ada je rezeki anak-anak, dah memang tugas kita sebagai parents kan.

Buku, baju sukan dan yuran untuk dua orang lebih kurang RM 450. Belum campur buku yuran Kafa Afia dalam RM 100 kot.. Ni Aiman sekolah biasa, kalau asrama lagi banyak belanja. Huhu

Abah balik dari KL reward anak-anak tengok wayang pastu terus shopping barang sekolah.  Belanja semua kat CS sebab malas nak bersesak dan berpanas. Mahal sikit takpa la memang kami takda masa nak terjah banyak-banyak tempat. 

Baju sorang 2 pasang, kasut sepasang, kapur kasut dan stokin sahaja RM 380

Kakak Amoi tolong fitting hehe

Aiman beli beg murah je kat Cs offer paling murah RM 19.90. Afia berkenan beg sekali pensil box Pony RM 69.90 tapi tak beli pun sebab ibu rasa mahal dan tak berapa berbaloi baik beli online murah banyak.huhu

Nampak buku wajib la grab. Abang Aiman komik 2 buah je, Kak Pia beli buku 5 percuma 5, heaven la dia dapat 10 terus. 

Lepas tu pergi Osman Store beli tudung sekolah 2 helai, kain kafa Afia 2 helai dan tali pinggang Aiman total lost RM 50 plus..

Beg Afia beli kat Shopee ja RM 26, pencil box RM 10. Beg dia suka tapi Kak Pia benci zip kotak pensil katanya. Ibu pun gelak besar tengok memang gabak sungguh tapi rare kan hahaha 

Haritu singgah eco ibu dah beli sikit stationaries. Nak kena shopping sekali lagi tambah alat tulis, botol air dan bekas bento. Abah outstation so ibu dengan anak-anak order grab pergi CS tangkap gambar sekolah Aiman terus shopping.

Semua beli kat DIY senang cerita. Beli pencil box Aiman,  botal air bekas bekal, pembaris, sharpener dan pencil color. 

Sampai CS wajib la aiskrim Mcd

Dari darjah 1 potong botak, Aiman kata 1st time buat rambut hensem sikit. Abah tengok pic abah kata pasni takda dah, dengan abah no 1 ja mesin, dan2 mencuka muka Aiman. Hahaha


Kena pow Mcflurry sorang 1 sebelum balik. Ibu rasa2 ja la jimat kalori kiki


Semalam lepas attend kenduri singgah Osman Store beli anak tudung Afia. Dengan ini Alhamdulillah lengkap semua peralatan sekolah Aiman Afia. Nanti kalau rajin aku sambung cerita pendaftaran dan minggu oreintasi/transisi.  






Mandi laut @ Teluk Bahang Penang



Pagi sebelum check out kami berkubang mandi laut. Plan asal nak mini reunion dengan kawan-kawan rapat masa sekolah dekat Batu Feringgi esoknya, tapi sebab ada larian apa entah jalan jam teruk, reunion pun terpaksa cancel. Nasib la kami dah puas mandi laut kat sini.

Aiman paling suka sampai tak mau naik ke darat. Aryan yang kalut sangat nak pergi beach takut nak mandi, sakan main pasir ja. Pantai ni tak jauh pun dari tempat kami menginap. Kami sampai awal belum ada sesiapa best la mandi.

Kisah 24 November baru nak update. Motif  simpan gambar kenangan ja. Layan!


























Saturday, December 28, 2019

Review Oyo Ali's Motel Teluk Bahang, Penang




Aku book melalui aplikasi Oyo. Last minute book Ali's Motel ni sebab mulanya macam tak jadi dah vacation. Dah plan lama nak bercuti Penang, mulanya aku book hotel Oyo dekat booking.com terpaksa cancel sebab en suami accident kecil. Antara jadi tak jadi dah tapi ada juga rezeki bawa anak-anak jalan sebelum abah fokus kerja cari duit untuk belanja sekolah. Hehe

Kereta masuk bengkel siapnya dah petang tapi pulun juga nak bertolak lepas maghrib memikirkan cuti ada berapa hari je. Tak sampai setengah jam lepas book terus dapat call tanya pukul berapa dijangka sampai. Anggaran dalam pukul 11 malam, ikutkan rugi la setengah hari dah tapi nak buat macam mana cuti pun tak banyak. 

RM 150 untuk 2 malam plus advance RM 100 dipulangkan semula bila kita checkout. Pada aku harga sangat murah dengan family room katil double 2 dan 1 katil single. Bilik selesa sesuai sangat dengan harga. Nama ja motel tapi standart la macam hotel kami dok biasa menginap. 

Ibu snap depan motel

Reception 

Entrance hall 

Sempat bergambar peace lagi

Setakat nak bancuh air teh ada disediakan free ja. Habis peket 3 in 1 yang kat bilik boleh la topup beli kat sini

Bebudak ni dok ulang shopping beli maggi beli milo 3 in 1 guna duit simpanan Kak Pia. Ibu keluar toilet tengok dok beratur elok 3 beradik macam2 hal. hahaha

Iron baju disediakan kat luar. Aku angkut iron dari rumah je

Suasana pagi depan Ali's motel. 

Waktu pagi dengan muka tak mandi best lepak hirup angin Penang haha

Katil double dan single

Satu lagi katil double

Sebelah katil ni toilet lupa pulak nak snap

Katil sedap selesa, ada sikit berhabuk, air cond tak berapa sejuk tapi ok la dah murah kan cannot expect more.

Disediakan toiletaries dan kopi 3 in 1

Dua tingkat sempat gak la pusing kawasan dah tidur dua malam kat sini

Sejenis pantang nampak cermin full body hahaha

Pose sat sebelum check out. TV dia ada 2 3 siaran ja tapi kami tak heran ke tv pun memang kat bilik untuk relex ja. 

Bergambar depan bilik asal ada

Overall puas hati, pekerja pun ramah kiranya kalau tanya nak repeat menginap kat sini kami on ja anytime. Recommended selesa dan terbaik berbaloi dengan harga yang sangat murah.






Thursday, December 12, 2019

Akuarium Tunku Abdul Rahman Batu Maung, Penang



Lepas turun Penang Hill bawa anak-anak pergi Akuarium Batu Maung. Tiket masuk untuk dewasa RM 5, kanak-kanak 7 tahun keatas RM 2. Kebetulan masa kami pergi tengah ada karnival sambutan sempena anniversary perikanan ke akaurium entahlah, langkah kanan satu hari tu dapat masuk percuma.

Port wajib bergambar

Ok la tu janji ada kenangan

Tempat dia tak la besar sangat, padan la dengan harga tiket yang sangat berpatutan. Bagi kami berbaloi ja bawa anak-anak boleh tengok berbagai spesis ikan, penyu, lobster, kuda laut, landak laut dan terumbu karang.  Pendek kata segala hidupan laut ada,  yang suka ikan mesti tenang ja kesini.

Aryan paling teruja. Ikan besar ikan besar keep repeating, bising betul mulut dia pusing sana sini tengok fish.

Ini namanya penyu

Terumbu karang, rangka dugung dan bilik tayangan

Ikan kecil pelbagai warna. Anak-anak boleh tambah pengetahuan tentang hidupan air. 

Sempat pose kat sini ja paksa Abang Aiman snap pic kami

Aryan sampai tak mau balik, dah keluar ajak masuk balik punya suka

Memang syahdu camni pengcahayaan.  Akuarium besar ada tempat duduk boleh relex tengok ikan. 

Pose kat luar sebelum balik. Kat luar ni ada kolam ikan dan yang belakang tu rangka ikan paus.

Sebelah Akaurium ada kemudahan seperti kafe, kedai cenderamata,  surau dan tandas. Aryan kata esok kita mai sini lagi tau. Ingat Akaurium ni sebelah rumah awak ke adik. Hehe