Pixajoy

Thursday, October 24, 2019

Home » The Fat Lamb Sungai Petani

The Fat Lamb Sungai Petani



Pertama kali kami kesini. Selalu kalau makan luar kami memang prefer western foods, sebab ibu tekak western. Tempat makan pun ibu yang suggestkan. Alamat Cinta Sayang Resort Home, Jalan 3A..  Landmark area Koperasi Tentera. Bukak je map taip The Fat Lamb kalau jenis lembap tak tau jalan macam aku ni hahaha

Pose kejap sebelum keluar makan

Kami pergi hari Isnin lengang je kedai, satu dua meja ja ada customer. Konsep open kitchen, kedai ok la, staff pun ok, order pun tak tunggu lama cepat je menu sampai.

Open kitchen. Deco biasa sahaja. 

Menu & harga berpatutan

Masa waiter datang dia inform siap spageti takda. Ok la kami tak mau makan spageti pun, yang frustnya air sedap apa pun takda. Dok aim nak minum oreo apa ntah tengok kt fb tapi tak ada juga katanya.

Sebab kedai takda orang marilah kita snap picture banyak sikit. Hahaha

Minah ni keluar makan pun busy mekap sendiri dia. Over betul

Adik Aryan acah cute

Big boss like father like son

Bagi hp sebab senang ibu nak contact time ibu kerja, tapi budak sekarang dengan game je kerjanya

Adik mengantuk ke apa ni.. Dok buat pose acah comel lagi. Balik rumah memang terus terbungkang lena letih main siangnya. 

Lanjer boomerang haha

En suami order nasi ikan bawal goreng dan lamb chop, kena dua pinggan tengok la badan. Haha. Aku order chicken grill, Aiman lamb wrap, Afia Aryan chicken chop. 

Memula order satu set ja chicken chop Afia Aryan share takut tak habis sekali tak cukup, order tambah lagi satu depa makan tak habis ibu pulak kena settlekan. Aiman pun buat muka tak kenyang order burger tambah. Kan dah kata like father like son. 

Menu yang kami order. 

Gimik ja burger tu ibu rasa 1 bite pastu Aiman yang habiskan

Overall ok la sedap boleh makan. Rasa not bad tapi tak la sedap gila.  Nak repeat dalam masa terdekat tak la kot.hehe




1 comments:

Nasa Mulia said... Best Blogger Tips

meriah menunya...klau sy pilih set ikan bawal goreng tu....hehehe