Pixajoy

Tuesday, October 01, 2019

Home » Afia & Pertandingan Pakaian Beragam Merdeka

Afia & Pertandingan Pakaian Beragam Merdeka



Tahun ni sekali lagi Afia join pertandingan baju merdeka. Ibu dan Kak Na awal-awal lagi dah plan, mulanya nak buat macam ratu cantik.. Tapi at last fikir punya fikir kita buat simple kebaya je. Temanya Gadis Melayu Terakhir.

Baju & selempang tempah tailor. Kipas tu ibu diy pakai kipas lama + sarung bantal bundle, pastu jahit bendera. Cekak sanggul dan dokoh pinjam butik Kak Syifa dia kerja. 

Malam sebelum pertandingan ibu cuba pakaikan baju dan tudung ala turban. Sanggul dan inner neck Afia dah beli siap dengan Kak Na dia, ibu guna istant shawl Afia je ni buat sanggul.

Lepas snap kalut nak buka baju. Sekali tu je la pusing

Boomerang testing

18 September Afia bangun awal je. Tapi nak makan la nak mekap nak gulung tudung fuh bersilat jugak la ibu. 0745 baru sampai sekolah, semua dah beratur kat perhimpuanan dah. Ketaq kaki ibu ni sampai rumah pun tak hilang lagi punya pulun kalut dok kejar masa.hahaha

Laju-laju snap dah lambat tapi nak jugak la gambar kenangan

Nasib dia pose on point

Ibu snap laju-laju tak sempat tengok elok ke tak gambarnya. Nasib semua elok belaka. Dah memang sejenis tak kekok nak pose. Lawa ja pic dia. Lantak la kan nak puji anak sendiri. hahaha

Selesai acara ibu tunggu je cikgu whatsapp video dan gambar. Alhamdulillah juara bertahan. Afia dapat tempat pertama macam tahun lepas. Cikgu kata semua orang puji dia cantik, tarik nak bergambar dengan Afia. Jadi artis la sekejap memang dia pun confident dia ja paling cantik di dunia. Hahaha


Video Afia, peserta pertama naik pentas


Video penuh semua peserta. Macam-macam gaya jalan..terhibur ibu pun.haha












Rupanya pertandingan mewarna pun dia juara juga. Seriuosly ibu tak percaya siap tanya cikgu betul ke ni cikgu. haha

Bukan hadiah dan tempat yang kita kejar tapi pengalaman dan kenangan. Dia minat ibu sokong je. Moga jadi kenangan terindah buat Afia. 





3 comments:

Hayati Suki said... Best Blogger Tips

cantikkkk :-)

RAIHANAH AHMAD said... Best Blogger Tips

tahniah! memang cantik pakaian dia

AtieYusof said... Best Blogger Tips

Comellnyaaa Afia.. besor dah dia. Alhamdulillah.. tahniah, menang lg juara bertahan..ada bakat tu tu.. pertandingan mewarna pun memang..:)