Pixajoy

Monday, July 08, 2019

Home » Idea DIY Sambutan Harijadi Tema Didi & Friends

Idea DIY Sambutan Harijadi Tema Didi & Friends



Pulun kan buat 1 entry, motif simpan kenangan juga. Semua ibu DIY ja jimat banyak, kalau nak order, kek saja pun paling tidak RM 80. Dapat sebiji je kek, belum deco apa lagi.

Ibu pilih tema Didi & Friend pastu Afia Aryan setuju, ok senang tak payah dua tema. Kalau tak yang birthday girl tema lain, birthday boy tema lain jenuh pening ibu nak keluar modal. Hahaha

Bekas cupcake, deco cake, sticker dan topper cake Didi &  Friends ibu order di Shopee. Semua ni dari 3 seller berlainan tau, budget dalam RM 50 camtu. Pandai - pandai la pilih dan bezakan harga, cari yang paling murah. 

Sticker yang ibu beli di Shopee lekat pada kertas foam yang sedia ada dirumah pastu tebuk lubang untuk isi tali sebagai deco. Nak guna kertas biasa pun takda masalah. 

Baju Didi & Friend beli di Uptown siap cetak nama. Sehelai RM 20.

Apom Didi & Friends ni ja ibu order. Aku bagi contoh gambar kemudian minta penjual lukis ikut tema. Alhamdulillah comel, 50 biji RM 35. 

Ok ini rupa kek red valvet kelam kabut buat, lagi sejam dua tetamu nak mai baru sempat boh cream cheese, rupa tak semegah sangat tapi ramai tau puji sedap. Don't judge by rupa paras. Huhu

Cupcake coklat buat sendiri juga,  cucuk ja dengan topper cupcake beli di shopee. Cupcake stand beli di Eco 2 buah RM 4.20. Kalau kat shopee aku usha paling murah sebuah RM 8.50 tau. Ada sampai belas-belas ringgit belum campur postage. 

Kek Batik buat sendiri. Coklat gula-gula beli di kedai RM 2. Raga jajan tu kedai Eco ada, kami dapat free ja doorgift kenduri. Aku lekat Sticker Didi & Nana supaya ikut tema. 

Tulisan Happy Birthday, belon dan party hat beli di DIY. Total lebih kurang RM 20 camtu. Sebenarnya ada je jual belon, Party Hat,  pinggan cawan semua tema didi di shopee, tapi tak sanggup nak up budget lagi RM 50 plus postage lagi dari dua seller, kita guna apa adanya. Ibu nak DIY party hat lekat sticker pun tak cukup masa, beli je la senang. 

Aku andaikan modal red valvet, cup cake coklat dan kek batik lebih kurang RM 50, plus semua budget tak sampai RM 200, jimat kan. Walaupun tak secantik mana, sentimental value air tangan ibu tiada tandingan, cheewahh. 





6 comments:

Juls Julie80 said... Best Blogger Tips

terbaekkkk...byk jimatt kalau beli eco..hihihi..happy birthdayyy anakkk :)

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Rajinnya Muni buat DIY. Seronok tengok.

adianiez AIDA said... Best Blogger Tips

boleh diy, buat pe beli, kan :)
jimat pun jimat.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Best Blogger Tips

creative ....DIY ni jimat dan ikut citarasa kita juga kan ...untung ada mama rajin ni haaaa

Siti Awadah said... Best Blogger Tips

rajinnya.. kreatif plak tu... seronok!! ohya ini kali pertama sis dtg sini.... done follo blog.. ada masa jemput singgah dan followback ye.. terima kasih awak =D

Aneez Jaafar said... Best Blogger Tips

setuju sangat, paling win sentimental value tu haa