Pixajoy

Friday, March 08, 2019

Home » Birthday Suprised untuk Abah

Birthday Suprised untuk Abah



Kali ni memang aku tak wish langsung, buat tak kisah ja, selalu aku mesti kalut nak baking kek. En suami berkali-kali tanya harini berapa haribulan aku buat jeling ja.. Sampai merajuk la orang tu. Hahaha.

Sebenarnya memang ada plan nak buat suprise. Aku order cheese tart ja pastu coklat last minute dapat idea. Kad pun last minute diy. Nak buat betul-betul kejutan pun last minute juga. Alhamdulillah berjalan lancar. Simple ja sambutnya sama-sama kami.

Simple & comel kan huhu

Ibu request suruh tulis Happy Birthday tak kisah nak deco macam mana pun, Alhamdulillah comel dan sedap. Abah depa suka.. Tak manis dan tak muak katanya. 

Aiman kemas2 jumpa bekas coklat ni. Ibu dapat idea sumbat coklat kedai RM 2 ja jimat. Hehe. Hari besday aku duty malam, keluar awal sikit ambik cheese tart pastu beli 4 peket coklat laju2 sumbat dalam bekas, boh reben settle! 

Inspirasi dari google. Sebab abah depa tak berapa nak slim ibu tukar jadi Superman sado. Haha..Afia pi tambah mata dan mulut pastu warnakan. Gam pun takda belasah guna salotape je lekat kertas warna pada kotak

Tu last minute sempat lagi warnakan

Abang Aiman tulis birthday pun tak betul..

Tak sabar dah tu nak makan. Dok calit2 jem masuk mulut dah Aryan sado pun. 

Aiman pandai pulak ajar adik dia suruh bagi kat abah. 


Kebetulan abah depa dok cuci kereta kat luar pejabat lambat masuk. Kami dok tunggu kat dalam punya lama.

Wefie dulu tunggu abah lambat

Pembantu ibu menjayakan suprise



Lama tunggu abah depa lap kereta kat luar,  masuk ja kami jerit suprised.. pastu nyanyi lagu happy birthday abah lari la pulak. Terharu katanya.huhu.





4 comments:

ejulz said... Best Blogger Tips

terbaek. hepy bday utk abahnya.. semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki :)

Kuazue Mohd said... Best Blogger Tips

Happy besday Tuan kutu!
semoga panjang umurnya, murah rezekinya dan bergembira selalu hendaknya

Shahida Dzulkafli said... Best Blogger Tips

Sweet.. terharu abahnya ye..
Happy belated birthday buat abahnya..

OKje said... Best Blogger Tips

Happy Bezday Abah Kutu hihi....
Alaaaa emosi pulak abah dia dan dan hahahha....sukalah tu sebenaqnya anak beranak buat surprise...
Moga sentiasa dlm limpahan rahmat Allah Abah Kutu