Esok nak start sekolah last minute baru kelam kabut buat preparation. Balik dari Langkawi tidur Alor Setar semalam pastu pagi Rabu lepas bertolak balik SP terus pergi beli barang sekolah Aiman Afia.
Pening jugak fikir nak belanja kat mana..dengan Aryan sado yang meligat kami prefere 1 tempat yang semua benda ada tak payah nak pertikai sangat beza harga janji ada aircond.hahaha..
Kami ke Central Square.
Belanja aiskrim dulu ya aktiviti wajib kalau mai CS
Ni share dengan ibu ke dia conquer sorang.
Afia paling excited pertama kali nak sekolah asyik tanya ja bila sekolah nak buka. Dia demand beg sekolah Hello Kitty so ibu abah layankan aje.
Ada api dia kata terus pose nak tangkap gambar
Aryan sado tu macam-macam hal jenuh ligan nak membeli pun susah.
Beli baju dan kasut sekolah Abang Aiman. Baju memang agak mahal beli kat mall tapi kalau kat luar lebih kurang jugak zaman sekarang dah takda yang murah. Daripada berpanas dengan nak kejar Aryan lebih baik cari tempat sejuk.huhu
Belanja alat tulis dan botol air kat DIY murah dan comel sikit
Esoknya pergi sekolah Abang Aiman beli buku pastu ke Osman Store cari tudung sekolah Afia. Baju pra mujur ibu beli online...size Afia seluar track dah habis. Last minute orang punya ramai kalau semua nak cari kat sini memang stress la. Mujur Aryan tinggal dengan abah dalam kereta ibu ja turun beli dengan Aiman Afia.
Baju Kafa Aiman beli kat area kedai situ juga. Lepas selesai ke Amanjaya Mall cari makan pastu sempat singgah MPH grab beberapa buah buku latihan untuk Aiman Afia.
Snap sementara tunggu abah dan Abang Aiman beli buku dan bayar pibg semua.
Kan dah cakap excited..pakai stokin sekolah dari beli semalam sampai outing hari ni tak buka.haha..
Abang Aiman dah besar tulis nama dan plastikkan buku buat sendiri ya.
Semalam outing terakhir sebelum naik sekolah. Ke tesco je belanja barang dapur pastu singgah Popular beli buku Abang Aiman. Beli dalam keadaan kelam kabut buku Afia pun tak sempat nak belek. Ada anak kecik meligat macam Aryan ni memang tak boleh berlama kat satu tempat.
Tu tengok macam diam je dalam kereta. Nampak tanah nanti serupa kena karan.hahaha
Masuk duit seringgit main menatang ni ja terbang gak 4 ringgit.kiki
Nak pakai tudung tapi baju lengan pendek abah dia kata syurga neraka syurga neraka.kihkih
Ibu wajib bekalkan bibs kalau outing depa ni mesti demand aiskrim punya.
Buku yang sempat grab kat Popular Tesco.
Ibu lagi suka shopping buku kat Popular CS banyak sikit pilihan tapi hari tu tak sempat dah semua penat. Lain kali kena pi lain cari buku Afia add on buku Abang Aiman sekali. Setiap tahun buku latihan memang ibu yang pilih, selesai satu topik kat sekolah buat latih tubi kat rumah.
Alhamdulillah settle semua persiapan. Ibu pun dah mula kerja malam ni setelah bercuti sakan selama dua minggu. Esok kita tengok macam mana hari pertama Afia kat sekolah, semoga dipermudahkan sepanjang tahun buat anak ibu Aiman Afia.