Disebabkan aku ni pencinta oreo, aku dah terjebak dengan kek viral ni. Dok lalu lalang ja kat wall fb, kat IG menggoda sangat tau. Pulak tu dengan dua bahan je dapat hasilkan kek yang sedap menjilat jari. Tunjuk ja kat en suami dan dan suruh buat. Over dari aku nampknya. Kalau ikut aku, macam boleh je pending lagi nafsu.hahaha
Dua bahan ni je. Oreo plus Susu dutch lady coklat
Nampak tak sapa lagi teruja.
Kebetulan kat Tesco offer sepeket Oreo RM 2. Wahhh apa lagi borong la. Malam tadi balik dari Tesco terus kerah bini masuk dapur buat kek. Tak menyabaq gila.hahaha
Let me share my version.
Resepi Kek Coklat Oreo :
2 peket oreo + 1 cawan air susu dutch lady coklat or ( 1 kotak kecil susu) , blend together tuang dalam loyang yang dilancer dengan marjerin pastu kukus dalam 20 minit. Dah sejuk boleh tuang topping coklat. Tanpa topping pun dah sedap bangat.
Tada..siap! aku tabur dengan chocholate rice yang memang dah sedia ada kat rumah baki buat kuih raya tempohari.
En suami tak mau coklat, so potong dulu untuk aku pastu baru tabur Coklat Nips. Isk padan je nak berenti makan takut aiskrim cair kalau tak dah beli 3 tapaware aiskrim makan ngan kek coklat ni mantap jugak..Yummy!
Topping coklat tu lupa la pulak nak grab coklat masakan..serbuk koko pun takda kat rumah..so dengan kreatifnya aku blend susu coklat + oreo masak atas api dengan sedikit marjerin dan susu cair. Wallah sedap jugak.
Hari ni buat lagi 1 adunan tapi versi cawan. Yang ni tanpa topping tapi kat tengah meleleh macam coklat larva tu..Lagi nikmat tak terkata.huhu..
1 cawan ni untuk sepeket oreo. Memang sekali dua kali ngap je licin..so kalau nak buat better dua peket terus.
Ni rupanya sebelum letak topping yang memula tadi kalut sangat nak makan sampai lupa snap kejadian sebelum letak topping.
Tada..sumpah sedap.hahaha
Ok tu je resepinya dah bagi. Rasa dia just nice tak manis..lemak2 gitu. Sila buat jangan malas. Kalau dua bahan ni malas lagi tak tau nak kata apa..jangan jadi orang la..jadi bawang.hahaha..