Pixajoy

Monday, September 11, 2017

Home » Noah Kitchen Taman Bedong Gurun

Noah Kitchen Taman Bedong Gurun



Lets review tempat makan sedap dan murah. Ehh sebenarnya tempat2 sempoi macam ni lagi better dari restoren yang gah kerana nama dan populariti. Overall puas hati dengan harga, portion dan rasa.

Nampak Noah Kitchen ni dok lalu lalang je kat wall facebook so dari sini tertarik nak cuba. Lagipun kami memang peminat western. Bertolak dah agak lewat, dalam pukul 9.30 malam dari rumah. Kedai memang tak jauh dari jalan utama. Masuk sikit je boleh nampak Noah Kitchen kat sebelah kanan. Kedai dibuka depan rumah. Tak susah nak cari.

Kalau tak dapat nak cari lokasi Taman Bedong boleh call ye Noah Kitchen..adik2 peramah akan guide hangpa location. Nombor boleh search kat fanpage depa di facebook.

Mula sampai je terus tanya toilet sebab Aryan berak.haha Kami terus dibawa masuk dalam toilet rumah. Terasa macam rumah sendiri pulak.hihi. Aryan pun kemain aktif siap panjat keluar baby chair padahal sebelum tu dalam perjalanan datang dia dah tidur dalam kereta..angkat keluar nak melalak dah pastu ceria yang amat.huhu

Muka budak noty. Sebelum ni behave je dalam baby chair.

Tunggu apa lagi jom order. Harga memang berpatutan, servis pun ok.

Menu

Masa ni Afia baru nak sihat sikit..baru nak selera makan.

Kak pia dengan air milo berpisah tiada

Abang Aiman paling cool..dok tunggu dia balik masjid la tu yang lambat keluar. Sirap free boleh basahkan tekak sebelum menu sampai.

Kami order set talam untuk 4 orang makan. Set talam ni RM 45 ada meatball, spageti carbonara, kacang apa tu lupa plak.. french fries, chicken chop ( ayam goreng dan grill ) dan lamb grill. Add on cheese dia charge berapa ntah. Set ni dapat free 4 gelas teh o ais sedap...so sangat jimat.

Nampak dalam fb macam besar sangat kata en suami..kalau Aiman belum makan tak cukup ni.haha..ok la portion dengan harga kan.hihi

Afia abah dia dah suap nasi kat rumah dia menjamah french fries ja. Aiman pulak dah makan nasi kat masjid dia pun dah kenyang makan rasa-rasa gitu je la. Ibu yang terpaksa makan sangat banyak. Tak habis membazir amalan syaitan.hahaha


En suami memang tengah lapar tambah order nasi goreng lamb chop..tapi dah order tak sekali harung so menunya lambat sampai. Bila sampai perut pun dah kenyang, tak habis sikit lamb. Aku memang tak daya dah nak habiskan..setalam kot aku dah makan.haha.

Picture nasi goreng lamb chop dah tak sempat nak snap kalut ngan aryan sado. Kak Pia ngam2 kami habis makan dia pi muntah baik punya.haha.. Dia memang tak berapa sihat lagi..makan minyak pulak sah2 la batuk.

En suami kata sedap siap ajak repeat datang. Pada aku bolehlah..memang sedap jugak la...ayat tak mau kalah saja..haha biasa high taste sangat sebab selalu masak sendiri kan.. padahal dah bantai setalam.hahaha.

Apa pun Noah Kitchen memang recommended. Mana yang berdekatan sila2 pergi...gerai sempoi makan pun berbaloi dengan harga.





5 comments:

Kuazue Mohamad said... Best Blogger Tips

best nya.. kita pun dah lama tak p makan-makan dan menulis tempat makan. tapi nak try noah ni.. bila pun tak tau la,..

PetakBunga said... Best Blogger Tips

sedap plk setalam tu..
kita suka sgt western food..
tp hubby kita kurng minat sikt..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ikut muka siapalah budak noty tu ya...

Makan setalam macam ni kira tak hebat mana kalau perut masing-masing kebuluran. Tapi kalau dah siap-siap makan, order setalam macam ni memang adalah yang kena jadi DBKL. Sedap aje PK makan, dah tak main diet-diet lagi ke?

OKje said... Best Blogger Tips

Ha alah...tgk talam pun mcm sedap ja tu. Cheesy gitu.
Tp jauh pulak nak pi weyh.
Yelah ...Tgk muka Aiman pun mcm kenyang, untunglah mama kutu mlm tu balun sorang dia ja haha

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Nampak sedap tu Muni... tapi setalam tu... kalau saya order setalam gitu memang tak habislah... sebab Alisya, Faris dengan encik hubby tak minat sangat western.. semua jenis kena makan nasi... saya minat la.. hahahaha

kesian Cik Pia sampai muntah balik apa di makan...