Sebenarnya journey Afia dan fonik bermula dari dalam perut lagi tau. Masa ibu mula ajar Abang Aiman baca dulu, masa tu tengah mengandungkan dia.huhu. Pastu sejak umur setahun lebih ibu mula kenalkan Afia dengan bunyi-bunyi fonik. Walaupun tak istiqomah..ibu tau Afia dah tangkap banyak huruf fonik secara tak langsung melalui aktiviti-aktiviti yang dah kami buat.
Memang hasrat ibu kalau boleh nak Afia boleh baca sebelum umur dia 5 tahun..tapi tu la kan..banyak sangat benda nak kena settle sampai banyak terabai. Harapnya boleh habiskan buku 8 sebelum umur 5 tahun. Tu target ja..Prinsip ibu nak buat cara santai..biar lambat asalkan dia dapat. Tak mau la guna cara paksa tengok buku semata masa zaman Aiman dulu. Masa tu memang kurang ilmu. Belajar fonik sendiri melalui google..tengok sebutan kat cd pastu terus ajar anak. Memang takda langsung aktiviti gabung bunyi ..tengok buku dan kena habiskan setiap buku dengan paksa rela.
Apa pun Alhamdulillah Aiman mula pandai baca melalui ibu..boleh kenal iqra..baca quran dengan ajaran ibu. Moga jadi saham akhirat nanti. Setiap usaha mesti ada hasil. Bukan nak mendabik dada, ibu pun banyak kekurangan tapi kita tak boleh nak harapkan cikgu semata..tak boleh salahkan cikgu kalau anak kita tak pandai baca..kita kena usaha jadi sekolah pertama anak. Tak pandai boleh belajar..takda masa cari masa..bukan lama..sehari 5 ke 10 minit dah ok. Ibu pun tak sitiqomah..tapi bila dah tersasar jauh cepat2 keep in track. Janji kita tak terus lupa tanggungjawab kita.
Intro panjang berjela lama tak menaip dia meroyan sikit la. huhu..Setiap anak cabarannya berbeza. Faktor umur pun mungkin juga. Aiman mula Bacalah Anakku masa umur dah 6 tahun..tapi Afia ibu mula serius pada umur 4 tahun. Dengan Afia cabarannya sangat banyak. Dia memang banyak sangat alasan..susah betul nak fokus dengan buku..kena fikir cara nak tarik perhatian dia dan buat banyak aktiviti.
Antara aktiviti buku 1 yang sempat ibu snap. Ada banyak lagi sebenarnya aktiviti sejak baby..ada yang ibu pernah share dalam blog dan ada yang tidak. Picture pun ntah kemana.
Tracing huruf pakai tepung. Suka dia dapat main jadi tepung gomak
Water coloring sambil gabung bunyi.
Yang kat bawah ni aktiviti dari buku latihan fonik. Ibu terpaksa beli juga sebab sejak bisnes bundle memang tak berapa cukup masa nak DIY. Adanya buku ni senang la sikit kan..sesibuk mana pun masih boleh buat aktiviti.
Untuk buku 1 dulu memang ibu ada DIY flashcards pakai kotak. Baru2 ni ibu dah beli Flashcards fonik yang besar tu senang nak ajar gabung bunyi. Bila Afia dah faham gabung bunyi baru boleh proceed buku 2. Masih lagi belajar dan belajar tentang fonik. Semoga terus diberi kelapangan dan kesabaran.