Pixajoy

Saturday, November 30, 2013

Apa Jadi Dengan Kuku Afia?



Masa ambik Afia aku tak perasan lagi. Dah sampai rumah, 

Amboi-amboi merahnya MakNgah 
Dua setengah kuku je dapat berinai.
Aku agak Afia dah start melalak kot tu yang tak sempat habis


Pengasuh baru ni ramai anak yang semuanya dah besar. Paling bongsu kembar darjah 4. Kalau hantar Afia, berebut kakak-kakak nak dukung. Kata pengasuh, kalau kakak-kakak pakai tudung jangan tak ambik, dia mesti nangis. Dah pandai dah nak ikut orang pegi jalan. Kes kuku ni tak tau nak marah ke nak gelak. Mak depa pun mesti tak tau apa.








Friday, November 29, 2013

Aktiviti Cuti Sekolah Aiman



Aiman kena hukum tak boleh main game selama setahun sebab dia dah jahanamkan tab Pak Ndak dia. Baru ni dia keluarkan CD game dok belek-belek. Situasi ini telah mengundang cair hati en suami. 

"Kesian Aiman nak main game, kalau tak,takkan dia bawak keluaq CD. Dia nak main game, bagi la dia main..." Hukuman valid selama lebih kurang sebulan saja. Abah Aiman memang mudah kalah. Ibu jugak berhati kental.haha..

Selain daripada tengok TV, main game, main kat playground, marah-marah sayang adik Fia, baca buku dan Iqra setelah dipaksa, Aiman rupanya ada minat baru. Nak tahu apa dia? Lets check it out this goyang-goyang picture!




Abaikan baju dan rumah yang selekeh tak ingat. Konon nak bina badan macam sazali. Dumbell abah jadi benda main. Besi yang 2.5 kg tu dia boleh angkat dua-dua belah tangan. Tapi takde la angkat tinggi. Yang ni takde besi boleh la tunjuk hebat. Ni pun sekejap dah semput.



Ini satu lagi aktiviti peberet, MAKAN! Baru nak tengok dia slim sikit, naik balik badannya. Cuti sekolah, makan mana boleh cuti. Bulan ni je tiga kali aku buat Donut Lembut. Yang ni paling perfect. Lembut gila baq hang! Kenapa takde rupa donut? Aiman kata dia mimpi makan donut yang ada lubang tu keras. Dia yang request donut tanpa lubang, ibu ikutkan aje.hakhak..




Wednesday, November 27, 2013

Mee Ketam Cendol Ala Ice Blanded



Asyik tajuk makanan je kan. Asyik tayang menu memasak pastu bagi resepi je kan. Macam hebat je kau ni kan. Tengah moody sikit pasal kekeringan otak (kekeringan susu yg sebetulnya), buat apa nak sesakkan kepala susan ayat, masuk gambar menu makan paling senang nak merapu. Tak suka boleh blah.hehe..

Gurau je sombong sangat kang takde sape nak jenguk blog kau ni. Dah la nuffnang baru nak berjinak bagi BE, kalau nampak iklan jeans laju-laju ekk tolong klik. BE ni seketul je dah sebulan lebih dok on going. Yang lain sesen dua sen dah credited. Tak banyak pun dok berangan dah nak beli sesuatu dengan duit ni. Sempat tu iklan soh orang klik iklan kau. Tak malu betui siap bold.hakhak.. 

Panjang aku intro, dah tahap boleh geng dengan mummydearie tak?hehe..


Eh tertimbus dek sayur plak ketamnya

Aku buat mee ketam lagi buat kesekian kalinya. Dah jemu kot makan ketam buat lauk, asal en suami bawak balik ketam lebih sikit, mee ketam la menunya. Kalau setakat dua tiga ekor, goreng kunyit pun sedap. Kali ni letak baby kailan dan karot je. Bodo macam ni pun Aiman kata sedap nak mampuih. Pandai dah la ni dia cakap utaqa pekat. Nak resepi boleh cari kat aneka resepi PK.


Ada pulut ni tau. Nyum nyum..

Cendol terbaik Sungai Petani en suami bungkus untuk aku dan Aiman. Simpan kat tempat sejuk bila keluarkan jadi cendol ala ice blanded la pulak.  Kalau makan kat sana aisnya dikisar halus, bila bungkus guna air batu yang kiub tu jadi kalau simpan kat bawah nanti cair tak best. Ada ke yang pantang ais lelama? Aku masa dalam pantang saja, lepas tu terus bedal. Pun macam tu aku ni memang jarang minum ais. Sesekali dapat memang heaven. 

Sekian entry makan-makan, nantikan entry makan yang seterusnya.haha tau takut!





Tuesday, November 26, 2013

Pasta Paling Budget



Paling sesuai buat bujangan juga para anak dara tak kira dimana berada. Mudah, pantas, sedap dan paling penting jimat. Moleklah sangat kalau tetiba tekak mengidam pasta terbaik dihujung bulan tika wallet tengah kering kontang. Sesuai juga buat mak-mak paling budget seantero dunia sanggup menghabiskan duit singit-singit dalam beg kemain kemut nak cucuk duit walhal baru gaji.haha. 

Mari aku tunjukkan bahan asas pasta. Nama pun budget jangan la harap ada daging hancur waima breast ayam dadu. Sos kimball or Prego pun jangan mimpi. Harga dia lebih mahai dari semua bahan ni aku rasa. 

  1. Spageti Kegemaran Keluarga - cukup la untuk dua tiga orang makan. 227 gm je kan
  2. Tomato puri yang comel tak perlu besar, nanti tambah kuah guna cili kering dan sos cili yang dah sedia ada kat rumah.
  3. Sosej Ayam boh 5 batang cukup la. Balance lagi 5 boleh simpan buat nasi goreng bodo, goreng mee or buat roti sosej. Ok dah mula melalut..
  4. Cendawan butang. Yang ni aku boh perabis. Peberet aku. Yummy!


Total RM 8.80. Murah gila!

Resepi Kuah Pasta Budget aka Kedekut : Panaskan minyak or marjerin kemudian tumis bawang putih n bawang merah cincang. Masukkan cili kering blander dan tumis hingga masak garing. Masukkan tomato puri + sos cili + sosej + cendawan butang + gula + garam. Tambah air banyak mana kuah kita suka, dah mendidih siap! 

Dapat 3 piring lebih kurang camni for Aiman, ibu dan Pakndak Aiman. 

Cukup la dinner macam ni untuk yang tak berperut besar. Kalau perut besar macam kami lepas Isyak tapau burger daging lagi sorang sebijik. Semuanya Aiman punya idea. Salahkan Aiman ye. Dia yang tak kenyang. Sepatutnya boleh buat untuk dua peket spageti, tapi ibu kan budget. Tak pasal-pasal keluar duit jugak beli burger. Mujur masih ada duit singit-singit balance dalam beg. Just for you la my son.haha..









Monday, November 25, 2013

Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda



Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.



Sos Blackpepper Lagi



Sambil layan Masterchef aku pun nak tayang menu aku yang tak berapa masterchef ni. Propa la sangat double A ni kan. Aiman kata memang sesuai, cuma rambut dia tu tak sesuai.haha kemain dia komen..


Aku buat sos blackpepper lagi. Hari tu buat sekali je makan dengan stik daging dah habis. Kali ni puas sangat. Mungkin setahun pulak baru tekak kembali mengidam sos blackpepper. Mungkin je la.huhu..Kali ni aku makan dengan kentang goreng rangup. Bukan sekali, dua kali aku buat tau. Tengok la cucuq udang pun bantai makan dengan sos blcakpepper. Dalam freezer ada sikit lagi kuah ni, nanti nak cicah sosej pulak. Sedapnya la hai. Dok terasa lagi kelemakan kuahnya. Nyum..nyum...







Minta Pendapat : Pil Perancang Punca Susu Merudum?





"Pil perancang dikatakan boleh memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu".

Ini yang aku jumpa bila google. Sepanjang 6 bulan menyusukan Afia sepenuhnya, ada sekali je susu aku merudum. Tu pun sebab tak sihat. Lepas tiga empat hari dah back to normal. Untungnya aku kerja shift, so far tak pernah lagi stok susu tak cukup. Afia sentiasa dapat yang fresh. Paling koman pun yg chiller. Stok beku memang tak terusik melimpah ruah masuk tong sampah.

Dalam seminggu ni susu aku merudum teruk gila. Kadang-kadang sampai kesian tengok Afia bergelut berusaha kuat untuk menyusu. So far dia takdelah menangis tak cukup susu, cuma dia agak kerap menyusu. Lepas tu aku nak buat stok sekali perah dapat 1 aunz je. Paling kuat 2 aunz. Kena dua tiga kali perah baru dapat stok untuk sebotol 4 aunz susu Afia ke pengasuh. Penat gila dah la aku marmet. Kalau dulu aku boleh buat rilex esok nak hantar pengasuh baru hari ni buat stok, sekarang dah kena buat dua tiga hari sebelum. Mujur la Afia dah mula makan, aku takdelah stress sangat.

Yang buat aku risau walaupun aku berusaha untuk tak stress, dah seminggu dua minggu dok sama je keadaannya. Sekali pun susah nak rasa breast penuh. Kalau sebelum ni memancut-mancut pulak keluar sampai aku naik fedup. Tak baik aku cakap cmni kan, rezeki Afia semua ni..Tapi sungguh aku bersyukur sangat susu aku banyak. Takde pun ambik supplemen ka apa.

Aku agak je sebab aku dah mula ambik pi perancang Nordette kot jadi camni. Sebelum ni aku ambik Noriday je kan. Dah 6 bulan kena la tukar. Kalau nak kembalikan kemeriahan susu kena la hindarkan diri dari punca susu tu merudum. Aku tak yakin aku boleh guba kaedah lain untuk perancangan keluarga selain pil. 

Patut ke aku ambik supplemen vit B or any produk yg boleh memeriahkan kembali susu? Entah ekk nk cakap aku ni memang jenis manusia yang agak kurang yakin bab produk ni semua. Apa ye makanan yang boleh tambahkan susu? Ke memang lepas 6 bulan susu kita memang dah mula kurang?Please answer my Q. (kemain aku kan..)

Aku tak sampai setahun jagung pun dalam experiences penyusuan eksklusif. Benda camni tak mengurangkan semangat aku untuk fully bf, aku cuma mintak pendapat korang yang berpengalaman.  Aku rindu saat breast penuh sebab dah lama tak rasa camtu. Sharing is caring kan?

Mahu gambar berkaitan? Belek korang punya sendiri.muahaha..aku gurau, serius ni!






Afia Punya Lasak



Asyik kisah anak dara aku je la. Anak bujang asal nak tangkap gambar boleh dia marah-marah ibu.." Pening arr.. " ibu ni asyik tangkap gambar je.." "pening arr.." sebijik macam Shuib Sepahtu dia buat, hangin je aku.haha..

Di suatu pagi yang tak berapa nak hening, sewaktu aku sedang memotong kek kukus jagung, tiba-tiba terdengar satu dentuman kuat dari dalam bilik. Serentak itu suara tangisan Afia memenuhi ruang. Eceh dah macam ayat cerpen plak.hoho. Entah apa si bambam bikin tengok-tengok dah parking baik punya bawah katil. Yang aku tau Afia memang suka guling-guling. 

Aku bukan letak Afia atas katil. Kami tidur tilam kat bawah bersebelahan katil single dalam bilik. Selalunya Afia suka golek belah kiri sebelah dinding. Yang sebelah dinding aku dah letak tilam kecik jadi kalau dia guling selamat la jatuh atas tilam. Semenjak dua menjak ni je dia baru expert guling belah kanan. Tak budget pulak dia boleh pusing sampai terlepak bawah katil. 

Berderau darah aku terus berlari dapatkan Afia. Cepat-cepat aku angkat dan usap kepala. Dia punya lasak, sekejap je nangis pastu sengih-sengih. Bikin suspen je si bambam ni tau. Lepas ni dah tak boleh tinggalakn dia sensorang la dalam bilik. 




So far aksi sujud angkat punggung macam ni je dia lepas, nak cuba merangkak belum lagi. Kat opis dah kena letak bantal tepi katil macam ni. Afia suka guling kadang sampai tersepit kat sebelah katil tepi dinding tu. Sebelah lagi kompem selamat ada mak gajah landing.haha..



Sunday, November 24, 2013

Resepi Kek Kukus Jagung



Nak gak tempek resepi nanti senang aku refer mana tau buku resepi aku tiba-tiba tak nampak bayang. Aku ni pun dasar suka letak benda merata-rata pastu cari tak jumpa. Sory arr yang dah potong aku lupa snap. Sebenarnya aku malas dah nak convert gambar masuk netbook. Yang ni masih panas baru lepas keluar pengukus (macam ada yang kisah ye tak.hakhak) 




Kek ni boleh tahan sajalah. Buat penggemar jagung macam aku ni layan je. Pertama kali aku buat, resepi adjust ikut suka hati. Mula makan ok je dah lama-lama rasa macam manis sikit. Aku plak jenis tak kuat manis, dalam tak kuat pun aku makan banyak. Ye la kalau aku tak makan siapa lagi nak makan. Macam la ada ramai umat kat rumah aku ni kan. Layan je resepi mudah Kek Jagung Kukus.

Bahan-Bahan

2 biji jagung manis ( potong isi jagung dan kukus hingga masak)
1 cawan mentega (aku kurangkan sikit)
3/4 cawan gula kastor (aku guna gula pasir jadi pandai-pandai la kurangkan)
3 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum 
1 sk serbuk penaik 

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hinga kembang. Masukkan telur satu persatu kemudian jagung kukus dan susu pekat. Masukkan tepung gandum+serbuk penaik sedikit demi sedikit pastu kacau rata. Panaskan pengukus dan kukus 45 minit atau hingga masak. 






Saturday, November 23, 2013

Karot Susu



Setelah Afia puas menikmati beberapa jenis buah, ibu ajar Afia makan sayur pula, puri karot. Puri karot Afia buat muka pelik macam terpaksa je telan. Memang la dia tak reject terus tapi lama-lama masuk mulut, Afia tiba-tiba macam nak muntah. Semua ni salah ibu, masa pregnantkan si bambam tekak tak accept any vege.haha..

Dah buat untuk 4 hari sayang la nak buang. Aku ni bukan la rajin sangat hari-hari nak hadap pengukus. Dah la manual atas dapuq, jimat gas kekdahnya. Biasanya makanan Afia aku kukus dan bekukan untuk 3-4 hari terus. Yang penting aku berusaha buat sendiri semua makanan untuk Afia, bukan harap any cereals dalam tin kan.ngehngeh..


 
Memandangkan puri karot tak berapa kena dengan selera Afia, aku cuba campur 1oz breastmilk jadi karot susu. Buat cair-cair je asal Afia dapat khasiat sayur. Yang ni laju tau masuk mulut. Alhamdulillah tak padan dengan demam selera sungguh dia makan. Semalam kebetulan dah masak bubur kosong melayankan akal orang baik demam, aku campur la dengan karot. Pagi tadi Afia makan puri epal, petangnya bagi bubur karot laju jugak dia makan.
 
 


Picture masa tengah demam. Si bambam ibu makin slim kan..:)

 

 
 

Jagung Nyoq Vs Sweet Corn



Sehari dua ni kami berak jagung je la. Dah lama tak beli jagung manis, sekali beli memang aku atur menu berasaskan jagung. Kali ni cucur jagung ja aku tak hingin nak buat. Dua hari berturut-turut dok melayankan tekak Aiman hadap coq udang. Naik melugai dah aku. Hari ni aku buat kek kukus jagung. Nanti aku bagi resepi. Intro pun dah panjang aku bebel kang ada yang muntah jagung semua aku nak tempek sini.

Malam tadi tunaikan permintaan en suami buat jagung nyoq. Aku rebus je malas nak kukus segala. Lepas rebus potong isi jagung masuk mangkuk taruk kelapa parut, garam dan gula siap!Yang ni menu wajib buat, peberet cinta hati kata kau..



Sebab aku tak suka jagung nyoq, aku buat sweet corn kat aku. Maklum sajalah aku ni tekak mat saleh sikit. Isi jagung nyoq curi sikit letak marjerin dan susu pekat. Aiman yang makan lebih. Jagung rebus dia sebijik pun tak habis sibuk makan ibu punya. Last2 jagung dia ibu yang makan. 


Luckily en suami lupa beli susu cair kalau tak bubur jagung pun aku buat tadi. Boleh beliau pergi family day main tarik tali bawak balik dua bungkus jajan dengan kain tuala berlemuih kaki tapi lupa apa aku suruh beli. Bubur jagung pending esok. Apam pagi tadi pun belum luak. Semua nak buat hari ni macam ada je orang nak makan. Untung aih kalau hangpa-hangpa semua jadi jiran aku. Malangnya tak.hehe..






Akal Lepas Baik Demam



Semalam seharian tak dapat online. Publish comments pun kat hp. Nak up entry tak dan baq hang si bambam buat akai. Selama nak dekat 7 bulan, baru ni Afia dok reyau sampai tak tau apa yang tak kena. Kalau tak, nak dengaq sora dia melalak punya la susah. Pendek kata Afia boleh dicop sebagai anak solehah terhebat baik budi pekerti baq hang. Awat la dok sedap cakap penang plak. Tahan ja la aku bebel cover balik semalam tak dan.haha..

Pagi semalam setelah kali ketiga aku bagi Afia ubat, dia poo poo terus lega demam. Alhamdulillah la dua hari je Afia tak sihat. Ikutkan memang malas nak bagi Afia ubat, lagipun baby tak bagus kan ubat-ubat ni semua. Sebab kepala dia terlalu panas, aku tawakal bagi gak la. Nak pertahankan ubat kang jadi kot lain menyesal tak sudah. Nauzubillah.

Masa badan tengah panas pun dia kira solehah lagi, merengek sikit-sikit je dengan muka yang sangat tak ceria. Sepanjang masa aku letak tuala basah kecik kat kepala pun dia merelakan. Tapi si bambam kira nak mengempeng je la setiap masa. Aku pun dah macam robot asal Afia jaga terus sumbat nenen.hehe Kalau tak selesa kat bawah terus angkat Afia masuk buai. Setiap masa kena berayun, terkebil-kebil la Afia sampai terlena. Comel gila muka.

Sepanjang malam ibu naik tintong, kejap nenen, kejap masukkan dalam buai. Dua perkara ni je buat Afia tenang bila demam. Dah lega demam lagi cabaran. Nak berdukung setiap masa. Bagi nenen tak jalan. Duduk je nangis. Masuk buai lagi kuat dia melalak. Tapi bila bawak jalan kat luar dia diam. Primadonala sangat. Boleh bayang aku dok tawaf satu rumah? Setengah hari dok bakar kalori.haha

Serius aku tak tau apa dia nak, dah tukar baju, dah sapu minyak kat perut semua pun tak menenangkan Afia. Aku siap masak bubur kosong kot-kot la nangis sebab lapar. Pastu panaskan susu perahan lagi kot-kot nenen tak puas. Semua pun tak jalan. Aku suspect dia mengantuk sangat (semalaman tak cukup tidur), tapi tak boleh feel nak tidur. Bila mengantuk, mata tak boleh pejam tu yang kena tawaf satu rumah. Kalau sakit tentu dia menangis non stop ye tak. Asal masuk buai je nangis teruk-teruk. Keluar masuk buai dah berapa kali. Lama macam ni sampai akhirnya tertidur.



Malam tadi lepak-lepak depan TV tengok MLM baik pulak tidur sendiri. Pagi ni bangun dengan senyuman. Alhamdulillah anak ibu dah back to normal. Lega demam boleh akai orang kata. Baru ibu berakai.hakhak




Thursday, November 21, 2013

Gangguan Dalam Rumah



Gempaknya kisah pasal Villa Nabila. Aku geleng kepala bila seorang anak beri alasan tak ingat nombor telefon mak sendiri. Nombor telefon awek-awek depa, depa boleh ingat pulak. Tak tau la kalau ni modal surat  khabar untuk berbasi cerita semata. Paper pun bukan boleh percaya bulat-bulat, banyak yang disensasikan dari kisah sebenar. Ok intro tamat.

Kisah aku nak cerita takde kena mengena dengan Villa Nabila. SIL aku dok kuarter tentera dalam Pangkalan TLDM Lumut. Rumah lama dan kadang-kadang lama ditinggalkan tanpa penghuni faham sendiri la apa yang dinamakan gangguan dalam rumah. Baru-baru ni je benda tu menggila dok ganggu anak sedara yang umurnya setahun lebih.

Sebelum ni SIL pernah cerita gangguan kecil macam ada benda dok main plug lampu dalam bilik dan jumpa titisan darah dekat tong sampah. Anak dia beberapa kali juga menangis melalak ditengah malam sambil tangan tunjuk-tunjuk kat satu arah. Bila suami dia duty malam memang tinggal berdua je la dengan anaknya tu. Aku pernah cerita yang anak dia istimewa, takde anak mata dikedua-dua belah. Mungkin kerana sifat istimewa ni juga senang bagi dia nampak benda-benda halus.

SIL baru je keguguran. Baby meninggal dalam perut dah dua minggu doktor kata. Tapi benda baru mana la tau baby pun belum gerak. Ada petanda macam badan jadi seram sejuk, bengkak sekitar hidung dan demam-demam. Sebab takde pengalaman ingatkan pembawakan budak. MIL pun suruh bawak bersabar je la. Rupanya begini tanda-tanda anak meninggal dalam perut. Korang alert ekk hal sebegini aku sendiri pun baru tau.

Ok melalut dah cerita. Yang sebenarnya lepas je SIL gugur setiap malam anak dia menangis tengah-tengah malam. Melalak tak ingat kesian sungguh mendengar apatah lagi yang melaluinya. Suatu malam waktu anak dia menangis yang paling teruk kebetulan mak abah tidur rumah aku. Pukul dua tiga pagi aku dengar bising-bising kat luar SIL telefon bercakap dengan mak.

Bila tanya dekat anak sedara apa yang kacau dia, dia jawab Auww (meaow or kucing la maksudanya tu) sambil tunjuk kat ibu jari kaki. Agaknya kalau dia petah cakap tentu boleh cerita lebih terperinci. Sanggup tak bayang camna rupa benda tu?huhu..

Mahap ye tak kose nak letak gambar hantu kat sini. 






Pertama Kali Demam



Aku suspek dah dua tiga hari badan si bambam macam dedar. Semalam ambik Afia lepas balik kerja pengasuh dah tegur kepala Afia panas sikit. Masa aku ambik dia buat muka toya je. Buat tak kenal ibu dengan muka takde perasaaan dia tu. Ingatkan takde benda la. Afia memang suka buat muka takde perasaan bila sesiapa pun dukung. Dia takkan nangis even orang yang tak kenal pegang. Paling kuat pun dia belek atas bawah muka orang tu seolah tak puas hati. Yang hairannya sampai balik rumah pun dia dah kurang senyum. Time ni mungkin mood dia dah kurang baik. 

Malam tadi badan Afia dah mula panas. Begitu pun dia agak nyenyak tidur tak dengar langsung suara rengekan menunjukkan dia tak sihat. Bila tengah malam aku perasan Afia kerap terjaga, dua tiga hari ni pun susu aku dok merudum tak tau pasal apa jadi aku budget Afia tak puas menyusu. Kejap-kejap dengar suara dia, dah nenen tertidur kejap pastu terjaga lagi berterusan macam tu sampai pagi. 

Badan dia panas tak kuat mana tapi cukup membuatkan aku gabra. Ini pertama kali Afia demam. Takut gak kalau dia panas dalam. Sekitar 5 pagi aku bangun terus bukak baju lengan panjang dia, ambik tuala kecik basahkan dan lap seluruh badan. Lepas tu aku tukar bagi pakai singlet dan masukkan dalam buai bagi Afia sambung tidur. Bangun dari tidur dia mula merengek dah. Kesian si bambam ibu.




Aku agah pun dia buat muka tak layan. Nak hantar pengasuh tak sampai hati pulak bila anak tak sihat. Hari ni aku ambik cuti kecemasan. Awal pagi aku dah mandikan Afia. Harap demam Afia tak berlarutan. Kejap lagi nak bawak pi klinik. En suami kerja malam ni haru plak kalau Afia demam panas aku sorang diri nak handle. Doakan Afia cepat sembuh dan kembali tersenyum ye!





Tuesday, November 19, 2013

Resepi Ayam Goreng Tempe Blackpepper



Line buat onar dah. Tiga empat kali aku dok tekan new post tak boleh terus potong mood aku nak membebel panjang-panjang. Layankan je resepi menu termudah atau lebih tepat lagi resepi malas. Yang penting sedap. 


Resepi : Potong dadu tempe kemudian goreng dan angkat. Gaul ayam dengan garam+kunyit dan goreng sampai garing pastu angkat. Buang sedikit minyak bekas goreng ayam, tinggalkan sedikit saja untuk menumis. Tumis bahan hiris (bawang merah+bawang putih+halia+cili padi) sampai kekuningan kemudian masukkan ayam goreng+tempe. Masukkan sos tiram, gula, kicap+lada hitam tumbuk secukupnya. Siap!


Hari ni aku masak sambal sotong, yang ni menu seminggu dua minggu lepas kot. Dah sampai tahap blogger tegar tak takde modal sangat nak update?hakhak





Monday, November 18, 2013

Afia Berbaju Kelawar 2



Afia berbaju kelawar 1





Ini saja yang mampu. Kemain ligat sekarang tak payah nak harap sangat dia boleh bagi pose istimewa. Nak senyum depan kamera pun dah susah.





Kegilaan Baru Di Petron



Setiap dari kita ada stesen minyak pilihan masing-masing. Dulu kami selalu isi minyak di Petronas, kemudian beralih sekejap ke Shell dan sehingga kini stesen minyak pilihan kami adalah Esso, sekarang dikenali sebagai Petron. Tak perlu aku hurai lebih terperinci tentang keburukan atau kelebihan sesuatu brand minyak, kita sebagai pengguna pilih saja yang mana dekat dihati.hehe..

Balik Alor Setar semalam wajiblah isi minyak. Aiman cepat je suarakan tentang kereta Petron yang dia lihat iklan di TV. Abahnya tu memang la mengalahkan anak bab koleksi kereta macam ni. Dari nak ambik sebijik sanggup tu tebus semua mata untuk dapatkan dua bijik terus. Pastu tak agak-agak cakap nanti nak beli lagi tiga bijik kereta untuk cukupkan koleksi.


Yang putih tu Aiman punya. Yang macam klasik kat bawah en suami punya. Macam best jugak la sebab kereta ni ada lampu, boleh bukak pintu sekali bunyi alarm. Boleh bunyikan enjin kereta dan jugak hon. Yang silver tu boleh bukak bonet belakang. Kemain dua beranak ni main kereta masing-masing. Lupa sekejap Aiman dengan B-Daman. As usual gaya abahnya main lebih dari budak kecik. Siap bergelap tutup lampu rumah nak testing lampu kereta.

Mari kita layan model kereta Petron beraksi di opis ibu.hakhak..



Stress ibu bila Afia tengah tidur asyiklah Aiman dok buat bising bunyikan kereta dia. Kereta ni boleh didapati disemua stesen minyak Petron berhampiran dengan harga RM20. Kalau ada Smile card boleh je tolak mata, 1 bijik kereta dengan 2000 jumlah mata. Ada 5 koleksi kereta kesemuanya. Sekian iklan.hehe..




Sunday, November 17, 2013

Nasib Si Bambam



Dua tiga menjak ni aku macam ada banyak sungguh masa untuk TV.  Lepas habis semua siaran ibu, baru la Aiman boleh conquer TV. Tak tentu arah dia sekarang ni dah tak boleh main game kena hukuman jahanamkan tab adik aku. Nak tidur pukul berapa dia punya pasal. Cuti sekolah ibu bagi kelonggaran buat rumah macam syurga. Tapi kalau sampai pukul 2 3 pagi tak reti nak tidur gak pontianak ibu tak agak-agak akan mengilai.hakhak

Bila ibu depan TV, si bambam haruslah lepak sesama. Dah la Afia tidur style lasak. Aksi guling-guling berlaku dimana saja. Toto kemana dia dah kemana. Yang best tu aku letak bantal sebelah dia, alih-alih bila tengok dia dah posing baik punya kepala atas bantal. Comel gila tengok dia tidur macam ni.




Begini la nasib si bambam. TV pun macam ganja, kalau dah mula kena memang macam gian. Harap gian ibu tak melarat. Tapi MLM tengah running, Masterchef All Stars pun dah nak start. Macam lama je lagi. Siapa nak bela nasib Afia?






Aiman Berbaju Graduasi



Lepas kecewa tak dapat tangkap gambar Aiman konvo, hari terakhir sekolah Aiman dapat gambar ni. Ibu snap dari dinding terus ye. Lepas dapat terus gantung. Macam anak baru grade PHD kekdahnya. Gambar ibu konvo dulu pun tak sibuk nak gantung ini macam.hakhak..Mungkin ibu dan abah tersilap percaturan dua tahun menghantar Aiman kesini. Dah rezeki Aiman di sini jadi tak perlu la aku nak mendabik dada menyalahkan sesiapa. Biarlah kita cerita yang best-best saja.


Feelnya lain sebab gambar ni ditangkap lama, siap kena pakai lipstik dan bedak Aiman kata. Jubah pun warna biru, masa hari graduasi warna maroon kan. Yang penting ada kenangan aksi  sorok leher anak bujang ibu. Kemain serius muka doreoman Aiman. Kalau ada sikit senyum pasti tambah comel.hehe..


Terima kasih pada semua cikgu yang selama ni pernah mencurahkan bakti pada anak ibu, Aiman Mukhlis. Semoga KEMAS akan terus memperKEMASkan lagi usaha memberi didikan awal prasekolah terbaik kepada anak-anak yang biasanya terdiri dari golongan bawahan. Permulaan yang baik biasanya akan menghasilkan produk yang baik. Jangan buat sambil lewa kalau mahu anak bangsa kita cemerlang. Sekian sahaja ucapan budget cikgu cikgi Aiman baca this entry.


* Kejap lagi balik Alor Setar menjengah wedding cousin en suami. Buat tayang muka je la petang ni aku kena kerja.





Saturday, November 16, 2013

Video Aiman Nyanyi




Hari ni aku cuti tapi macam takde mood sangat nak tulis-tulis. Nak buat kerja rumah pun macam lemau. Layankan je anak bujang ibu nyanyi. Sekarang Aiman suka betul dengan english song. Yang tak bley blah suka hati dia la buat lirik sendiri. 




Telinga Aiman penuh kapur yang aku bubuh masa dia sakit telinga hari tu. Lokasi nyanyi yang berterabur tak ingat ni pura-pura tak nampak sudah la. Sekian terima kasih..:) 








Friday, November 15, 2013

Hari Graduasi Aiman



13.11.2013 - Lokasi IKM Sg. Petani.

Majlis menggabungkan Taska Parlimen Merbok, Tabika DUN Tg. Dawai, Tabika DUN Bukit Selambau dan Tabika DUN Gurun. Boleh bayang tak macam mana sesaknya dewan dengan manusia? Aku ambik port paling belakang siap dua kerusi. Si bambam kemain seronok tengok sana tengok sini tapi akhirnya tewas tertidur dipangkuan ibu. Nasib baik Afia behave, tepuk-tepuk terus tidur. Dah tidur aku bersila baik punya gabungkan dua kerusi letak Afia kat riba. 


Riben besaq kau. Ikutkan aku bukan suka sangat girl ni pakai gaun segala. Naik rimas tengok.Tapi dah orang bagi, baru sekali Afia pakai masa raya, sarungkan jugak la kat badan si bambam. Orang nyanyi lagu Negaraku bising-bising pun dia lelap. Lama jugak la tidur dalam sejam gitu. Dah lari tajuk dah.hehe..


Gambar pentas aku zoom dari belakang masa budak-budak buat persembahan. Jangan la harap picture yang cantik sangat.  Majlis pun so-so je. Persembahan pertama tak dengar satu butir pun suara, mikrofonnya lambat keluar. Sabaq je la!huhu..


En suami kedepan sikit masa Aiman naik pentas dengan harapan dapat la snap gambar Aiman. Entah macam mana zoom semua picture pun jahanam.haha. Sijil diwakilkan pada Pengerusi tabika, yang budak-budak ni semua terima beg sekolah je. Ambik gambar gegar tak ingat. Almaklum kamera mahai.muahaha..


Dekat luar pentas satu ni je gambar en suami ambik. Ni pun topi konvo Aiman dah kemana. Lepas turun pentas terus cikgu kalut kidnap topi. Hangin je aku. Kalau tau camni baik aku yang pi snap gambar Aiman. Tangkap gambar tak sampai seminit je kot dok kalut apa.haha.. Mungkin la en suami lambat keluar pentas, cikgu pun dah sibuk nak pakaikan dekat budak lain.


Lepas je Aiman naik pentas adik Fia nak susu. Aku pergi susukan Afia dalam kereta dulu pastu baru cari Aiman. Aiman baru sudah makan masa ni, nak tangkap gambar pun tak mau bagi kerjasama. Muka dah comot tak ingat dengan legamnya, muka serius, gaya terpaksa semua bergabung. Aiman dapat beg warna pink pastu dia tukar dengan kawan perempuan yang dapat blue colour. 


Ohh ibu gemuk pun nak enterframe sama. Usha bawah dagu macam bukit berlapis. Tapi yang hairannya baru je timbang berat ibu tak naik, padahal makan banyak. Mungkin abah tak pandai carik angle kot. Baju pun besar. Tu dia tak nak terima kenyataan.muahaha..


Tak lama pastu kami tak tunggu dah terus balik. Bernasib baik Aiman naik pentas awal. Pukul 10 pagi dah setel semua. Sekian saja hari graduasi Aiman yang langsung tak best. En suami kata cikgu semua kena mengadap sebab majlisnya huru hara tak sistematik. Memang patut la!hakhak..

Semalam hari terakhir Aiman sekolah dapat hadiah set pencil box sekali alat tulis. Sijil, gambar, gambar konvo siap frame dan duit tabung semua pun cikgu bagi sekali. Nanti bila rajin ibu update sijil dan gambar Aiman berbaju konvo. 







Thursday, November 14, 2013

Penting Tentang Solid Food : Kenapa Perlu Mula Dengan Puri Buah/ Sayur?



Nota daripada Hasnita Shaari. Eh siapa beliau ni ekk? Nanti aku google.hehe Yang penting terima kasih banyak atas infonya. Sangat membantu bagi ibu-ibu yang tak berapa reti bahasa sangat macam aku ni.


Puree ni walau dibekukan khasiatnya berkali ganda tau dari benda dalam tin tu. Sama macam breastmilk juga. 

Beri anak 6 bulan makan bukan untuk kenyang. Susu ibu tetap sumber kenyang dan nutrien yang utama bagi anak bawah 1 tahun. Makanan diperkenalkan pada usia 6 bulan adalah untuk pengenalan. Untuk ajar benda baru. Jadi tak kenyang pun tidak apa. Kalau anak kenyang makan, kurang menyusu sedangkan anak bawah 1 tahun memerlukan susu ibu untuk membesar dan membina sistem imun badan.

Kemudian, bila perkenal makanan, beri yang berkhasiat. Jadi walaupun anak makan sedikit, dia masih menerima khasiat yang maksimum. Nasi, kentang adalah sumber karbo kosong. Tidak banyak khasiatnya. Apatah lagi air nasi. Maka sebab itu disarankan puri buah/sayur terlebih dahulu supaya perut anak tidak terbeban dengan makanan yang berat untuk diproses.

Sunnah Nabi pun sebelum makan makanan berat, elok makan buah dahulu untuk memudahkan pelawasan. Pendekatan yang sama kepada anak. Buah dahulu, sayur. Kemudian baru perkenal yang lebih berat seperti bubur nasi yang dikisar, oats, bijirin lain. Kemudian baru protein sebab protein lebih sukar dihadam. Sebab itu diperkenalkan agak lewat.

Step by step, 4 day rule.






Menu Ketiga Afia : Puri Betik



Setiap apa yang Afia makan pun nak update. Ibu tengah rajin jangan dok kata apa.haha. Lepas Puri Epal dan Puri Pear, Afia diperkenalkan dengan Puri Betik pula. Omputih panggil papaya puree!


Betik ni antara buah kesukaan aku dan Aiman. Dah lama dok usha tepi jalan area tempat kerja aku tapi malas nak stop beli. Memikirkan dah 4 hari Afia dok hadap pear je, aku pun tak boleh la malas lagi. Manis gila buahnya, 3 bijik RM 4 sahaja. 





Seronok tengok Afia makan dengan berselera. Dapat bubur nasi nanti tak tau lagu mana. Buah semua manis memang la sedap.







Wednesday, November 13, 2013

Aiman B-Daman



Berbulan lamanya Aiman request B-Daman baru hari ni dia dapat. Aiman kata "semua kawan-kawan Aiman ada B-Daman, Aiman sorang je takde!". Lagi satu ayat tak bley blah.."Kawan Aiman ayah dia naik gaji je beli B-Daman..ayah dia naik gaji je beli B-Daman.." Kok setiap bulan ayah dia naik gaji. Tauke balak kot.haha mungkin Aiman maksudkan setiap kali gaji.

Sebagai parents kita ni tak sampai hati la tak tunaikan permintaan anak. Apatah lagi keluar ayat sedih macam "Abah..nanti abah banyak duit boleh tak belikan Aiman B-Daman..?" Ayat dia tu memang menusuk ke kalbu. Kalau nak mintak apa-apa mesti keluar ayat macam tu. Yang bagusnya Aiman memang tak pernah memaksa. Lambat pun takpe janji beli. 

Benda ni takde la mahal pun. Tapi sungguh en suami tak tau menatang ni apa dan tak tau jugak kat mana ada jual. Hari tu Aiman tunjuk kedai runcit yang jual B-Daman ni en suami pergi takde. Aku dengan Aiman pi tengok pun dah habis. Lately kami pun jarang keluar shopping. Selalu keluar beli barang yang penting pastu terus balik. Maklum sajalah sejak ada si bambam tu mana larat nak berlama di mall.

Picture semua tak tahan nafas. Teserlah keboroian.haha..



Tadi masa hari graduasi Aiman kami jumpa benda ni terus beli la. Kemain suka Aiman. "Aiman akan jaga benda ni baik-baik". Ayat klise dia dok bagi. Lepas seminggu selalunya berkecai semua. Tadi balik singgah rumah pengasuh hantar buai Afia boleh dia cakap dengan B-Daman, "kejap ye..satgi kita jumpa lagi..". Sayang sangat nak tingalkan mainan dia sekejap dalam kereta. Balik rumah dok belek menatang ni je. Satu rumah dok berbunyi guli. Haqu!





Pengasuh & Graduasi




Aku tintong sikit minggu ni takde rest sangat. Sempat jenguk dua tiga blog je dah pengsan. Alhamdulillah masalah pengasuh dah selesai. Semalam dah jumpa pengasuh baru Afia dan akan mula hantar esok. Semoga Afia serasi ditempat baru. Ibu tak pernah putus doakan Aiman dan Afia sentiasa dilindungi. 

Hari ni hari anugerah tadika Aiman. Awal pagi lagi dua beradik ni dah bangun. Aiman tengah mandi tu. Kejap lagi nak siapakan adik fia. Bawak Afia sekali harapnya si bambam behave. Perlu bergegas tunaikan tanggungjawab duniawi dah ni. Bye!







Tuesday, November 12, 2013

Resepi Kek Kukus Mudah : Cupcake Bodo



Kali kedua aku buat guna resepi ni. Emm memang sedap. Tempek sini resepinya mana tahu ada yang nak cuba. Aku suka resepi simple, sedap dan paling penting sukatan guna cawan. Senang nak buat main campak je takyah leceh nak timbang segala. Kali pertama buat aku kukus dalam loyang sekaligus, kali ni aku bakar versi cupcake bodo. Kukus dengan bakar sama je sedapnya. Ibu dengan Aiman memang suka kek ni. Kami dua je boleh habiskan satu adunan.




 Bahan-bahan

1 cawan mentega
3/4 cawan gula kastor (aku guna gula pasir jadi aku kurangkan)
3 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/4 cawan kaya 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna ikut suka

Caranya : Pukul gula+mentega sampai kembang, pastu masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanila+susu pekat+kaya. Kacau rata kemudian masukkan tepung+serbuk penaik. Boh pewarna pastu tuang dalam bekas secara selang seli dan kukus sampai masak.