Pixajoy

Wednesday, May 23, 2012

Lukisan Doraemon Aiman



Semalam telefon cakap dengan si chubby, 


"Aiman rindu ibu sangat-sangat.."


Bila cerita dekat en suami, beliau kata


" Ibu je rindu? abah tak rindu?"


haha..Anak ibu katakan..

Tadi buka buku nota aku dekat pejabat, ternampak lukisan doraemon yang Aiman lukis. Buku ni memang dah jadi medan Aiman berkarya. Macam-macam dia lukis, macam -macam dia tulis. Esok kerja malam tak ada orang temanlah macam selalu. Kalau tak si chubby selalu jadi bodygourd ibu. 


Pandai tak Aiman lukis Doraemon?haha..




Tuesday, May 22, 2012

Blog dan Persahabatan



Tak tahu hendak bermula dari mana. Terasa kerdil dan tidak layak untuk bercerita tentang pengalaman kerana Ini Cerita Puan Kutu baru setahun jagung. Blog tintong ini masih bayi, tidak mampu merangkak lagi, entah bila boleh bertatih, jauh sekali berlari mencari tujuan dan keyakinan dalam berblog. Masih banyak pengalaman yang aku mahu timba. Aku tidak pernah berniat untuk menjadi terkenal, mahu blogku dikenali atau membuat duit dengan blog. Melalui penulisan, aku harapkan apa yang aku kongsikan sedikit sebanyak memberi pengetahuan, pengalaman, dan hiburan buat pembaca. 


Blog aku pada dasarnya berkisar cerita peribadi, terselit juga kisah satu-satunya anak aku Aiman, fakta, tips anak, resepi masakan dan apa sahaja yang aku dapat melalui pembacaan yang aku rasakan menarik aku akan kongsikan bersama. Minat menulis sejak dulu aku adaptasikan dalam blog. Aku ada juga kongsikan puisi yang aku cipta sendiri. Aku juga pernah menulis mini novel online namun entah dimana silapnya Kisah Cinta Misae & Shin Chan terkubur begitu sahaja. Jiwa aku sudah tiada minat untuk berkarya, aku akan sambung ceritanya suatu hari nanti, mungkin! 


Walaupun hati pernah terdetik untuk menulis blog lama dulu, Ini Cerita Puan Kutu hanya wujud Januari 2011. Rutin harian yang semakin membosankan dan ruang masa yang banyak membuatkan aku terbuka hati untuk mempunyai blog sendiri. Berbekalkan video dari youtube, aku belajar bagaimana cara membuat blog. Sejarahnya waktu mula blogging, aku menulis dan tidak berharap ada yang membaca kisah kehidupan aku. Aku rajin BW tapi sekadar menjadi silent reader dan langsung tidak merasa keseronokan persahabatan maya. Aku masih jahil dan hidup dalam dunia blogging aku sahaja. Yang aku rasa cuma perasaan syok sendiri kerana dapat jadikan blog sebagai medan penulisan. 


Melalui pembacaan, aku semakin banyak belajar tentang blog. Perkara asas mengenai blog, ranking alexa, nuffnang dan sebagainya aku cuba buat semuanya dalam blog aku sendiri. Pendek kata aku banyak mempraktikkan segala tutorial yang ada. Aku terfikir untuk mencari nama timangan yang unik dan membolehkan diri di ingati. Nama Puan Kutu lahir secara tidak sengaja. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku menang dalam satu contest dan hadiahnya domain peribadi selama setahun. Dapatlah aku merasa pengalaman berdotcom.


Baru-baru ini apabila terpaksa renew domain, aku terfikir untuk terus kekal dengan blogspot. Bukan berkira soal modal yang sedikit, tetapi aku sudah mula hilang keghairahan terhadap blog. Angin bosan sering wujud. Ia kemudian berlalu dan datang semula. Walaupun begitu, semangat aku tak pernah luntur kerana sikap ambil berat sahabat blogger semua. Bermula dengan suka-suka akhirnya dengan blogging terbinalah jaringan persahabatan yang cukup luas walau tidak pernah bertentang mata. Mengenali rakan maya sekelian sungguh besar nikmatnya pada aku.


Tidak sesekali akan aku kuburkan begitu sahaja blog ini. Kalau dulu aku begitu ghairah dan rasa perlu update setiap hari, sekarang aku ingin lebih santai dan tidak membebankan kepala. Aku lebih utamakan waktu berkualiti bersama anak dan suami. Aku tidak mahu mengabaikan keluarga hanya kerana dunia blogging yang selalu melalaikan aku. Kalau punya masa dan mood yang baik aku akan update, kalau tidak aku selesa hidup di dunia realiti dan melupakan sekejap dunia maya.


Banyak sekali kenangan manis dan hadiah yang aku terima dari Giveaway dan Kontest yang aku sertai. Bukan hendak membangga, tapi rasa syukur kerana kebanyakan kontest yang aku turut serta dimana tidak menilai secara cabutan bertuah rasanya 80% aku menang. Dari hadiah domain, wang ringgit dan berbagai lagi yang membuatkan aku senyum hingga ke telinga. Pada yang memberi cenderahati kerana aku menjadi top commentar di blog mereka, ini semua kenangan yang sangat manis sekali. Penghargaan itu yang membina ukhwah persahabatan yang hanya kita sahaja faham.


Aku sangat fokuskan tali persahabatan sesama sahabat blogger. Melalui kisah hidup kamu semua, rasanya aku lebih mengenali rakan maya sendiri dari orang-orang realiti yang wujud di sekeliling aku. Selagi ada komunikasi dua hala, selagi itu nama aku akan wujud dikotak komen entri kamu semua, Insyaallah. Sahabat blogger datang dan pergi. Namun yang terus kekal hingga kini adalah mereka yang istimewa dalam hidup aku. Kamu tahu siapa kamu.




Jom kongsikan pengalaman korang sebagai blogger dengan menyertai "Giveaway Papan Kekunci Dot Com 2012"








   

Penyu Menangis Giveaway @ Jemari Asmara


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Selesai memasak sambil menunggu masa untuk pergi kerja tengahari ni aku join dulu GA Kak Zefa.  Hadiah menarik tertarik Kak Zefa memang Da Boom.hehe..

GA berlangsung dari 07 Mei 2012 hingga 10 Jun 2012

Hadiah pertama:
Hadiah misteri bernilai RM50.00 dan Ganu FM

Hadiah kedua:
Hadiah misteri bernilai RM40.00 dan Ganu FM


Hadiah ketiga:
Hadiah misteri bernilai RM30.00 dan Ganu FM

Hadiah saguhati:
Ganu FM x 6 pemenang






Monday, May 21, 2012

Home Alone dan Blog Pulih



Salam bahagia


Sudah lama rasanya tidak menitipkan sesuatu di blog tintong ini. Bila lama tak update aku seperti sudah kehilangan skill untuk menulis dan merapu. haha Sebenarnya hati meronta untuk berkongsi cerita, tapi entah angin apa melanda hingga merasa selesa melebihkan hidup di dunia realiti sampai melupakan seketika alam maya yang penuh pancaroba ini.haha intro!


Hero kesayangan aku telah selamat sampai di Pahang petang tadi. Bermalam selama dua hari di rumah adik en suami kemudian menyusul ke Johor untuk majlis perkahwinan emak saudara en suami pula.  Bertolak seawal 4 pagi mengikut Tok Wan dan Maktok bersama Acu dan baby Afi. Kali ini ibu dan abah tak dapat ikut serta.Uwaa.. " Aiman kalau lama-lama, dah tak rindu. Lupa dah dekat ibu " ayat tega dari si chubby. Sampai hati awak anak!haha.. 


Sehari tanpa si chubby cukup sunyi. Pulang kerja selalunya disambut wajah manis Aiman dengan senyuman dan pelukan diiringi ada saja cerita dari mulut becok, hari ini home alone. En suami sudah keluar menunaikan tuntutan kerja, tinggal aku keseorangan seperti dugung bermalas-malasan berenang di toto. Menghadap TV pun seakan tidak ada siaran yang menarik lalu ketiduran di dalam kepanasan. Hari ini dua kali elektrik terputus. Bikin panas juga!


Aku iklan sedikit cerita yang sebenarnya tidak berkaitan dengan tajuk. Sehari dua ini fikiran hati asyik memikirkan untuk sambung belajar (ePJJ). Mampukah aku untuk memikul tanggungjawab dan cabaran ini dalam masa yang sama menunaikan tugasan sebagai pekerja, isteri dan ibu? Sayangnya permohonan untuk pengambilan November telah ditutup. Aku rasa mahu mencuba nasib apply untuk next year intake, sementara ini mengumpul duit kerana pembiayaian sambung belajar memerlukan kos juga. Semoga semangat ini tidak hilang. Sila doakan aku. 


Oh ya blog aku sudah pulih. Rasanya akan kekal dengan puankutu.blogspot. Abaikan url skema nama penuh itu kerana aku pasti korang pun tidak mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Dasar blogger hingusan yang tak tahu menahu tentang blog. Sudahlah mood berblog sudah seperti dustbin,hehe blog pula terpaksa menukar domain yang memerlukan belaian lebih sehingga aku tidak mampu menjaganya lalu terbiar sepi tanpa boleh di kunjungi sahabat-sahabat maya yang sering bertanya kenapa blog aku tidak dapat dijejak. Terima kasih puanbee kerana membantu.


Maaf diatas segala kesulitan. Begitu terharu kerana sahabat blogger yang rapat sangat mengambil berat akan kehilangan aku. Buat Ina, Kak Fieda, Yana, Hanie, chii, Kak Nza, Cikgu hyz dan semua jangan terasa kalau aku tidak menyebut nama, semoga siraturrahim terus mekar walaupun aku sudah tidak aktif seperti dulu. Insyaallah sepanjang ketiadaan si chubby, dek kesunyian aku punya mood yang sangat baik untuk berblog. Aku akan bersenamkan jari jemari aku menjejak korang semula kerana aku pasti sudah ramai yang merindu.hoho


Sesekali menekan keyboard, dalam ketandusan idea dan jiwa, panjang juga bebelan aku. Esok Insyaallah aku akan mula menyahut cabaran dua minggu tanpa karbohidrat pula dalam Diet Atkins. Tak tahu boleh bertahan atau tidak. Kalau dating dengan en suami tengok cinema mana mampu menahan kesedapan mengunyah popcorn kan.haha..













Tuesday, May 15, 2012

Dedikasi Hari Guru




Guru satu tugas yang sangat mulia. Setiap guru adalah hebat dan menjadi idola anak didiknya, profesion yang bukan calang-calang kerana mereka mampu jadi apa saja setiap waktu! 

Waktu pertandingan bola.. cikgu jadi REFEREE.
Waktu budak nak bertanding apa-apa acara.. cikgu jadi JURULATIH

Waktu  aktiviti KH.. cikgu jadi PETANI.
Waktu  kutip yuran.. cikgu jadi AKAUNTAN.
Waktu  RMT.. cikgu jd PELAYAN.
Waktu  budak sakit.. cikgu jadi DOKTOR.
Waktu ceramah.. cikgu jadi MOTIVATOR.
Waktu  hias kelas.. cikgu jadi PELUKIS SENI.
Waktu  persembahan hari guru.. cikgu jadi KOMPOSER.
Waktu  baiki kerusi rosak.. cikgu jadi TUKANG KAYU.
Waktu  budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jadi TUKANG CUCI.
Waktu  budak mencuri.. cikgu jadi DETEKTIF.
Waktu  budak buat persembahan... cikgu jadi PHOTOGRAPHER.
Waktu  perkhemahan.. cikgu jadi TENTERA.
Waktu  hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM.
Waktu  gotong royong sekolah... cikgu jadi TUKANG KEBUN.
Waktu  masuk waktu solat.. cikgu jadi TOK IMAM.
Waktu  budak bergaduh.. cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH.
Waktu  budak sakit kecemasan.. cikgu jadi PEMANDU AMBULANS.
Waktu  merentas desa.. cikgu jadi POLIS TRAFIK.
Waktu  banjir kat kampung masa SPM cikgu jadi PENYELAMAT.



Dengan Ucapan SELAMAT HARI GURU 16 Mei 2012


Buat semua rakan blogger yang berprofesion guru, Kak Nza,Kak MP, Kak Salmi, Cikgu IraCik Sal, Tengku PuteriCikgu Ma, Cikgu Gen2Merah dan yang lain-lain yang tak tersebut namanya.


Buat abang aku, Abang Pin, Kawan baik aku Jia, Elly dan suami, Semua kawan-kawan yang memegang gelaran cikgu, Sepupu-sepupu aku, Kak Chaq, Abang Mi, Kak Niza dan semua guru-guru sedunia!


Buat semua guru yang pernah mendidik aku, Cikgu Yah (Cikgu Tadika), Semua guru di SK Sg Setar, SMK Sg Acheh dan semua lecterur di Uitm Merbok, Terima Kasih atas segalanya. Saya Sayang Cikgu!



* Masih malas nak BW inform pasal url baru. Nak buat semula bloglist, makan masa berbulan-bulan rasanya dengan mood yang kena penyakit pasang surut. Nuffnang dan Alexa pun tergendala dek bb semput. Uwaaa...









Thursday, May 10, 2012

Selamat Tinggal Domain



Salam bahagia


Just nak inform url baru aku http://puankutu.blogspot.com/ 


Tiada mood berblog lately, aku dah mula bosan dan rasa macam nak bersara terus dari blog. Tapi oleh kerana sayangkan korang semua yang selalu berkunjung kesini, ditambah dengan silent reader yang seciput, tak ada guna aku nak delete blog nie kan.hehe..Apa pun aku cukup hargai persahabatan dan ukhwah yang terbina dikalangan blogger semua. Cuma rasanya aku takkan aktif berblog lagi macam dulu. Kalau ada mood dan kesempatan, aku akan update dan berkunjung membaca entri korang semua. Take care dan jumpa lagi. 


Salam sayang dari Puan Kutu dan Aiman.hiks..







Saturday, May 05, 2012

Bila Gabra..



Sehari dua ini aku asyik senyum sendiri. 


Alkisah semalam kereta rakan sekerja aku kemalangan kecil dilanggar oleh seorang amoi. Mujur tidak ada apa-apa yang serius dan Amoi tersebut pun berjanji untuk membayar segala ganti rugi kereta. Cerita rakan sekerja aku, dia gabra masa kejadian sampai nak mendail nombor telefon suaminya pun perlu bantuan orang. 


Aku tahu dan faham perasaan seorang perempuan. Bila berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan, yang namanya wanita memang tidak mudah mengawal situasi. Dalam keadaan terkejut, perkara mudah pun tak mampu kita buat. Rasanya sangat normal aku kira, tak tahu pula kalau orang lain.


Seorang lagi rakan sekerja lelaki menyampuk menceritakan pengalaman beliau kemalangan. Waktu keluar untuk salam dengan orang yang kereta beliau terlanggar, dengan bini orang tu sekali beliau sua tangan untuk salam. Tak sangka pula lelaki pun gabra sama. Lelaki manusia biasa juga kan?hiks..


Bila teringat tentang salam dengan bini orang tu, aku akan senyum sendiri lagi.







                                               




Friday, May 04, 2012

Menuju Syurga Dari Dapur



Salam hari Jumaat. 


Empat hari di bulan Mei aku belum berkesempatan mencoret sesuatu di blog tintong ni. Terima kasih pada korang semua yang mendoakan kesihatan aku. Alhamdulillah hari ini aku sudah sihat selepas diserang demam selama dua hari. Selsema berlarutan hingga beberapa hari lalu virus malas menumpang sama hingga tidak berupdate berhari-hari. Banyak yang aku mahu cerita tapi tak tahu nak mula dari mana dan bagaimana. So tak payah cerita senang.haha.. Aku akan BW perlahan-lahan. Ada ke yang merindu komen dari aku?hoho..


Sekadar perkongsian hari Jumaat buat para isteri :



Siapa pun kita, apapun kedudukan dan pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur. Kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat kita ikat dari sana. Fikiran yang  selalu terfikir untuk  menyiapkan apa yang boleh hidangkan untuk suami tercinta,  Pahala untuk kita akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam syurga Allah insyaallah akan digenggaman. 

* Balik kerja kejap lagi nak masak spageti untuk en suami dan Aiman. Sebenarnya sendiri yang nak makan (samalah tu.hehe...)