Pixajoy

Tuesday, April 24, 2012

Home » Senaman Berjalan Kaki

Senaman Berjalan Kaki




Lately mood berblog sedikit lemau. Hari ini Insyaallah aku akan cuba balas jejak dan BW. Pagi tadi lepas hantar Aiman ke sekolah, aku pergi jogging dengan en suami. Sebaiknya aku sebut senaman berjalan kaki saja.hehe. Kerana terikat dengan jadual kerja yang tak menentu tak dapatlah nak buat setiap hari. Lepas ni kalau menjadi rutin, setiap minggu mesti tak sabar nak timbang tengok berapa kilo bert badan turun.haha.. 


Terlanjur sedang bersemangat dengan misi berjalan kaki di Taman Jubli, aku cuma nak kongsi manfaat berjalan kaki dengan laju. 

Berat badan stabil

Siapa tak suka kalau dapat mengekalkan bentuk tubuh idaman. Amalan berjalan kaki laju akan meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

Menurunkan berat badan

Selain mampu menstabilkan berat badan, orang yang mengalami pertambahan berat badan macam aku disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.

Risiko elak serangan jantung

Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung. Kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah. Ini dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.

Angin ahmar atau strok

Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.

Mencegah kencing manis

Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber : Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan). Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Ini bermakna berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

Mencegah osteoporosis

Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman pereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

Meredakan sakit lutut

Lebih sepertiga golongan lanjut usia di US mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang. ia mampu meredakan masalah itu. Untuk penghidap osteoarthiris, disarankan tidak terlalu gigih melakukan senaman berjalan kaki.  Cukup sekadar berselang-seli supaya sendi tidak terjejas. 

Tekanan

Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju dikatakan membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

Kanser
Seperti yang kita semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. 
Kanser dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.





                               

 


35 comments:

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Kakak memang percaya jalan kaki boleh sihatkan badan dan memang boleh kurangkan berat badan. Masa musim haji dulu sebab ulang-alik dari hotel ke Masjidilharam kakak susut sampai 7kg tau PK itu baru 43 hari saja..

Tapi sekarang nak buat jalan kaki balik rasa mim alif lam sin betul.

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

byk manfaat berjln kaki dgn laju ni yer... tp org mls cam sy ni.. xbuat jugak..huhuu

Unknown said... Best Blogger Tips

TQ sharing

Unknown said... Best Blogger Tips

senaman terbaik utk orang yg dah berumur...nak jogging takut sakit lutut pulak

ZieMarziah said... Best Blogger Tips

sy tiap2 ari berjalan kak sbbnya parking ngan opis jauh yg teramat.lebih kurang 10 minit.pagi petang dalam 20minit senaman kira ok la ek hahahaha

Unknown said... Best Blogger Tips

berjalan kaki mmg bagus..jom kita jalan2...sll jalan2 window shoping...err..boleh ker gitu??..

ida =) said... Best Blogger Tips

wah! Chaiyok!!!!! saya ni, tiap2 pagi ada je org jogging kt kawasan rumah. malam2 pulak opis wat main badminton. tapi, saya x pernah join. ada penyakit M. kalo rajin mlm ni, ada la update pasal tu ( main badminton ). kuikuikui

syiela said... Best Blogger Tips

saya suka berjalan masa nak keluar lunch..tapi jalan slow2 la.. lepas ni kena kayuh kasi laju lagi :)

fieda said... Best Blogger Tips

tu la kalau hari2 dapat lakukan misi ni kan bagus..

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

kalau window shoping pun kira senaman jalan kaki gak kan..?

emm tuh la nnti pas bersalin kena wat senaman jalan kaki byk2..

Unknown said... Best Blogger Tips

nak jalan2 kt umha.memang xlag tp kalo wndow shoppng ok la kan.huhuhu

Cik CT said... Best Blogger Tips

banyak info dr blog pn.Kutu...:) tq for sharing..;)

LYAfrina said... Best Blogger Tips

lya sndiri suka bjln..dan x diakui keberkesanan dlm mnurunkan berat badan

puanbee said... Best Blogger Tips

cuaca tk menentu ni salah satu faktor malas nak berjalan kaki wahaha .. alasan banyak

puanbee said... Best Blogger Tips

cuaca tk menentu ni salah satu faktor malas nak berjalan kaki wahaha .. alasan banyak

transformed housewife said... Best Blogger Tips

hr2 dah jln kaki pergi kerja. balik ambik anak2 kat sekolah pun jln kaki sbb sekolah tak jauh sgt dr rumah.

Unknown said... Best Blogger Tips

KALAU JALAN KAKI DALAM RUMAH OK JUGAK KAN..HEHEHE

Unknown said... Best Blogger Tips

husna klau kat rumah pyah sikit nak bjalan..nasib tgh kerja ja..ada jgak exercise berjalan tuu..tp klau kat merbok lg sakan..haha..:D

kurus said... Best Blogger Tips

paling ringkas dan mudah ! ..
hurmmm tu punn adakalanya x sempat huhuh

NzA said... Best Blogger Tips

memang byk kebaikkan senaman ni PK cuma trkdg akak ni xlarat nk menapak panjat tangga ke naik turun ke tingkat 3 dan 4 , 2-3X sehari...abis sakit lutut n tumit nie..hu.hu.hu.....

azura said... Best Blogger Tips

soal berisi saya pun sama tapi lately ini berat badan menurun sampai adik saya kata "kamu pakai baju belang2 tapi nampak kurus", rahsianya makan hati sebenarnya...

Nisa said... Best Blogger Tips

Nak kurus! Saya punya metabolisme yang sangat rendah. Makanan apa yang boleh meningkatkan metabolisme selain bersenam (lol)?

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

Mmg kalau jln laju ;) tapi skrg cepat rasa lenguh kalau jalan
lama2

sal ya said... Best Blogger Tips

sama la kita. kalau datang takde mood tu kena paksa diri buat entri.

Ibu Yusuf Maryam said... Best Blogger Tips

Betul tu.. tp betis juga akan mantap. Hahaha..

ps: bercakap dr pengalaman, sebulan berjalan kaki dari komuter ke pejabat buat betisku berotot2..

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

izan pun suka sbnrnya suka jalan kaki ni... rasa best je. cuma skrg ni dah lamaaaa sangat tak buat. apa taknya, nak pegi kedai pun tak sempat nak berpeluh ketiak... huhu...

Hanie Dew said... Best Blogger Tips

aku sangat tertarik bab menurunkan berat badan tu menigkatkan metabolisme. itu la kunci untuk kebaikan yg seterusnya. bila metabolisme tinggi lemak pun tiada!

Salmi said... Best Blogger Tips

Memang banyak manfaat berjalan laju ni.. Akak memang sejak dulu tak reti jalan perlahan. Kawan2 kata akak ada "memelihara" sebab sekejap je dh muncul kat satu2 tempat. hehe..
Jadi cikgu kena berjalan cepat, kalau tak, sempat anak murid bergusti dlm kelas..

Cikrosecute said... Best Blogger Tips

makan hati caranya berkesan untuk kurus hihihi

Masya said... Best Blogger Tips

LAMA TAK BERJALAN KAT BATU².. TANPA SELIPAR.. SELALU DEKAT TAMAN PERMAINAN ATAU PADANG ADE... ORANG KATA BGS UNTUK ALIRAN DARAH...

jebengotai said... Best Blogger Tips

xyah nk bli alat2 yg mahal..jalan pon dh sihat.. :)

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

caiyok2 beb ! hanie jugak tak JALANKAN LG MISI NK BERJOGGING NI...

duduk saja2 dan terlalu byk ni tak sihat kan... haihh... bdn pun tak fit

org cina sgt rajin jogging kan

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

caiyok2 beb ! hanie jugak tak JALANKAN LG MISI NK BERJOGGING NI...

duduk saja2 dan terlalu byk ni tak sihat kan... haihh... bdn pun tak fit

org cina sgt rajin jogging kan

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

caiyok2 beb ! hanie jugak tak JALANKAN LG MISI NK BERJOGGING NI...

duduk saja2 dan terlalu byk ni tak sihat kan... haihh... bdn pun tak fit

org cina sgt rajin jogging kan

Unknown said... Best Blogger Tips

dah lama tak jalan laju2..dah tua nih..semput lak