Pages

Saturday, December 31, 2011

Goodbye 2011


Goodbye 2011, 

If it didn’t Bring me Joy,
Just Leave it Behind.
Let’s Ring in the New Year
With Good Things in Mind.

Let Every Bad Memory Go
That Brought Heartache and Pain.

And let’s Turn a New Leaf
With the Smell of New Rain.

Let’s Forget Past Mistakes
Making experiences for This Year.

Allah Sending me These 2012
To Bring me Hope and Cheer

Insyaallah!
*Tahun 2011 banyak mencatatkan memori kenangan yang tak manis buat aku..Happy New Year!




Friday, December 30, 2011

Tips Minggu Pertama Ke Sekolah

Aiman bergambar kenangan bersama cikgu sebelum pindah



Bukan sahaja anak, ibu bapa turut sama berasa debarannya menanti hari pertama anaknya ke sekolah. Semarakkan rasa kekuatan dalam diri anak dan selami emosinya supaya hari pertama ke sekolah meninggalkan kenangan manis buat mereka. Aiman juga akan ke tadika Selasa ini. Aku pun teruja nak tengok macam mana reaksi dia di sekolah baru, bersama cikgu baru dan kawan-kawan baru. Untuk tips hari pertama ke sekolah boleh KLIK SINI


Minggu pertama persekolahan juga penting buat anak untuk dia membiasakan diri dengan dunia baru. Ini sedikit tips buat perkongsian bersama :

  • Tidak perlu meninggalkan anak ke sekolah secara paksa apabila dia belum bersedia. Elakkan cara-cara yang menciptakan fobia anak terhadap sekolah. Walaupun tak membuatkan Aiman fobia, aku fail bab ni, selalu aku tergesa-gesa sebab takut Aiman nak ikut balik rumah.haha..
  • Benarkan anak membawa sesuatu barang kecil miliknya dari rumah. Contohnya mainan kesayangan atau gambar kita yang boleh membantunya gembira. Mainan kecik memang aku bagi Aiman bawak, janji nak ke tadika sudah.
  • Sediakan alat tulis. Anak akan teruja dengan alat tulis yang menarik dan berwarna warni. Dengan cara ini anak akan bertambah semangat untuk ke sekolah. Aku dah belikan pencil b0x Ultraman (superhero kesukaan) untuk Aiman.
  • Ambil gambar. Anak akan rasa istimewa pada hari pertamanya jika kita mengambil gambar dengan uniform tadika baru. Ini sudah semestinya, foto akan menjadi kenangan paling berharga buat Aiman bila dia besar nanti.
  • Menyebut nama kawan sekolahnya yang hebat di sekolah. Jangan bandingkan anak dengan kawannya tetapi biarkan dia membesar dan bangga dengan dirinya sendiri.  Aku selalu guna nama Syasya masa di Johor dulu. Aku katakan pada Aiman yang syasya bangun awal dan rajin ke sekolah.
  • Membelikan segala keperluan anak. Kita tak perlu mengikut kemahuannya yang ingin membeli mainan atau makanan yang tidak sihat. Anak mesti belajar bersabar kalau kemahuannya tidak diikuti. Bab ni bagi dekat en suami, Aiman mesti ikut punya perintah ayahnda!kehkeh..

Minggu pertama sekolah sangat penting bukan merujuk kepada penyesuaian diri semata-mata tetapi menjadi penentu kepada persepsi anak. Jadikan persekolahan satu pengalaman yang menyeronokkan. Peluk dan berikan ciuman. Anak akan berasa lebih bersemangat! Selamat memulakan persekolahan buat anak-anak dan adik-adik semua. Belajar rajin-rajin ok!










Tonton Online Ombak Rindu


Filem Ombak rindu telah berjaya mencipta fenomena sampai en suami yang tak suka tengok cerita jiwang pun ajak aku pergi tengok wayang cerita ni tau.haha..Tapi kerana ada sedikit halangan kami tak dapat nak tonton bersama dipanggung. Dalam sehari dua ni aku selalu gak cari Ombak Rindu full movie dekat Youtube. Ikutkan Aron dan Maya dua-dua pun aku tak berapa minat.


Nasib baik semalam petang aku sempat layan Ombak Rindu, hari ni aku tengok dekat youtube dah kena removed pun.keke. Aku feeling jugaklah tengok filem ni pasal en suami dan Aiman tengah tidur. Tapi sound slow sangat, agak menganggu tumpuan sebab bila pelakon tengah bisik-bisik aku terpaksa cium skrin netbook macam orang gila.haha..


Permulaan cerita berjaya menarik aku masuk dalam diri Izzah. Jalan cerita bergerak laju, tak sempat pun nak rasa boring. Walaupun tanpa dialog, kesinambungan cerita tu bergerak cantik. Pada pendapat aku kalau buat drama berantai mesti lagi best, baru kita dapat tengok perkembangan jalan cerita, mendalami, menghayati dan merasa konflik berkembang. 


Aaron memang mantap sebagai lelaki sedikit jahat pada mulanya dan kemudian menjadi suami yang sangat romantik. Baru aku faham kenapa korang semua minat sangat beliau. Kalau aku jadi bini dia memang tak boleh aku layan filem ni. Argh tak rela i walau dalam filem!haha..Aku puji lakonan Maya, aduh sangat menjadi sampai aku terus minat Maya now.kahkah..Aku setuju dengan Cik Betty, Lisa Surihani terlalu comel untuk pegang watak Mila!


Aku nangis tak? The answer is YES! aku start nangis bila Haris tuduh Izzah mengandung.hoho. Dekat ending aku sedikit terganggu bila si chubby dah bangun kemudian Final Tentang Dhia pulak keudara. So aku layan dua-dua hingga final. Lepas tengok Ombak Rindu dan Tentang Dhia sampai malam emosi aku masih tak stabil. Sekian.







                                               



Thursday, December 29, 2011

Final Tentang Dhia


Macam biasalah, aku memang menyibuk sikit nak bercerita drama kat TV bila tiba part intro dengan ending. Aku bagi aplikasi contoh yang releven. Bila korang baca novel mesti nak bukak muka surat belakang dulu untuk tau kesudahan cerita kan? Memang dah macam habit kan? Ada tak persamaan dengan habit aku buat entri final Tentang Dhia? Ok takde!hahaha..


Aku pasti ramai yang fanatik dengan drama Tentang Dhia. Aku cuma layan diawal cerita dan bila nak dekat penghujungnya ja. Dengar cerita lelaki-lelaki semalaya pun layan cerita ni. Aku ada printscreen status seorang rakan difacebook. Belasah jela tanpa pengetahuan beliau, lagipun kompem dia tak baca blog aku.haha..Jom usha apa kata mereka. Lawak-lawak..



berbulan2 aku tgk last2 suma mati... mak zikir xmati plak... cisss!!!


 ·  ·  · 2 jam yang lalu · 
  • Zarlina Rammeli dan 4 yang lain menyukai ini.
    • Hani Zuraida Org jahat susah nk mati :)
      2 jam yang lalu ·  ·  1
    • Zulfikri Faiq aku benci pengarah cite nih!
      2 jam yang lalu ·  ·  1
    • Noor Mohd Azrif Idrus aku br start tgk ttg dhia ari isnin ritu..hahaha..sesungguhnya Allah memberikan ruang kat mak zikir utk bertaubat..
      2 jam yang lalu · 
    • Muhammad Zulhelmi x pas g lasung faiq
      2 jam yang lalu · 
    • Zulrushdi Ismail hahahhhaha tudia hgpa.....
      2 jam yang lalu · 
    • Zulfikri Faiq zul: lantok g kat ku lah
      2 jam yang lalu · 
    • Zulfikri Faiq wong: hg pon tgk kan... dulu dok kutuk aku
      2 jam yang lalu · 
    • Zulrushdi Ismail aku x pernah kutuk hg tgk cite melayu....
      2 jam yang lalu · 
    • Zulrushdi Ismail hg cuba ingat blk....
      2 jam yang lalu · 
    • Mohamad Hazim Abdul Halim Hahaha....poyo tul...
      2 jam yang lalu · 
    • Mohd Azuwan Shah aku jumpa azlina pakwan n feroz khan mmg aku marah dia wat citer mcm haram.Semua mati, yang aku nk tau mak zikir jadi apa??mmg xbest la ending mcm nie..
      lebih kurang sejam yang lalu ·  ·  1
    • Badrul Zaman tau xper....ape punya citer la...faiq ko jg derector la pasni wat sambungan cita tentang dhia/....
      lebih kurang sejam yang lalu · 
    • Suara Zargon mcm hampeh mak zikir...ending,tp mak dia x insaff2 jgk...
      lebih kurang sejam yang lalu · 
    • Suara Zargon paiz: pagi tadi aku jumpa pak boon bomoh tu kat market...
      lebih kurang sejam yang lalu · 
    • Riadhi Jazlan B Jaafar Tentang tahi
      lebih kurang sejam yang lalu · 
    • Mohamad Hazim Abdul Halim Badrul Zaman...paiq wat citer Tentang Dahi.....sbab slalu kena starlight kat dahi...
      lebih kurang sejam yang lalu · 



Aku puas hati penamatnya Dhia dan Zikir sama-sama mati. Inilah dikatakan sehidup semati, Cinta sejati! Tapi perempuan ahli sihir tu tak mati pulak. Memang kejam betullah penulis skrip drama ni.hahaha..