Pages
▼
Wednesday, November 30, 2011
Resepi Baby Roti John as Request
Ada yang request resepi baby roti john aku, so aku tampal kat sini. Senang sangat. Aku main belasah je janji ada rupa roti john sudah.
Resepi Baby Roti John
Bahan- Bahan
- 200gm daging hancur
- 4 biji telur
- 5 keping baby roti (yang orang buat hotdog, aku pakai gardenia)
- Lada sulah
- Sos seasoning maggie
- Sedikit garam
- Bawang besar dihiris kalau suka
- Sedikit marjerin
- Sayuran yang korang suka. (salad,tomato, timun,kobis,lobak)
- Sos cili dan mayones.
Caranya goreng sekejap daging hancur bersama sedikit garam hingga garing. Untuk inti, pecahkan telur ke dalam bekas dan kacau. Masukkan daging hancur tadi, lada sulah, sos seasoning dan bawang. Kacau sebati. Belah roti ditengah dan masukkan inti. Panaskan kuali leper dengan marjerin kemudian masak atas api. Masa masak tu telangkupkan macam roti john.
Dah siap letak sayur, soscili dan marjerin. Siap untuk di makan!
Jangan tak cuba ok..
Tuesday, November 29, 2011
CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 7)
Vektor dari Wanie |
Kreuk..kreuk..Perut Lisa bergendang memecah kesunyian.
Aku naik malu. Terasa macam ‘blushing’ lagi pipi. Sama seperti terkejut mendengar tragedi mahu menyimpan aku dari ayat jiwang Kimi tempohari. Secara jujurnya aku memang lapar. Aku cuma menjamah sebungkus roti gardenia vanilla sebelum memulakan perjalanan tadi. Suasana sejuk dan hujan menambahkan keroncong perut.
Kimi ketawa kemudian memberhentikan kereta di Perhentian Rehat dan Rawat Juru. Gerimis masih lagi turun, cuma tidak lebat seperti dipondok tadi. Ikutkan hati, aku mahu perjalanan diteruskan saja. Lagipun bukannya jauh.
Dari kampus ke rumah Maktok cuma mengambil masa selama sejam. Lainlah naik kenderaan awam, berganda-ganda jamnya sebab kena bertukar bas. Tapi memikirkan Kimi berkeras juga, Lisa hanya menurut. Perutnya yang lapar perlu juga di isi.
“Takpa..tak payah payung Lisa. Sikit je hujan ni”
“Nanti awak demam”
“Orang dah biasalah main hujan. Kecik-kecik dulu selalu main!”, aku membidas, cuba menyembunyikan perasaan malu membahasakan diri Lisa dengan Kimi.
“Eh mana Lisa? Tadi sebut Lisa..sedap sikit telinga saya dengar…” Kimi mengusik.
“Dah..nak p toilet sat”
“Ok Kimi pun nak p berak”
“Hahaha pengotoq. Tu pun nak habaq”.
Aku ketawa terbahak-bahak. Sebenarnya cuba menyembunyi perasaan janggal bila Kimi bahasakan dirinya begitu. Aku berjalan perlahan ke tandas dengan keadaan kakinya yang sakit. Terasa masih pedih dan berdenyut tika melangkah.
Beep..beep..
Blackberry berbunyi menandakan ada mesej masuk. Tak senang betul. Lisa mendetik ketidakpuasan dalam hati.
Aku menghadap cermin tandas. Aku belek muka yang sudah berminyak, mengambil ‘Miyai Compact Powder’ lalu menyapu di wajah mengemaskan solekan. Aku betulkan Syria yang aku pakai. Gelihati pula bila Kimi selalu memuji aku comel. Aril pula selalu samakan aku dengan Fazura. Dekat mana sama pun tak tahu. Macam langit dengan bumi.
Aku menghadap cermin tandas. Aku belek muka yang sudah berminyak, mengambil ‘Miyai Compact Powder’ lalu menyapu di wajah mengemaskan solekan. Aku betulkan Syria yang aku pakai. Gelihati pula bila Kimi selalu memuji aku comel. Aril pula selalu samakan aku dengan Fazura. Dekat mana sama pun tak tahu. Macam langit dengan bumi.
Puas berangan dan perasan, aku mula melihat skrin handphone. Aku tekan keypad. Melihat nama Shin Chan muncul di skrin, aku senyum sendiri.
“Mama misae dah sampai mana?”
“Misae dah nak dekat sampai. Nanti sampai rumah aku inform” senyuman lebar mematikan keluhan.
“Ok take care sayang..:)”
Aku segera keluar takut Kimi tertunggu-tunggu. Rupanya bayang Kimi pun aku tak nampak. Aku tinjau Kimi dari jauh melalui ekor mata. Lima minit menunggu masih tidak kelihatan kelibatnya.
Lalu aku mengambil keputusan duduk sahaja didepan gerai nasi ayam. Mataku tak putus memandang luar tandas lelaki. Mengalahkan perempuan pula Kimi ni. Lama betul dari tadi tak siap-siap. Berak batu agaknya. Aku mentafsir apa yang Kimi buat di tandas.
Lalu aku mengambil keputusan duduk sahaja didepan gerai nasi ayam. Mataku tak putus memandang luar tandas lelaki. Mengalahkan perempuan pula Kimi ni. Lama betul dari tadi tak siap-siap. Berak batu agaknya. Aku mentafsir apa yang Kimi buat di tandas.
“Lama tunggu?”
“Yup..no prob bro..”
“Wah bro plak..Ganasnya..Panggil abang sedap jugak..” Kimi menggedik lagi.
“Nak makan apa? Orang belanja..” aku mengubah topik.
“Lagipun duit minyak, tol semua orang tu yang bayaq..” aku menambah dengan nada suara yang memerli.
“Takpa.. Cik Mia Mukhlisa punya pasal..”
“Dah.. Lisa nak makan apa?” Kimi pula mengulang soalan yang sama. Aku tanya dia, dia tanya aku pulak. Tahu la bapak kau kaya pun. Terdetik tuduhan melulu dihati, mahu saja di luahkan ketidakpuasan dan keinginan tidak mahu lebih terhutang budi. Aku takut berperang dengan perasaan. Takut pula bisa jatuh hati sama Kimi.
Aku menunggu Kimi mengambil makanan. Akhirnya aku mengalah dengan Kimi. Selesai makan, kami masih lagi duduk berbual-berbual. Hujan seperti tidak mahu berhenti. Sekejap lebat, sekejap reda. Walaupun gerimis bulu romaku menegak.
Belum reda kedinginan penghawa dingin kereta Kimi, kini angin meniup dengan agak kuat. Aku memeluk tubuh kerana kesejukan. ‘Cardigen’ yang dipakai tidak mengurangkan langsung kesejukan.
Belum reda kedinginan penghawa dingin kereta Kimi, kini angin meniup dengan agak kuat. Aku memeluk tubuh kerana kesejukan. ‘Cardigen’ yang dipakai tidak mengurangkan langsung kesejukan.
Menyedari aku sedang kesejukan, Kimi bersuara memecah kedinginan tengahari.
“Minum air panas nak?”
“Tak mau..”
“Kaki dah ok? Sakit lagi tak?”
“Ok..”
“Kejap Kimi nak beli sesuatu..”
Kimi berlalu dan pergi ke gerai menjual makanan ringan. Aku menunggu dengan sabar. Tidak lama kemudian Kimi datang dengan sebungkus choki-choki dan dua kotak kecil susu DHL.
“Nak susu?”
Aku menggeleng..
“Takpa nanti Lisa minum dalam kereta..”
Belum sempat menjawab, Kimi mengerti. Kimi menghirup susu hingga habis dan meninggalkan sedikit sisa didalam kotak. Kemudian dia berlalu ke keretanya. Dia datang membawa sekeping kertas A4.
Kimi mengeluarkan ‘cotton bud’ dari beg sandang yang sentiasa dibawa bersama. Takkan mamat ni nak korek telinga tengah-tengah orang ramai? Aduh tak senonoh betul. Aku semakin tertanya-tanya.
Kimi mengeluarkan ‘cotton bud’ dari beg sandang yang sentiasa dibawa bersama. Takkan mamat ni nak korek telinga tengah-tengah orang ramai? Aduh tak senonoh betul. Aku semakin tertanya-tanya.
“Beg Kimi ni macam-macam ada. Macam doraemon..” aku membuat perumpamaan bodoh seakan sudah membuang perasaan malu.
Kimi ketawa menampakkan giginya yang putih dan bersih. Senang dengan panggilan Kimi atau perkataan doraemon itu yang lucu. Aku malas menterjemahkan nilai ketawa Kimi. Fikiranku jauh teringatkan tisu dan plaster yang Kimi ambil dari ‘poket doraemonnya’. Aku terkenang peribahasa sediakan payung sebelum hujan yang pernah diucapkan Kimi.
“Memang..beg Kimi nie macam-macam ada..” Kimi meniru ayat iklan yang popular di Astro.
“Tisu ada..plaster ada, sikat ada, kepit kuku ada..Tinggal kain baju jer takdak dalam nie!” Kimi menokok tambah cerita..
”hehe lawak2…” aku ketawa sinis, menongkat dagu menunggu.
“Sat Kimi nak buat eksperimen”
Ziad Hakimi senang membahasakan dirinya begitu. Tiada lagi ganti nama saya keluar dari bibir. Aku bertambah bingung dengan kelakuan Kimi. Wajah kimi ditenung. Apa sebenarnya yang Kimi mahu dari aku? Kalau dia suka aku sekalipun kenapa baru sekarang Kimi nak mulakan langkah? Kenapa tidak dari dulu? Kenapa selama ini kalau berjumpa aku di kampus Kimi terlalu sombong?
Semakin banyak soalan semakin aku tiada jawapan. Kalau ada soalan objektif sekalipun, aku yakin tidak mampu menjawabnya. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran. Aku mula memicit-micit kepala.
Semakin banyak soalan semakin aku tiada jawapan. Kalau ada soalan objektif sekalipun, aku yakin tidak mampu menjawabnya. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran. Aku mula memicit-micit kepala.
Kimi tekun menulis sesuatu diatas kertas. Menyorokkannya supaya Lisa tidak dapat melihat apa yang sedang ditulis. Di celup putik kapas kedalam sisa susu kemudian menulis lagi di kertas.
Aku menggaru dagu yang tidak gatal, melihat sahaja perilaku ganjil Kimi.
Aku menggaru dagu yang tidak gatal, melihat sahaja perilaku ganjil Kimi.
“Ok siap…ini untuk Lisa” kertas A4 dihulurkan.
“Kosong jer..”
“Ini namanya dakwat halimunan..” lagak sainstis Kimi memberi penerangan.
“Tapi kena tunggu dia kering dulu” dengan penuh hikmah Kimi berkata-kata.
“So..?” aku bersuara sepatah.
“Lepas tu Lisa fikir sendiri apa nak buat supaya Lisa boleh baca dakwat halimunan tu. Dekat kertas ni ada mesej Kimi nak sampaikan” Kimi kelihatan serius dengan kata-katanya.
Aku bertambah pening dengan eksperimen Kimi. Nak main teka teki pula. Siap buat projek sains minta diselesaikan. Aku memang lemah subjek sains waktu disekolah. Waktu buat eksperimen pun aku duduk jauh-jauh takut meletup. Tapi cabaran harus disahut. Pantang aku kalau dicabar.
Aku diam dari tadi. Seakan tidak sabar hendak mengetahui apa sebenarnya mesej yang ingin disampaikan jejaka itu. Tapi aku buntu. Aku membiarkan kebuntuan fikiran. Rasa sangat malas untuk bertanya lebih lanjut.
Aku diam dari tadi. Seakan tidak sabar hendak mengetahui apa sebenarnya mesej yang ingin disampaikan jejaka itu. Tapi aku buntu. Aku membiarkan kebuntuan fikiran. Rasa sangat malas untuk bertanya lebih lanjut.
Perjalanan diteruskan.
Setibanya di kampung, Kimi memuji-muji kecantikan kampung. Sawah padi yang terbentang hijau cukup mendamaikan. Memang sudah lama Lisa temui kedamaian di kampung ini. Lama dulu saat dia masih kecil. Saat ibu kandungnya pergi buat selama-lamanya.
Di bendang inilah Lisa menangisi hari gelapnya tanpa orang yang paling dia sayang. Rintihan anak kecil sepertinya cuma Aril yang mengerti. Aril yang mendidiknya erti kesabaran, menunjukkan jalan merasai kehilangan, menggembirakan hidupnya yang kesunyian dan menjadi teman paling setia. Aril jugalah yang sentiasa menjaga tiap detik jantungnya.
Tanpa sedar kereta Kimi sudah siap melabuh dihalaman rumah. Terpancul tubuh kurus MakTok dari muka pintu. Aku salam dan memeluk Maktok. Bau Maktok dari dulu masih sama. Rasa masam yang sama. Aku suka bau itu sejak kecil.
"Awat lambat sangat sampai?" Maktok menegur Kimi dengan ramah.
"Tadi kami makan dekat Juru" Lisa membalas pertanyaan Maktok bagi pihak Kimi.
Kimi menghulurkan tangan bersalaman dan mencium tangan maktok.
"Saya kawan Lisa, Panggil je Kimi.. saya hantar Lisa balik. Kaki Lisa sakit, hujan lebat pulak tu.." Kimi menerangkan hal sebenar sebelum sempat ditemuramah Maktok.
“Assalamualaikum…”
Aril muncul dari ruang dapur tiba-tiba.
BERSAMBUNG...
* Maaflah kalau boring sebab panjang melalut betul perjalanan Kimi dan Lisa. Aku dapat idea tentang dakwat halimunan tu time tengok Sains Comot kat TVIQ dengan Aiman. Aku aplikasikan dalam part ni sebab terasa nak share.kihkih..Buat chii, next part baru kisah dekat rumah Maktok ok.
Mengajar Anak Dari Rumah
Mengajar anak dari rumah bukanlah sesuatu yang mudah. Aku sangat respect pada ibu-ibu yang punya kesabaran yang sangat tinggi memastikan pelajaran anak-anak tidak terabai. Macam KakYong, aku suka baca perkembangan anak-anaknya dan kesungguhan yang Kak Yong tunjukkan dalam mendidik anak.
Memberi pendidikan yang sempurna kepada anak memang menjadi idaman setiap orang. Daddy tu untung, mampu dari segi kewangan.hehe. Ada twins comel dan bijak. Twins kalau speaking dengan aku pun jenuh aku nak bukak dictionary rasanya.kahkah. Kalau ikutkan aku memang nak hantar Aiman ke sekolah terbaik. Memberi pendidikan di sekolah hebat, namun apa daya, dari segi kewangan aku memang tak mampu.
Pada aku tempat belajar bukan seratus peratus menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak. Tapi sedikit sebanyak ia membantu. Kita dulu belajar ditadika biasa dan sekolah pun biasa juga. Ramai yang berjaya. Ramai yang mendapat keputusan peperiksaan yang baik dalam peperiksaan penting. Setaraf dengan sekolah swasta dan asrama penuh.
Masa di johor, aku hantar Aiman ke tadika seawal umur 4 tahun. Aiman cuma sempat bersekolah selama 4 bulan. Bila pindah ke Sungai Petani, Aiman macam mengelak hendak sekolah. Bermacam alasan dia bagi macam tak ada kawan dan cikgu garang. Tambahan pulak aweknya Syasya tak ada.hehe..Disebabkan kesibukan dan tak mahu Aiman 'Culture Shock' aku ambil keputusan untuk hantar sekolah tahun depan sajalah.
Bila membaca blog seperti Ibu Yusuf dan Maryam aku jadi takut melihat perkembangan Aiman. Maryam bijak dan pandai sangat KakZefa.hehe..Bukan aku kata anak aku tak bijak, bijak sangat sampai pening, tapi dari segi pelajaran memang Aiman banyak ketinggalan. Asyik tengok kartun je! So aku ambil keputusan mengajar Aiman dari rumah. Cuma ambil masa selama sejam waktu malam untuk menulis dan mengingat. Kadang-kadang skip jugaklah, sebab ibu sibuk.haha..
Memang tingkat kesabaran selalu melantun tinggi. Kena perlahan-lahan kayuh orang kata. Wah nak jadi cikgu bukan mudah, meninggi jer suara, sakit tekak segala dengan perangai Aiman. Harap maklum kualiti gambar sengal lagi!
si chubby asyik dengan bukunya. |
Hitam legam pulak kulit anak aku. Sapa soh tak mau ikut kulit ibu.hahaha.. |
* Aku dulu umur 4tahun apa pun tak tau. Seluar pun kadang-kadang tak pakai.Opss..tak sopan!hehe...
Baby Roti John
Malam tadi konon-konon nak buat roti john. Nak lamplight dinner bersama si chubby Aiman di depan TV. Tapi ini versi tak cukup bahan-bahan. Aku cuma letak daging hancur, telur, sos seosoning maggie dan lada sulah. Tukar jadi roti Kutu sudah.haha..Sayur semua tak ada. Lagi satu terlupa nak beli sos. Rumahku sudah kehabisan sos cili rupanya. Makan sajalah dengan mayones. Ini pun dua bijik jugaklah habis disapu dek budak chubby..
Apa motif ntah buat entri nie. Nak tayang baby roti kutu saja. Haipp abaikan entri tak berilmiah nie yer. Dah la kualiti gambar sengal!
Monday, November 28, 2011
Vektor Wanie & Kulit Novel
Salam,
Aku ada request untuk Wanie lukiskan karektor mini novella aku, Cinta Misae dan Shin Chan. Korang boleh tengok vektornya dekat SINI. Ada rupa Fazura dan Aaron Aziz kan?hehe..Itulah watak Lisa dan Kimi. Cakap banyak pun tak guna kalu korang tak baca.hehe..Terima kasih wanie atas vektor yang cun dan support akak dari tepi..
Hari ni aku dah tak berdaya nak menulis. Lagipun tak ada yang excited nak suruh sambung part7.kehkeh. Dah beberapa hari tak cukup tidur. Sibuk dok panaskan enjin turbo membebel kat blog kembo. Ada saingan dari cikgu tintong pulak.haha..Solutelah siapa yang boleh tulis novel sampai pitam. Aku tak boleh nak memaksa diri sangat. Jamulah mata korang dengan kulit album hasil godehan aku yang tak semegah( nasib vektor wanie tu berseri). Aku nak buat kulit warna lain, tapi aku suka putih. Apa nak buat.haha.
Ok aku perlukan rehat secukupnya...Nanti aku jenguk korang ekk. Daaa...
Peristiwa Penting Dalam Muharam
Indahnya mata memandang kehijauan. Sungguh aku dah nak rabun asyik mengadap skrin netbook. Mata aku macam sudah ada sikit silau. Tak suka lor kalau kena pakai speck.hoho..Stop membebel! Tak ada kena mengena dengan tajuk..
- 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
- 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
- Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy'.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit.
En Suami Mengamuk!!
Sabar dulu, ini bukan entri nak melepaskan geram, entri bergaduh, tumbuk menumbuk, baling pinggan mangkuk hayun nak minta simpati ka apa ka. Bukan sebab aku dibelasah en suami bagai. Aku kan isteri misali, takkan la en suami nak mengamuk kat aku. Kalau ada pun takkan aku nak cerita dalam blog. Buat mengaibkan diri sendiri ja.kahkah..Sila jangan percaya. Kalau aku misali, sudah tentu pasangannya pun soleh. Paling tidak kalau tak puas hati kami gusti lengan saja.haha..
Begini, tadi en suami balik kerja bukak pintu dengan tak bagi salam terus marah-marah..Terkejut beruk jugak aku. Ingatkan baru lepas bergaduh dengan kucing kat luar ke. Ayat yang keluar dari mulut beliau adalah. "Bodohlah Malaysia..bla bla bla bla...haha. Aiyo pasal benda ini ja nak emo?
Nasib tak baik ekk Malaysia boleh kata dah peluang cerah gila nak menang. Gol pun dah cantik. Dah 2 mata kedepan tapi last minit Bahrain boleh bantai 3 gol. Patutnya dah dua gol tu defence jer la minit-minit terakhir. Musnah sudah harapan nak menang.hoho..Ok tak aku ulas? Macam aku tengok jer bola tadi.hahaha..
Pasal benda bulat tu pun nak mengamuk! Adatlah bila menang, dipuja..Dari sekolah sampai opis sampai kedai kopi orang dok bercerita pasal kehebatan Malaysia. Bila kalah dikutuk,dicerca..dicela..Tapi en suami tadi mengamuk-mengamuk sayang jer tau. Memang lelaki sangat misteri. Pasal bola jer aku kena maki. Opss Malaysia. muahahaha..
Bye..Jangan Marah Malaysia. Menang kalah adat bertanding..
Sunday, November 27, 2011
CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 6)
Ilustrasi dari Puanbee.com |
“Tak payah! aku boleh balik naik bas..”
“Plz Lisa..saya memang niat nak hantar awak balik. Rumah dekat Nibong Tebal kan?”
“Mana tau?”
“Ala kampus ni bukan besaq pun.”
“Aku tak mau..nanti orang salah faham. Sorry I have to go..” wajah Kimi langsung tidak aku pandang.
“Wait! Kalau macam tu biar saya hantaq sampai SP”
“Aku kata tak payahlah..”
Aku mengangkat beg hendak memulakan langkah. Jalan ‘short cut’ memerlukan aku memanjat sedikit tangga kerana keadaan tanah yang berbukit.
“Tunggu Lisa!” Kimi menarik beg besar yang tersandang dibahu.
“Biar saya tolong bawak beg ni” kata Kimi lembut.
Aku meradang sebab Kimi tak faham bahasa. Amarah yang di tahan hampir saja meletus. Aku pusing badan dan tiba-tiba…gedebuk!!
Tak tahu macam mana boleh tersalah langkah. Aku terjatuh kebawah. Keadaan tanah yang tak rata melumpuhkan kegembiraanku untuk bertemu Maktok. Aku tak boleh salahkan struktur tanah. Ziad Hakimi adalah penyebabnya!
Tak tahu macam mana boleh tersalah langkah. Aku terjatuh kebawah. Keadaan tanah yang tak rata melumpuhkan kegembiraanku untuk bertemu Maktok. Aku tak boleh salahkan struktur tanah. Ziad Hakimi adalah penyebabnya!
“Adoi..” aku kaget dan masih terduduk.
“Mama..!!! ”Kimi menjerit. Kimi terkejut berlebihan mengalahkan aku yang jatuh. Ekspresi terkejut Kimi menambahkan panas hatiku. Seperti ada reaksi jenaka yang sedang di pura-purakan Kimi melihat keadaanku yang sakit. Ketawa yang ditahan-tahan. Mama??? Dia panggil mama dia pula. Bukan mama dia boleh tolong.
“Hang la ketegaq sangat..kaki aku..adoi..” aku bersuara kemudian mengaduh kesakitan. Luka dan melecet dikaki mungkin disebabkan batu-batu kecil ditanah. Malang sungguh nasib aku hari ni.
“Sorry..sorry..sorry..boleh bangun tak?” Kimi buat muka bersalah.
Tiga kali kata maaf pun tak guna kalau aku sudah sakit-sakit begini. Kimi memegang lengan cuba membantu. Seakan ada tarikan elektrik menjalar keseluruh tubuhku. Rasa yang tak dapat aku tasirkan. Dadaku berombak semakin laju. Sudahlah terkejut sebab jatuh, sentuhan Kimi pula menambahkan bacaan darahku.
“Apa pegang-pegang? Aku boleh bangun sendiri!”
Sepantas kilat Kimi menarik tangannya semula. Dia membiarkan aku bangun. Aku menarik sedikit seluar jeans biru lantas memulakan tilikan. Drama apakah pula yang bakal terjadi? Seluar yang aku pakai basah dek air hujan yang turun malam tadi. Kaki aku juga melecet sedikit. Teringat aku pada Aya yang selalu mengatakan aku mengada-ngada, tak boleh sakit sikit. Aya mana tahu apa yang aku rasa!
“Kaki aku luka..Ni hang punya pasai!”
“Biaq saya tengok” Kimi menunjukkan sikap prihatinnya.
“Tak payah! Sakit la..”
Aku memandang keliling. Tidak ada seorang makhluk pun yang kelihatan. Padanlah semua student tengah menduduki peperiksaan sekarang. Kalau tidak malu bergandalah. Aku bangun dan duduk di pondok berhampiran. Kimi mengekori dan berdiri dihadapan kemudian meletakkan beg pakaianku. Aku menyelak seluar dan melihat luka di buku lali.
“Ala..sikit je..”Kimi bersuara menenangkan hatiku. Aku masih lagi mengaduh kesakitan.
“Awak ni manja sangat..Itulah degil sangat. Orang nak tolong jual mahal..”
Aku tenung wajah Kimi dengan perasaan marah. Dah la sakit, diperli-perli begitu pula. Bukan nak tolong hilangkan kesakitan ke apa. Kimi nak menambah-nambah lagi. Sudahlah kaki sakit, hati pula bertambah sakit dengan gelagat Kimi. Semua dia punya pasal! Amarahku hanya mampu tersekat dikerongkong.
Kimi mengeluarkan tisu dan plaster dari beg sandangnya. Aku memandang Kimi seraya meluruhkan segala amarah yang meraja dihati. Tangan Kimi memegang tisu dan mengelap sedikit darah yang keluar. Entah kenapa aku tidak menolak perilaku Kimi. Aku biarkan tangan sasa Kimi mengubati luka yang tak seberapa dikaki.
Aku memuji Kimi didalam hati. Memang Kimi kacak orangnya. Tapi kekacakannya tidak mungkin mencairkan hatiku. Aku tak suka lelaki yang berkulit cerah. Kimi bukan taste aku. Sempat pula bercerita pasal taste kan.
Aku memuji Kimi didalam hati. Memang Kimi kacak orangnya. Tapi kekacakannya tidak mungkin mencairkan hatiku. Aku tak suka lelaki yang berkulit cerah. Kimi bukan taste aku. Sempat pula bercerita pasal taste kan.
“Awak tu perempuan, tisu pun tak ada..Kita kena sediakan payung sebelum hujan” aku tak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh kimi.
“Dah ok..sikit ja ni. Sakit lagi tak?” Kimi menambah.
“Tunggu sini sat. Aku nak p toilet salin seluaq” aku mengarahkan Kimi menunggu dipondok.
Keluar dari tandas, Kimi masih duduk disebelah beg pakaianku. Menyedari aku sudah menghampiri, Kimi bangun seperti menghormati aku yang sedang berdiri. Ingat aku Menteri agaknya, perlu berdiri tabik hormat. Duduk sajalah tak perlu berdiri segala.
“Saya hantar awak balik yer?” dengan senyuman menggoda Kimi masih lagi menagih perkataan ‘yes’ dari aku.
Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Macam sudah ditakdirkan pula. Memang sekarang ni musim hujan. Sebolehnya aku hendak menolak pelawaan Kimi tapi memikirkan kaki yang ‘tak seberapa sakitnya’ dan keadaan cuaca yang tak mengizinkan, aku akur dengan pelawaan. Lagipun untuk kerumah Mak Tok, aku perlu bertukar bas beberapa kali. Dengan kaki yang sakit. Hujan lagi..
Kimi senyum lebar apabila aku bersetuju. Kami duduk melihat hujan turun membasahi bumi. Tiada bait kata yang keluar dari bibir. Masing-masing melayan perasaan dalam kebisingan rintikan hujan. Aku tidak mempedulikan Kimi yang duduk disebelah. Kimi asyik mencuri pandang ke arahku dari tadi. Aku memandang keindahan hujan membiarkan Kimi tanpa hasrat memulakan perbualan.
Aku melayarkan segala keindahan dengan Aril. Kenangan bermain air waktu hujan ketika kecil mengetuk memori. Memang Arillah yang menjadi pendamping tika susah dan senang zaman kanak-kanakku. Aku sangat rindukan Aril. Aku dan Aril selalu bermain bersama-sama, belajar bersama, mengikat janji kasih bersama dan meluahkan apa yang kami rasa bersama-sama. Kehilangan Aril begitu menyiksakan.
Mia Mukhlisa cintakan Muhammad Khairil Adam sejak dia kenal Aril lelaki yang mengisi kekosongan hatiku sewaktu di kampung, menceriakan hari-hari sunyiku. Dialah yang turut sama meratap pemergian ibu kandungku, mengeringkan air mata saat aku marahkan abah berkahwin dengan mama. Rindu pada Aril datang bersama hujan.
Sejak mula melangkahkan kaki untuk tinggal dengan Mak Tok Arillah penyelamat. Aku hanyalah gadis lemah yang sering terbuai oleh perasaan mengambil berat insan bernama lelaki. Aku melupakan Aril saat bermesra di telefon bersama Shin Chan, membiarkan perasaan ranumnya terdetik dek perkataan sayang dari Shin Chan. Kini lelaki bernama Ziad Hakimi pula mula menunjukkan sikap ambil berat yang berlebihan.
Aku perlukan Aril, bukan sekadar semangat dan auranya. Aku mahu jasad Aril bersama-sama.
Aku perlukan Aril, bukan sekadar semangat dan auranya. Aku mahu jasad Aril bersama-sama.
Hujan sudah mulai reda. Gerimis mengundang masih dengan titik-titiknya yang entah bila akan berkesudahan. Kimi berlari-lari anak ke kereta mengambil payung. Aku masih merasakan kerinduan terhadap Aril. Wajah Aril tidak lekang bermain difikiran. Lamunannya terhenti apabila teringatkan Maktok.
Nombor telefon rumah lantas didail. Aku memberitahu Maktok aku akan balik dengan kawan. Maktok terkejut. Selepas menceritakan tragedi malang yang menimpa dan menerangkan kesemuanya, Kimi datang dengan payung besar berwarna hitam. Aku memang tidak berdaya untuk menolaknya lagi.
“Lisa..Jom!”
Lisa berdiri disebelah Kimi berjalan seiringan berpayungan. Kimi membuka pintu kereta dan menutupnya apabila Lisa selesa di sebelah tempat duduk pemandu. Terasa dilayan seperti tuan puteri…
Lisa berdiri disebelah Kimi berjalan seiringan berpayungan. Kimi membuka pintu kereta dan menutupnya apabila Lisa selesa di sebelah tempat duduk pemandu. Terasa dilayan seperti tuan puteri…
--------------------------------------------------------------------------------------
"CINTA ADALAH TANGGUNGJAWAB UNTUK KITA MEMELIHARA KEUTUHANNYA"
Kata-kata Aril terngiang ditelinga. Aku merasa bersalah terhadap Aril. Didalam kereta aku hanya mendiamkan diri. Perasaan bersalah terhadap Aril melumpuhkan keceriaan. Aril lelaki yang sangat baik. Jarak yang menjadi penghalang bukan alasan untuk aku bermain cinta dengan lelaki lain. Terasa seperti air jernih sudah mendominasi anak mata. Aku cuba menahan sebak. Bimbang pula Kimi perasan.
Kimi memegang stereng meluncurkan kereta. Sedar tak sedar kami kini sudah berada di lebuhraya.
“Eh senyap je..Yang saya tau, awak ni mulut becok! Tak tahu duduk diam kata Balkis”
“Apa?” aku bersuara perlahan. Tidak berapa dengar butir bicara dari Kimi.
“Senyap je..Nak dengar lagu?” Kimi tidak mengulang apa yang diperkatakannya sebentar tadi.
“It’s ok..tak payah bukak radio” aku menolak pertanyaan Kimi mentah-mentah. Tambah serabut kepala bila mendengar lagu saat bermain perasaan teringatkan Aril.
“Saya pasang zikir nak?”
Aku hanya mengangguk..
Zikir dari Aruah ustaz Asri berkumandang di corong radio. Hatiku menjadi tenang. Bibir turut sama mengalun menzikirkan selawat ketas nabi. Mulut Kimi terkumat kamit juga berzikir sehingga suaranya terdengar ditelingaku. Kenangan bersama Aril pergi bersama merdunya suara aruah.
Tak sangka pula Kimi kasanova begini beli CD Ustaz Asri. Ingatkan Kimi sosial orangnya. Melihat pergaulannya bersama pelajar-pelajar perempuan yang mesra menidakkan peribadi sebenar Kimi. Selama ini Lisa cuma memandang Kimi anak orang kaya yang hanya tahu memikat perempuan dan menggoda setiap wanita untuk berada didalam cengkamannya. Sungguh kami tidak saling mengenal. Aku tersilap mentafsir dia.
“Saya nak tanya apa syaratnya untuk saya nak berkawan lebih rapat dengan awak?” Kimi tiba-tiba mengingatkan aku kejadian semalam.
“Eh ingatkan dah lupa”
“Mesti ingat! Saya pun ada syaratnya”. Nak buat-buat syarat pulak. Tak malu!
Aku mula memikirkan apa syarat yang perlu dirangka supaya hubungan kami akan menjadi sekadar kawan. Aku tidak mahu lebih dari itu. Sayangku hanya pada Aril. Ia mengatasi segala-segalanya. Mungkin juga perasaan itu berubah menjadi kasihan. Sejak Aril meninggalkanku, aku sering melupakannya. Putik kasih pada Shin Chan pula kian mengembang.
“Ok, 1st ..aku dah ada Boyfriend. So jangan ayat aku dengan perkataan jiwang-jiwang”
“2nd, hang tak boleh jatuh cinta dengan aku. Aku tau hang suka ayat perempuan ja kan? Hang bukan serius pun. Hang jenis lelaki yang tak suka ikatan kan?”
“3rd kita jadi kawan, boleh?”
Kimi membiarkan aku mengutuk dirinya dengan syarat yang kedua.
“Ok get it.. Saya cuma ada satu syarat. Boleh awak jangan ber ‘aku’ ‘hang’ dengan saya?”
“Ala susahlah..” aku mahu menolak saja permintaan Kimi.
BERSAMBUNG...
* Terima kasih tak terhingga kepada semua rakan blogger yang sudi menjamah cerita merapu ntah apa-apa dari aku. Aku memang derhaka standart bahasa. Kalau boleh tolong la komen seperti kembo supaya aku boleh improve penulisan aku. Buat Wanie, TQ sebab sudi letak mini novella nie dekat sidebar. Terharu!hehe. Nantikan kemunculan Aril di Part 7.hehe...
Pantun Tahun Baru
Salam Maal Hijrah 1433H buat semua,
Doaku Ya Allah, Hadirkanlah sekeping hati yang sentiasa mencintai-Mu mengatasi segalanya. Anugerahkanlah aku kesabaran untuk sentiasa mengingati-Mu. Jadikanlah aku seorang wanita solehah yang sentiasa membuat kebaikan dan Kurniakanlah kebahagiaan kepada aku dan keluargaku sepanjang tahun.
Jauhkan diri dari Rib'a
Doakan rezeki semakin mencurah
Awal Muharam kini tiba
Tahun Baru kalender Hijrah
Jangan dilupa untuk mengaji
Al-quran pahala mesti di buru
Akhlak peribadi lebih terpuji
Bahagia kita ditahun baru
Amal yang soleh bekalan dibawa
Bila jasad terkujur sudah
Rela berkorban harta dan Nyawa
Demi menegakkan Islam yang Indah
Diberi tangungjawab kena Amanah
Jangan Kita Asyik Membuta
Dari Kota Mekah Ke Madinah
Mengingati Penghijrahan Nabi kita
Cuba atasi rasa marah
Tidak molek kalau berang
Ucapan Salam Maal Hijrah
Sahabat blogger yang tersayang