Pixajoy

Thursday, April 14, 2011

Home » Fakta menarik lagi, lagi..

Fakta menarik lagi, lagi..


Selamat pagi korang..Harap2 sihat semua yer.Ceria selalu dengan tugasan masing-masing..Nak berfakta lagi nie..klu suka boleh baca, tak suka tak kesah pun.kihkih..

  • Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM.
  • Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika. 
  • Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luarbiasa. 
  •  Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY. Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut. 
  •  Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson, Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.
  •  Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan. (kalau aku dah lama tido)
  •  Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala'.    
  • Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati. 
  •  Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak dalam drama Shakespeare.
  •   Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu. 
  •  Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'. 
  • Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan. 
  •  Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik. 
  •  Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya. 
  •  Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.  
  • Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi. 
  •  Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun. 
  •  Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.

Uii banyak dah tu..Nanti borin pulak..Tak habis2 fakta, cuba la auta sikit..:p








 

15 comments:

senyumSOYA said... Best Blogger Tips

hhihihi...fakta2~ kebetulan ada gak..hihi

yuyu jannah said... Best Blogger Tips

uih, nak bergambor pun kena posing sampai 8 jam??agak2 mcm mana la model masa tu..

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Wow.. Fakta menarik dan fiza tertarik pasal kamera tu. Mak aiii punyalah lama. sampai 8 jam didepan kamera sblm diambik gambar. Kalau Fiza yang x suka sangat bergambar ni... Jgn harap lah yer nak guna kamera jenis ni. Kihkihkih...

Yang pasal tawaran sebulan gaji kpd pekerja yg x merokok pun menarik. Hehehe, Fiza nak gak keja ka situ. Boleh dapat gaji sebulan percuma. Hehehehe.

Unknown said... Best Blogger Tips

chii tgh bayangkan..kalo la camera skrg ni mcm dulu..kena tunggu 8 jam..mmg kirim salam je la..da la chii ske posing2 dan amik gambo org..

pasal org mesir tu chii pernh dgr sblm ni..huduh gler ar muka kalo camtu kan..da mcm cacat plak..adeih

puanbee said... Best Blogger Tips

matahari lebih besar berganda2 dr bumi cam mana agaknya di padang masyar nanti huhuhu

rafina mimi abdullah said... Best Blogger Tips

lebih 50000 gempa bumi dlm setahun memang btl sgt tu..tgok la skarang ni selalu je ada berita gempa bumi kt mana2..nanti malaysia pun berkemungkinan besar akan hadapinya jugak..sama2 la kita bersedia dari skarang..

Atiey said... Best Blogger Tips

Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.
....hem plik fakta nikan???sampai camtu sekali...

mommylavender said... Best Blogger Tips

salam pagi muni~ fakta menarik...padat ilmu didalamnya kan...

Rina AVAIL a.k.a cik betty said... Best Blogger Tips

fakta yg last sekali tu patut dilaksanakan di negara kita..

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

suka kat kemera n fakta telefon kat jepun..

mykhalis said... Best Blogger Tips

khalis nak tinggal di sini..hehe

Byelorussia.. elaun tuee

Anonymous said... Best Blogger Tips

8 jam nak beraksi depan kamera baru keluar gambar. Erk -.-

solomolo said... Best Blogger Tips

banyak benor faktanye..
teman suka baca...
bole nambah ilmu pengetahuan alam semesta...


entry terbaru :
http://solomolo.blogspot.com/2011/04/makin-femes-makin-kedekut.html

sekamar rindu said... Best Blogger Tips

salam..

jepun negara kaya...dan penduduknya sangat rajin

Liza @ Adzriel AB said... Best Blogger Tips

tak laratlah nak posing 8 jam. itu dah sama mcm waktu kerja.